2 Okt 2011

UMNO Kalah Besar Jika PRU-13 Sekarang, Kena Balik Pada Pejuangan "Semangat 46" - TDM

Orang UMNO perlu balik ke perjuangan asal untuk menang pilihan raya: Tun M

JITRA: Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus.

"Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

"Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,"
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang UMNO ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun UMNO belum cukup kuat."

"Dalam UMNO masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang UMNO seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.

"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata rakyat masih marah pada komunis.

"Dia pilih untuk mengkhianati negara.... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," katanya.

Dr Mahathir menegaskan Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. - BERNAMA

Ulasan GB

Pertama: Kembali kepada perjuangan "asal" UMNO.

Kata Mahathir: Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Apa ertinya balik pada perjuangan asal parti? Maksudnya ialah, kembali kepada semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946, Semangat 46!

Tetapi sayang Semangat 46 sudah berkubur, tidak akan hidup balik. Maka yang ada kini ialah UMNO Baru yang Mahathir sendiri tubuhkan yang perjuangan UMNO sekarang, menurut Mahathir sendiri, mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. Sudah tidak dapat hendak dihidupkan semangat 46 itu lagi sampai bila-bila.

Kedua: Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah."

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah.


Kita ingin bertanya kepada Mahathir, buktikan negara mana di atas dunia ini yang penduduknya 100% umat Islam. Negara Arab Saudi yang Islam diturunkan pun tidak mempunyai 100% penduduk Islam.

Ketiga: Hudud lagi

Kata Mahathir: "Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.


Memang benar sebarang undang-undang atau hukum sepatutnya dikenakan "sama" untuk semua penduduk tak kira hukum Islam atau bukan.

Tetapi jika Mahathir & UMNO yang mengaku Islam sendiri menolak hudud, bagaimana hendak meyakinkan orang bukan-Islam terhadap hukum tersebut?

Itu sebab mengapa PAS hendak menjalankan hukum hudud kepada umat Islam terlebih dahulu. Untuk memperlihatkan keindahan dan keadilan undang-undang Islam. Kemudian apabila ianya diterima oleh semua, ada kemungkinan yang bukan Islam juga akan tertarik dan akan meminta hukum itu dilaksanakan kepada mereka.

Sama seperti perbankan Islam satu ketika. Pada awalnya masyarakat bukan Islam prejudis terhadapnya, tetapi apabila ia dilaksanakan, ramai pula yang bukan Islam turut menyertai sistem kewangan dan perbankan Islam yang tiada riba malah perbankan konvensyenal juga turut menyediakan produk-produk Islam.

Hujjah-hujjah kamu sudah kami patahkan. Berhijrahlah kepada perjuangan "Islam" kerana UMNO akan berkubur tidak berapa lama lagi dari sekarang.


10 ulasan:

Ben Ayu berkata...

Bila otai UMNO BeEnd berceramah. Balik-balik itu je, Belit-belit ke situ juga. Tiada modal lain selain modal basi.

Bila ada kuasa lupa. Bila dah tak berkuasa baru ingat macam-macam. Memang membosankan ...

1 Malaysia berkata...

Kata Che Det, "Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil." Apa maksud Che Det? Adakah dia masih Islam? Sedarkah Che Det sedang mempertikaikan Allah swt? Allah swt tidak adilkah? Inilah sifat munafik yang sejelas-jelasnya ~ menyatakan setuju akan Hukum Islam tapi tak setuju ianya dilaksanakan.
Awat waktu Nabi saw melaksanakan hukum-hukum di Madinah dulu, penduduk Madinah 100% Islamkah?
Bertaubatlah Che Det sebelum anda mati. Hanya UMNO yang bodoh saja akan mempercayai akan kata-kata dari hang, Che Det. Yang jadikan Melayu UMNO hari ini adalah gara-gara didikan dari hang le. Patutlah orang selalu kata kalau jumpa ular dengan mamak, pukul mamak dulu. Kalau dah keturunan jenis lidah berbelit, ianya akan berbelit juga. Bayangkanlah kalau seseorang tu tidak mengaku akan keturunannya, apatah lagi agamanya?
Hidup 1 Malaysia.

kita berkata...

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil."

adakah adil? ya adil. seorang telah mendapat nikmat Islam, seorang lagi tidak mengenali Islam. orang yang kena potong tangan ini adalah orang yang dah cukup makan, tapi dia tamak, nak lebih dari cukup.

Tanpa Nama berkata...

hai che det..u cakap x sama bikin...u ajak kembali kepada semangat umno asal.U lah yg merosakkan umno asal.....sepatah kata nabil...u pikir sendirilah apa yg u buat....

Jojo berkata...

Makin tua makin bodoh orang tua ni. Tak payah cerita pasal hudud lagi kerana kita masih belum implement hukum tersebut.

Kita tengok hukum yang sedia ada sekarang ini. Tetap ada 2 mahkamah yang berbeza iaitu mahkamah sivil dan syariah. Mahkamah syariah hanya untuk orang Islam sahaja.

Jika terdapat 2 orang yang berzina atau berkhalwat antara orang Islam dengan bukan Islam adakah mahkamah syariah di malaysia menjatuhkan hukuman ke atas bukan Islam? Orang Islam kena denda RM3000 atau penjara dan bukan Islam lepas? Adakah itu adil?

Anwar sdang dibicarakan atas tuduhan liwat dan mungkin kena jail tapi CSL terang terangan bersetubuh serta mengaku akan perbuatan tersebut tetapi tidak didakwa malah dapat jadi presiden parti cina yang paling hampas di dunia.

Kenapa tidak dakwa CSL? Sebab dia bukan Islam? Adakah itu adil?

Tak payah tanya najib. Kalau mahathir BANGANG, najib sudah barang tentu 100x BANGANG.

Tanpa Nama berkata...

bodoh jugak PM 22 tahun nie...

masalahnya yang nak jaga hati penjenayah sangat apa hal?. abes org yg kena rompak tu apa cerita?. ada yg kena samun dengan parang, libas leher semua tu, adil ke?. hukum islam tu nak menjaga supaya x berlaku jenayah, bukan nak menjaga penjenayah.

dah lah pemikiran sekular sempit, asal hudud jer potong tangan, asal hudud jer potong tangan? bangang betul...kajilah dulu hukum Allah baru cakap...

aku mohon supaya Allah bagi petunjuk dan peringatan kepada MAMAK MAHA DEK ni.

Tanpa Nama berkata...

aku malas nak ajak masyarakat Malaysia yg beriman (percaya) marilah kita berdoa kepada ALLAH TA'ALA semoga membuka hati manusia2yg bongkak dan takbur kepadamu ini dan sekiranya mereka ini terus merasakan mereka setaraf dengan FIRAUN maka kau turunkanlah BALA kepada mereka2 ini... AMIN

Tanpa Nama berkata...

bukan setakat munafik kalau pertikai hukum ALLAH, bole jatuh hukum KUFURRRRRR.

Tanpa Nama berkata...

Ahli ameno jangan la masuk parti kerana nak projek atau tender. Anak aku takpa, pasai aku PM dulu aku dah adjust bagi depa kaya. Hang tengok kencana petrolium. Pandai la aku suruh petronas sub kerja2 depa kat anak aku. Kalau aku tak buat macam tu dulu....mampuih kencana nak maju, meniaga minyak tanah dalam botoi pun tak tentu maju.

Kelin betui orang tua ni !!!

Tanpa Nama berkata...

bosan beb.. pengkianat paling besau bersuara.. kalo tun nak tahu..

pada zaman ko laa.. hutang negara bertambah berlipat kali ganda..

pada zaman ko laa.. nilai mata wang ringgit ketinggalan sedikit demi sedikit dengan singapura..

pada zaman ko laa.. Projek PKFZ bermula..

pada zaman ko laa.. banyak punca pendapatan negara seperti LLN, AIR dan mcm x2 lagi diswatakan utk kebaikan konon.. sampai kerajan tak de duit terpaksa berhutang pulak.. hantu betui,, PEROSAK..!!


banyak lagi beb..

dasar pengkianat yg dijulang oleh media pengampu sampai jadi hero la pulak..

pegi daa..!!!!!!