Kuala Lumpur: PAS memandang serius dan prihatin dengan serangan yang dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno dan bebas terhadap pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayob.
Terbaru Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut "menyerang" pensyarah undang-undang UIAM itu.
Katanya, PAS sedih dengan sentimen politik sempit yang mereka amalkan, hanya kerana ahli akademik berkenaan mempunyai pandangan berbeza dan bercakap di atas pentas lain daripada Umno mereka dianggap bersalah dan perlu meletakkan jawatan.
PAS berpendapat apa yang Abdul Aziz lakukan masih lagi di dalam kerangka Perlembagaan meskipun ia tidak selaras dengan politik Umno-BN, ujar beliau.
"Apa yang berlaku itu amat menyedihkan. Baik dari perspektif demokrasi atau kebebasan akademik apa yang mereka lakukan itu bukan sahaja salah tetapi juga tidak adil.
"Sudah menjadi rahsia umum bahawa ramai profesor dan tenaga akademik IPTA tempatan terlibat - secara langsung atau sebaliknya - dalam membantu politik Kerajaan Barisan Nasional dan Umno. Abdul Aziz adalah segelintir kecil ahli akademik yang sanggup mengambil risiko memberi pandangan kepada politik pembangkang," tegas beliau.
Itu sudah cukup menjadi alasan untuk tokoh-tokoh seperti Abdul Aziz membantu parti lain dari Umno-BN, walhal Perlembagaan negara menjunjung hak sama rata manakala Barisan Nasional menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan ia menjadi pembangkang di beberapa buah negeri.
Salahuddin berkata, dengan itu Umno-BN tidak boleh memonopoli dan membolot segala-galanya, sebaliknya mereka perlu ingat bahawa IPTA adalah milik rakyat umumnya dan pembayar cukai khususnya.
Dengan demikian tegas beliau lagi, parti-parti di luar Barisan Nasional juga mempunyai hak untuk mendapat pandangan dan perkhidmatan ahli-ahli akademik berkenaan.
PAS komited katanya, dengan kebebasan akademik dan autonomi universiti, dan Umno-BN perlu akur bahawa tidak semua ahli akademik setuju dengan dasar dan keutamaan politik mereka.
"Dan mereka ini perlu diberi ruang untuk mengungkapkan idea mereka untuk kepentingan rakyat. PAS yakin ada perkara-perkara baik yang boleh dinikmati oleh rakyat. Umno-Barisan Nasional tidak mempunyai hak untuk menyekat mereka.
"Mengambil bahagian dalam politik - atas kapasati apa sekalipun - adalah satu hak yang dijamin dalam semua sistem demokrasi. Malaysia akan terus mundur dalam liga demokrasi dunia sekiranya ia terus terjebak dalam politik kepartian sempit Umno-BN," tegas beliau.
Adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan bersalahan dengan Perlembagaan kata Salahuddin, jika Umno-BN cuba membentuk tanggapan bahawa manakala bersama dengan mereka adalah berkhidmat untuk negara dan membantu parti-parti lain sebagai melanggar undang-undang dan peraturan.
Beliau berkata, Umno-BN perlu akur dengan landskap baru politik negara, khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Seksyen 15 AUKU 1971.
Mereka ujarnya, tidak harus meneruskan politik peras ugut di dalam negara, sebaliknya perlu komited dengan transformasi ke arah demokrasi yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri.
"Dengan ini PAS menuntut agar Umno-BN umumnya dan IPTA tempatan khususnya supaya membenarkan kakitangan akademik mereka terlibat dalam advokasi awam, baik melalui pentas politik maupun kapasiti lain," kata beliau.
PAS juga menuntut supaya IPTA mengambil langkah memansuhkan peraturan-peraturan yang menyekat aktiviti tersebut dengan serta merta. -Tarmizi Mohd Jam

2 ulasan:
AMPU JANGAN TAK AMPU DEMI TEMBOLOK,PANGKAT DAN POKET !
Saya seorang mahasiswa di salah sebuah Ipt di Malaysia..sekarang disemester pertama,tak akan saya lupa pada minggu kedua di U,bila ke pejabat penolong pendaftar,soalan pertama sejurus saya memasuki biliknya adalah "bapak ko penyokong pas ke umno,kalau Pas,ko tak layak belajar disini"
Tertanya2 apakah wang umNo yg biayai setiap mahasiswa ..... harapan PERIBADI saya kelak apabila pakatan menawan putrajaya,org yg ugut saya tu dipecat terus dari IPT...dia tak layak menduduki kerusi disitu sedangkan taraf pendidikan dia pun tak setaraf saya.Tapi dia naik disebabkan oleh 'kabel' belakang ..amat tidak sabar menanti saat itu ...kalaulah kalian boleh rasa apa aku rasa time tu .....
Catat Ulasan