11 Nov 2011

Kanak-kanak Perempuan Ditinggalkan Di Tepi Tandas Mahkota Parade

Melaka: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.




Ulasan GB

Hairan betul, sedangkn haiwan sayang anak-anaknya...

[Bergambar] Alangkan Binatang Sangat Sayang Anaknya...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huu.. tak mau anak kasi aku je laa..
buah kurmak..!!

Tanpa Nama berkata...

kesian budak ni....bg kat aku je la

Tanpa Nama berkata...

aku nak anak perempuan, tp x der rezeki lagi, ni dah ada, buang2 lak...haiwan pun sayang anak...
macamana procedure nak ambil anak angkat perempuan?

Tanpa Nama berkata...

siapalah mangkuk tu. Binatang pun sayang anak. Buat anak je tau, bertanggnugjawap tak mau. Rendam dlm asid je manusia mcm nie.

Tanpa Nama berkata...

anak dah lah cantik. Tak ada akal punya org...

kopiahijau berkata...

rezeki serta kurniaan semuanya datang dari allah, kita sebagai hambanya hendaklah bersyukur dan diamanahkan untuk memeliharanya termasuk anak ataupun zuriat. bila amanah diperuntukkan bermaksud segala amalan serta tingkah laku kita akan didakwa diakhirat kelak. beringatlah wahai manusia, hiduk kita tidak lama. hanya seketika untuk memperhambakan diri kepada allah. gunakanlah masa yg dikurniakan sebaik2nya....