18 Okt 2011

[Video] Pemuda UMNO Kutip Wang Perlindungan Berlagak Samseng Pukul Peniaga [updated]

Kuala Lumpur: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.

Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.

Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.

Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.

Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.

Nafi bawa konco

Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.

Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.

“Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.

Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.

Minta bayaran RM800

“Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800,” katanya.

Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.

Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.

“Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.

“Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno,” katanya yang turut ditemani peguam.

Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang.

Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan. -FMT



Ulasan GB

Kita mahu lihat ketelusan dan keadilan Polis menjalankan siasatan dan tindakan ke atas Pemuda UMNO ini.

Yang aneh, sejak bila adanya kutipan "wang perlindungan" ini dan sejak bila pula Pemuda UMNO diberikan hak konsesi mmbuat kutipan berkenaan?


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau bapa dah penyamun anak-anak dah tentulah jadi samseng atau perompak...ha3

Tanpa Nama berkata...

kalau you all pangkah umno pilihan raya 13 nanti.. ibarat melepaskan angjing yg tersepit la...

Tanpa Nama berkata...

teruskan le buat kerja setan tu...supaya umNO akan kalah teruk dlm pru13....

bunbinban berkata...

ntah le. menda nak jadi ngan umno nih. hasil dr tarbiah ketuanan melayu. antara sbb org bkn islam benci kepada islam. antara sbb rakyat semakin menyampah dgn umno. nak buat camne, tolol belaka. puak ni ingat org lain takde sana sedara atau mereka anggap mereka kebal. Allah bagi nikmat tapi salah guna.

Akmal berkata...

aku dah melihat video tersebut...nampak caranya mcm ada yang tak kena...so kena siasat samada berlaku peras ugut atau tidak...tak kira la DAP ke...UMNO ke...kalau cara pelaksanaan tidak betul...tetap tidak betul...kami rakyat sedang menilai...

Yong berkata...

Geng yang gadai Kampung Baru yang dimiliki orang Melayu sudah marah?

Tanpa Nama berkata...

botak baju merah dok kata ikut saluran konon.....saluran tandas umno kot???....

tanda soal berkata...

botak saluran merah x boleh pakai, ada ke pakai cincin emas (cuba check hukum dlm islam)...
yg satu lagi tunjuk kad, konon2 kebal..ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Baru ku tahu kenapa ramai indon meniaga kat chow kit. Ada penjaga kawasan rupanya.

Hoi mamat! kalau lesen tu kena minta dari DBKL, kenapa kau lak yang sibuk. Ada ke DBKL kena minta izin kat persatuan penjaja untuk beri permit. Siapa lebih besar DBKL ke, Persatuan Penjaja. Betul - betul bonggok....

Tanpa Nama berkata...

Kalau pemimpin-pemimpin dah sah perompak,yang dibawah tentu jadi penyangak.Macam mana yang dibawah nak hidup sebab dalam WP UMNO hanya menang 1 kerusi sahaja.Yang selalu dapat "wang saku"(masyuuuk)dah kehilangan tangan yang menghulur,apakan daya? Untuk terus hidup buat kerja "pau" macam gengster.

Tanpa Nama berkata...

So kalau sesiapa nk beli hartanah kat chow kit esp malaysian sila pergi jumpa itu olang yang ada kad (yg menjerit saya bahagian penjaja..saya bahagian penjaja dan penjaga kawasan sini)mintak restu dulu baru ble niaga mcm yg org indon buat mintak restu bang sbb tu lah chow kit dah jadi mini indon...bangsat punya orang biler masa plak ble jadi "penjaga kawasan " kalau ko tak samseng ....buat malu melayu je..