Seorang penganggur warga Sudan dihukum mati selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, mendapati dia bersalah atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah pada penghakimannya berkata, pembelaan Mohannad Taha Ismail, 26, telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah dan menyifatkan keterangan tersebut sebagai tidak bermerit dan lesu sama sekali.
"Sebenarnya pembelaan tertuduh tidak mencerminkan pembelaan yang munasabah dan tidak boleh diterima akal," tambahnya.
Mohannad Taha yang masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar kelihatan tenang menerima hukuman itu berbeza dengan ibunya yang dilihat mengurutkan dada beberapa kali selepas dimaklumkan oleh seorang jurubahasa.
Ibunya yang hadir ke mahkamah bersama ayah tertuduh, kemudiannya memeluk Mohannad Taha dan dilihat berbisik sesuatu ke telinga pemuda tersebut sebelum dia dibawa keluar oleh polis mahkamah.
Mohannad Taha didakwa atas tuduhan membunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah pada antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober 2009 di Tower 9/D3/9, Palozzo Tower, Pangsapuri Venice Hill, Batu 9 Cheras, Kajang, dekat sini.
Aaliyah Ayman merupakan anak kepada teman wanita tertuduh, Ellina Maulad Mahather, 26, yang merupakan seorang warga tempatan yang dikenalinya pada April 2008.
Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang, dekat sini, Dr Abdul Karim Tajudin, 62, pada keterangannya mengesahkan mangsa mati akibat pendarahan subdural yang teruk akibat goncangan yang kuat, yang berlaku lebih daripada sehari dalam tempoh seminggu sebelum kematian.
Abdul Karim yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga juga mengesahkan terdapat 34 kesan cedera pada tubuh mangsa yang turut mengalami penderaan secara fizikal dan seksual.
Selain itu, mangsa yang hanya seberat 10.58 kilogram juga patah dua tulang rusuk sebelah kiri, ditumbuk di mulut, digigit pada bahagian tangan, ditampar dengan kuat di telinga dan tangannya digenggam atau dicengkam dengan kuat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sementara Mohannad Taha diwakili peguam J. Kuldeep Kumar pada peringkat pendakwaan manakala di peringkat pembelaan, dia diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.
Perbicaraan melibatkan 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan.
Berdasarkan keterangan Ellina, dia memberitahu tertuduh akan menjaga mangsa semasa dia keluar bekerja sebagai setiausaha dan pada hari kejadian, mangsa ditinggalkan dalam keadaan normal walaupun tubuhnya terdapat kesan-kesan kecederaan yang hampir sembuh.
Wanita tersebut juga berkata, tertuduh telah menghubunginya pada pukul 11.30 pagi dalam keadaan yang marah kerana mendakwa Aaliyah telah membuang air kecil merata-rata.
Mohannad Taha yang berhenti belajar pada sekitar Jun atau Julai 2008 sekali lagi menghubungi Ellina pada pukul 2.30 petang hari yang sama mengatakan mangsa tidak dapat melihat dan telah melanggar pintu gelongsor rumah.
Panggilan terakhir pula menurut Ellina diterima pada pukul 4.30 petang dan tertuduh semasa itu berada dalam keadaan cemas telah memberitahu mangsa berada dalam keadaan koma.
Tertuduh seterusnya keluar untuk menjemput Ellina di tempat kerja pada pukul 5.30 petang dengan meninggalkan mangsa keseorangan di rumah.
Ellina juga memberitahu, mereka pulang pada pukul 7.30 petang, iaitu selepas singgah di sebuah pasar raya dan mendapati mangsa terbaring di atas tilam di ruang tamu dalam keadaan yang sukar bernafas dan muka yang lebam serta berdarah.
Tertuduh kemudiannya cuba memberikan bantuan pernafasan dan menekan dada mangsa, bagaimanapun gagal dan menyebabkan darah keluar daripada telinganya.
Ellina hanya berjaya membawa mangsa ke hospital selepas dia dan tertuduh berpakat untuk mengatakan mangsa didera oleh pembantu rumah memandangkan lelaki itu bimbang akan ditangkap polis atas dakwaan membunuh.
Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia apabila mereka tiba di Hospital Kajang, dekat sini.
Pada pembelaannya, Mohannad Taha menafikan dia pernah mendera mangsa, dan mendakwa pernah melihat Ellina memukul anaknya beberapa kali. -mstar
Berita sebelum ini
klik untuk baca

6 ulasan:
Dah tak ada lagi ke lelaki tempatan kat Malaysia ni..yg p ambik mat black tu jadi teman lelaki buat apa ?
mmang hensem mat hitam nih,
hatipun hitam, nama je islam....
takder kah mat hitam yg baek hati seperti.... di malaysia nih?
hilang sekor hantu pilihanraya.
Penganggur warga Sudan - Sungguh ajaib!!! Apa pihak immegresen kita buat ni? Apa dah jadi Malaysia ni? Semua orang asing boleh masuk dan tinggal dalam negara,tanpa had - ada yang menganggur,ada yang jadi pelacur,ada yang gunakan visa pelajar tapi bawa masuk dan edar dadah,guna visa pelajar,jadi kutu jalanan - perempuan Melayu yang biang jadi sasaran,ramai jugak yang berniaga cara kecil-kecilan.Ini semua rasuah punya akibat.
Pompuan bangang...xde isi perut xde otak...boleh pulak dua ekor babi ni balik rumah kul 7.30 wp tau arwah duk sorang kat rumah... Bayangkan kesengsaraan arwah daripada jam 4.30 - 7.30... Pompuan bodoh xhingat anak...
tak tahan baca tentang kebodohan si-ibu yg tak logik, kejam dan lalai menjadi penjaga kpd anak sendiri, dah dpt panggilan talifon berkali2, mesti s'thing wrong, tulah bermaksiat, bercampur dgn org jahat, hati pun jadi kelam, patutnya si-ibu jugak dihukum.
Catat Ulasan