16 Okt 2011

[Video] The 99: Komik Adiwira Islam Berperwatakan Terpuji

Kuwait City - Jabbar adalah remaja dari Arab Saudi dikurniakan kekuatan luar biasa. Jami, si genius dari Eropah mempunyai kepakaran untuk mencipta alat serta senjata dan Sami pula dianugerahi deria pendengaran yang melangkaui kebolehan manusia biasa.

Mereka adalah antara watak adiwira di dalam komik The 99, iaitu kumpulan remaja Islam dari seluruh dunia yang memerangi kejahatan.

Idea penghasilan komik itu dicetuskan ahli psikologi Kuwait, Naif Al-Mutawa yang mahu The 99 menjadi watak contoh dan memberi pengaruh positif kepada kanak-kanak Islam.

Tidak seperti adiwira di negara Barat yang melawan musuh dengan pakaian menyolok mata, watak komik ini, terutama wanita, mengenakan kostum sesuai dengan budaya Timur Tengah.

Namun, komik unik ini berhadapan pelbagai cabaran awal termasuk larangan pemasarannya di Arab Saudi. Tetapi semua halangan itu berjaya diharungi dan kini, The 99 dipasarkan di Timur Tengah, India, Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Malah, komik ini juga mungkin dijadikan siri animasi televisyen selepas sebuah syarikat penerbitan Belanda dilihat berminat dengan karya Naif itu.

Dan jangan terkejut kerana "The 99" turut mendapat perhatian Rumah Putih semasa Sidang Keusahawanan, April tahun lalu, apabila Presiden AS, Barack Obama memuji usaha Naif kerana mencipta watak adiwira yang menunjukkan sikap terpuji.

Maklumat lanjut mengenai komik ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang http://www.the99.org/




2 ulasan:

Amuraria berkata...

SYABAS MOGA ADA MACAM NI DI MALAYSIA, KOMIK MENENTANG KEMUNGKARAN DAN KEBEJATAN TAPI KENA DAPAT OK KDN DULU ! SURE DEPA BAGI PUNYA KERANA 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN !

Ringgo berkata...

Tahniah pada the 99 yang menjadi pelopor komik yang berlandaskan Islam ..
tapi diharap isi komiknya , perjalanan & akidahnya nnt tidak menyimpang dari landasan Islam ..

pantauan kena ada dalam skrip dan perjalanannya dari pihak yg berkenaan ..