Bukit Mertajam – Surau adalah kemudahan yang disediakan kepada orang awam untuk menunaikan solat bagi umat Islam.
Namun, disebabkan keadaannya yang terbiar, ada yang tergamak mengambil kesempatan dengan menjadikan tempat itu sebagai lokasi pemuas nafsu.
Di Kompleks Bukit Mertajam umpamanya, surau yang terletak di tingkat dua bangunan usang itu dilihat menjadi lokasi popular untuk pasangan bercinta memadu kasih.
Malah, lebih menyedihkan ramai dalam kalangan yang terlibat terdiri dari pelajar sekolah.
Pekerja di sebuah premis dekat kompleks berkenaan, Ramzam Shah Mohd Abu Bakar, 36, berkata, pernah ada peniaga di situ terserempak dengan pasangan berbogel sedang asyik melakukan hubungan seks di dalam surau berkenaan.
Menurutnya, keadaan itu sudah pun berlarutan sejak beberapa tahun lalu menyebabkan tiada sesiapa dalam kalangan pekerja mahu pun pengunjung yang naik ke sana.
“Bukan sahaja surau yang terbiar, malah Kebanyakan kemudahan yang disediakan sudah rosak, malah pengunjung yang datang ke sini juga semakin berkurangan.
“Jika dahulu, kompleks ini riuh-rendah dengan kehadiran pengunjung, tetapi, kini suram. Jika dahulu ramai yang menyewa kedai di sini, tetapi, kini hanya tinggal kira-kira tujuh sahaja yang kebanyakannya mengusahakan kedai jahit,” katanya.
Justeru, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat memantau keadaan di surau itu bagi membendung gejala tidak sihat dari terus berlarutan.
Ulasan GB
Pergaulan bebas di kalangan remaja - satu penyakit sosial yang hebat melanda masyarakat namun dibiarkan tanpa sebarang usaha serius membendungnya.
Jawapannya: baca entri sebelum ini.

2 ulasan:
banyak surau terbiar tidak di pantau, di tempat saya taman cheras perdana food court dekat CP4 cheras selangor, surau yg terbiar di food court itu selalu di jadikn tempat lepak dan maksiat tp tak pernah di ambil peduli oleh pihak yg bertangunjawab,terutama peniaga asingdi situ,yg juga terlibat sama .
apa nk jadi dgn dunia skrg?? surau pun djdikan tempat pemuas nafsu...!!dasar otak dok kat punggukk!! eee...gerammm!!!sakit hati!!!
Catat Ulasan