Natasha punca rakan disimbah asid
KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”
NATASHA (kanan) menunjukkan kesan simbahan asid pada badan Mohd. Hafizuddin di Kangar semalam.
Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.
Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.
“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.
“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.
RUMAH di Taman Seri Bakau, Kangar tempat Mohd. Hafizuddin cedera disimbah asid oleh seorang lelaki gara-gara cemburukan Natasha.
Semalam akhbar melaporkan seorang pemuda cedera di muka dan tangan kanan akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang mengunci pagar rumahnya di Taman Seri Bakau di sini.
Menurut polis, motif serangan oleh suspek berusia 19 tahun itu disebabkan cemburu ekoran mangsa melarangnya mendekati Natasha. Penyerang tersebut kemudiannya berjaya diberkas.
Natasha yang bekerja sebagai jurujual kosmetik berkata, punca temannya diserang adalah kerana suspek tidak berpuas hati ekoran tidak dapat mendekati dirinya.
“Saya dan Hafizuddin tidak mengenali penyerang itu tetapi disebabkan sifat dan keadaan saya, ramai lelaki hendak berkawan tetapi saya tidak melayan mereka,” ujarnya lagi.
Natasha mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu.
“Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak,” ujarnya.
Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu. -kosmo

8 ulasan:
ishh..kenapalah perlu pondan?jadilah lelaki sejati..biar sotong asalkan lelaki..
Entri Terhangat!! :
Oh Kemaluan Wanita Dan Onani!!
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!
uweekkk... apa dh jadi, dunia dh nk trbalik
isk isk.. kenapa jadi macam ni? takut nnti Allah turun bala pd semua sebab membiarkan perkara songsang macam ni berleluasa.. tolonglah masyarakat setempat, lakukan sesuatu jgn tengok aja...
dunia dah nak terbalik ke? kenapa tak ada org kisah, surat khabar amno pulak war2kan perkara songsang ni macam tak ada apa2 yg pelik.
pondan, penkid, gay, lesbian tu sume bala ape dari Allah.. xtaula ape nak jadi ngan umat Islam kat malaysia nie.. benda2 murka yg suka dibuatnye.. bebal.. :P
aku kenal budak pondan ni nama dia mat,asal dia dari satun org sini ambil bela tapi sayangnya zakar dia tak berfungsi maka jadilah dia macam yg orang nampak mcm wanita.
Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai lelaki sejati... tapi jgn pulak dikata mereka tu bala dari Allah... mereka itu cuma diberi Ujian oleh Allah yang lebih berat dari kita.. cuba bayangkan kita di tempat diorg... Wallahutaa'la a'lam... tuhan je yg tahu..bantu mereka dekati mereka.. once we will know the truth of why diorg jadik mcm tu.. tolong lah support dr blakang.

Hahaha....perasannya ko pondan jd kegilaan lelaki konon...ntah2 org simbah asidtu sebab geli..benci korang duk sekali ntah buat apa dlm rumahtu...perasan org nak kt ko...nasib org tamantu x bunuh je bf ko tu...dasar terkutuk!!!ni gaya mcm org dah ajak bertaubat tp x mauni...
Catat Ulasan