30 Sep 2011

Ugut Mat Sabu: PAS Mahu Polis Siasat Perkasa (UMNO Juga)

PAS mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan pendesak Melayu, Perkasa ekoran ancaman terbuka mereka untuk 'menyerang' Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sambil menyifatkan ancaman itu boleh mencetus ketegangan, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihak polis sepatutnya sudah boleh memanggil Perkasa.

"Sepatutnya pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap Perkasa yang membuat ancaman secara terbuka.

"Mereka boleh cakap apa yang mereka nak cakap, tetapi jangan pulak sampai bertindak menghalang hak orang lain berceramah," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran Perkasa Negeri Sembilan bahawa mereka akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

Amaran itu dilontarkan ketuanya Mohd Noor Nordin Abdullah yang dengan angkuh berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad, jika timbalan presiden PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Sabtu lalu satu pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban.

Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas bergelut dengan ahli Perkasa yang menyerbu pentas ceramah ketika timbalan presiden PAS sedang berucap. -hd


SAH!!! UMNO berlindung dibalik PERKASAM serang ceramah Mat Sabu





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Datok Mahfuz kena faham,bagi PDRM yang "mengancam keselamatan negara" dan "menimbulkan kekacauan" hanya dari pihak pembangkang sahaja.UMNO dan Perkasa ni adalah "Tuan" PDRM,tak munkin PDRM akan buat apa-apa siasatan.PDRM pun bukan profesional,tak faham apa itu "keselamatan negara" atau "mengancam ketenteraman awam".Apa yang "Tuan" depa buat semua betul.

misnona berkata...

sekarang orang tak tahu nak repot ke mana? mungkin kena repot kepada polis luar negeri, polis dalam negeri tak boleh jalan sebab pilih kes. atau repot je kepada pejabat pos, tenaga nasional atau tabung haji untuk kes ini. mana tahu mereka terima. ini namanya sistem hancai.