10 Okt 2011

Isu Ugutan Pang Chaw: Sinar Harian Pun Sudah Jadi Utusan Meloya Kedua Hina Hudud?

Pang Chow nafi sekeras-kerasnya ugutan tinggalkan PAS

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.

Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar).

"Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.

"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapor," kata beliau kepada Harakahdaily.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.

Selesai melalui mesyuarat

Sementara itu, berdasarkan laporan Sinar Harian itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) itu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, sewajarnya Pang Chow yang menerajui DHPP lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa DHPP yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini.

Beliau juga mengingatkan Pang Chow untuk tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti.

Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai DHPP yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

"Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Latif menyatakan demikian ketika memberikan ulasan berkaitan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Di dalam kenyataannya, Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika PAS terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.

"Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

"Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS samada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan non muslim.

"Pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata beliau dalam kenyataan itu.

Oleh yang demikian, katanya, Pang Chow selaku Pengerusi DHPP sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan penjelasan kepada non muslim agar tidak khuatir dan bimbang dengan pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan parti.

"Ingin saya ingatkan bahawa kerajaan Kelantan akan terus menjaga dan menjamin hak-hak masyarakat non muslim dan ia diterima oleh rata-rata ahli DHPP," katanya.

Sebagai contoh pada 8 Oktober 2011 yang lepas telah diadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk anjuran kerajaan negeri Kelantan.

Ia dihadiri oleh wakil-wakil DHPP dari seluruh negara dan rata-ratanya memberikan respon yang cukup positif dan menyambut baik hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasakan hudud ke atas umat Islam di Kelantan.


Ramai keluar jika laksana hudud

SHAH ALAM - Pas dijangka akan hilang ramai penyokong bukan Islam jika parti itu meneruskan hasratnya melaksanakan hudud.

Pengerusi Dewan Himpu nan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chow berkata, apa yang mungkin berlaku ialah tindakan keluar daripada sayap parti itu beramai-ramai seandainya pemimpin Pas enggan mengalah dan mahu terus memperjuangkan hudud.

“Saya bukan nak cabar parti. Kalau saya tak suka pada Pas, saya sudah lama keluar dan tubuh parti baru. Saya juga bukan tolak hudud tetapi saya mahu kepimpinan Pas beri perhatian kepada perkara-perkara lain sebelum fikir nak laksanakan hudud,” katanya.

Pang Chow berkata, beliau sudah menjelajah ke banyak negeri dan rata-rata penyokong pembangkang yang bukan Islam bertegas menolak hudud.

“Jadi Pas tidak boleh buat main-main dengan perkara ini. Selama ini, orang bukan Islam sokong Pas kerana sangka parti ini adalah yang terbaik, serasi dengan mereka. Tiba-tiba mahu buat hudud pula. Ini yang mereka tak boleh terima,” katanya.

DHPP yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab Penyokong Pas diangkat status menjadi Dewan atau sayap termuda parti itu dua tahun lalu setelah bergerak dengan status kelab selama kira-kira enam tahun.

DHPP mempunyai kira-kira 20,000 ahli dengan 70 peratus daripadanya daripada kaum India, 20 peratus Cina dan 10 peratus daripada kaum lain. Bagaimanapun status ahli DHPP hanya sebagai ahli Dewan, bukan ahli Pas.

Pang Chow yang sebelum menyokong Pas adalah ahli MCA berkata, Kerajaan Pas Kelantan perlu mencontohi Kerajaan DAP Pulau Pinang yang berjaya menurunkan indeks jenayah sehingga 36 peratus selepas mengambil alih pemerintahan negeri daripada Barisan Nasional (BN).

“Itu yang mereka perlu buat dahulu, bukan tergesa-gesa nak laksanakan hudud yang masih banyak orang tak faham. Mereka perlu beri perhatian pada usaha tingkatkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk rakyat. Apabila kerja ada banyak, orang tak ada alasan untuk buat jenayah.

“Itulah yang dibuat Kerajaan Pulau Pinang. Pas sepatutnya tengok pada punca jenayah, itu yang kena atasi dulu. Saya percaya jika ekonomi diurus dengan baik, jenayah akan berkurangan,” katanya.

Pang Chow mengingatkan pemimpin Pas, mereka boleh melupakan hasrat mahu mengambil alih pentadbiran negara jika terus dengan hasrat mahu melaksanakan hudud.

“Mereka tak akan boleh menang di kawasan bukan Islam,” katanya.

Kenyataan Pang Chow bagaimanapun disanggah timbalannya, N Balasubramaniam yang berkata, kaum India yang merupakan majoriti dalam DHPP sebaliknya tidak mem-punyai masalah jika hudud dilaksanakan.

“Kami tidak takut kerana hukumannya untuk pesalah saja. Lagi pun hudud dikenakan pada orang Islam saja,” katanya.

Dalam pada itu, Balasubramaniam menggesa Kerajaan Pusat melepaskan halangan untuk undang-undang Islam itu dilaksanakan di Kelantan.

“Kelantan patut diberi peluang untuk buat (laksanakan hudud). Jika sudah berjaya, boleh bawa ke negeri lain pula. Jika keadaan tidak berubah, pemimpin Pas patut berfikir semula (bagaimana cara untuk melaksanakannya),” katanya. -SH


Ulasan GB

Ini bukan kali pertama akhbar Sinar Harian "meniru" gaya Utusan Meloya di dalam melakukan penghinaan terhadap hudud.

Yang paling nyata ialah apabila Sinar Harian pada 5 Okt lalu mengusulkan pertanyaan kepada para artis : hudud wajar @ tidak?

Jadi ternyata, akhbar SH ada agenda tersendiri untuk memberikan gambaran buruk Hudud kepada masyarakat.

Sama seperti wartawan Utusan Meloya, serangan SH ke atas hukum hudud mendedah dan menjelaskan lagi kejahilan wartawan berkenaan terhadap Islam.

Kesiannya wartawan sebegini... menghina hukum Allah untuk mmeraih publisiti murahan.



7 ulasan:

Tajul Muluk berkata...

Astaghafirullah! Isu HUDUD telah menyembabkan ramai telah menempah di NERAKA. Memangpun Allah buat syurga dan neraka itu untuk Manusia dan Jin.
Bertaubatlah kepada yang melampau sebelum antum dijemput Izrail.
Taatlah pada Allah dan Rasulullah.

Tanpa Nama berkata...

Aku harap Pas xbesoq kepala atau bangga disbbkan ade penyokong non-muslim.Walaupun niat kita nak non-muslim dekat dengan islam tp hati2 bila berkawan dgn non-muslim.bukan xboleh kawan tp jgn terlalu bagi muka pd mereka.Yg penting sesama muslim kita jgn bergaduh.Bantuan Allah bersama dengan perpaduan ummah.

Kesal berkata...

Kenapa org PAS masih belum sedar tentang akhbar putar belit? Hairan saya dgn sikap ahli PAS. Pemuda PAS Phg belummatang dlm percaturan politik atau syok sendiri dgn jawatan?

Mohd Firdaus berkata...

x patut btl SH buat cmni..mse mule2 srt kaba ni wujud aku tgk telus je...skg ni dh nk Utusan...mmg aku x mnt la lps ni kalo stkt jd ank utusan je...



New entry: Adakah Ini Rupa iPhone 5

Mahal Gila Perodua Kancil Ni!!

Tanpa Nama berkata...

berhati hatilah dengan akhbar sekarang. dulu kononnya sangkakan sinar harian ni 'neutral'. walau x balance 50/50 pun, skurang2nya, 40/60..

tapi jangan sangka baik sangat, xkan begitu mudah akhbar yg keluar hari2 di malaysia ni mudah sangat nak balance r naikkan imej pembangkang, mustahil, memang sinar harian menyajikan berita2 ttg pas, keadilan, ceramah n sebagainya , dengan cara ini mma sangat berkesan untuk menarik pembaca dari kampung2 n org atas pagar.

bila sinar harian dah mnjadi bacaan tetap org2 kampung, nanti time pru13, depa akan spin n swing 100% sokong kerajaan n burukkan pembangkang seburuk2nya.. hasilnya, org kebanyakan akan percaya bulat2 kerana sangkaan mereka 'senar ini benar, sebab diaorg neutral' ...

Tanpa Nama berkata...

aku ingat lembu aku bela bodoh rupanya ada gak yg percaya media harian yg di luluskan lesen telus? nak kene tarik lesen ke? sapoa lebih bodoh lembu @..........?

therace berkata...

takkan begitu mudah ketua DPP Kelantan termakan racun SH... ? ishhhh. Patut pun...sblm ni ketua DPP pusat mudah sgt "swing" isu hantu bonceng lps jumpa pengarahnya...
untuk Pang Chow....moga istiqamah dlm perjuangan.