10 Okt 2011

Apa Mau Jadi Ni - Suami Cekup Isteri Bersama 2 Lelaki Di Bilik Tidur

Luluh hati seorang suami berusia 32 tahun apabila menangkap isterinya sedang ‘berpesta’ arak di dalam bilik di rumahnya di Pantai Dalam, di sini, bersama dua lelaki tidak dikenali, Khamis lalu. Illustrasi hiasan.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut si suami di dalam bilik itu menemui puluhan botol dan tin arak disembunyikan dalam almari di bilik tidurnya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, berang dengan tindakan isterinya berusia lewat 20-an itu, si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

Menurut sumber, si suami yang baru pulang dari kerja berasa curiga apabila melihat dua pasang kasut lelaki di hadapan pintu rumahnya.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, lelaki terbabit mendengar bunyi gelak tawa dari dalam bilik tidurnya. “Si suami terkejut apabila melihat isterinya dan dua lelaki tidak dikenali berada dalam keadaan khayal di dalam bilik tidurnya. “Si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum menemui puluhan tin dan botol arak disembunyikan dalam almari di bilik itu menyebabkan mereka bertengkar hampir 20 minit,” katanya. -hm

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menakutkan bila dpt isteri sedemikian, mungkin akibat dari terlalu bersosial dgn rakan2 sepejabat......

Tanpa Nama berkata...

nusyuz...
dalam diam-diam rupanya isteri mengkhianati suaminya. ikut nafsu, lesu, ikut rasa binasa, ikut hati mati.

Tanpa Nama berkata...

Bila lagi mau kenduri, ikan sudah ada kat depan mata....free beb! Bukan senang mau dapat offer cam tu.

Tanpa Nama berkata...

patutny rejam je ngan batu isterinya tu

Tanpa Nama berkata...

mana boleh rejam beb...dosa...minum arak sebat je..

Tanpa Nama berkata...

itulah padah nya bila hudud tidak di guna pakai. hancusssssssss akhlak manusia.

Tanpa Nama berkata...

arak punca segala maksiat....

Tanpa Nama berkata...

Betul kah arak itu punca segala maksiat? Cuba tanya Rahim Tambi Chik dan Rais Yatim.

Tanpa Nama berkata...

yang betul tanya tokey kilang arak anak ... sapa nama dia?.. mmg melayu mudah lupa tul..

ajimie69 berkata...

dulu, kini & tak lama...
we want HUDUD, we all want HUDUD,
how about you ???