4 Sep 2011

"Jelajah Patriot" Hanya Bertujuan Rendahkan Martabat Bekas Perajurit

Jika Umno begitu serius dalam memperjuangkan nasib bekas perajurit yang berjuang demi tanah air tercinta, parti itu seharusnya membantu semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong kerana difahamkan ada di antara mereka masih belum menerima pampasan atau bantuan dari kerajaan pusat.

Justeru Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan tindakan Pemuda Umno mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong menerusi siri jelajah seluruh negara dalam program Pentas Patriot bagi menjawab kontroversi kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu amat mendukacitakan selain bersifat hanya membazir.

“Kita juga terfikir mengapa para “patriot” ini menganggap siri jelajah sebegini lebih membawa manfaat dan kebaikan daripada menyokong, mengawas, dan memberi maklum balas kepada badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dan badan-badan seperti itu?

“Jika mereka bekerjasama dengan badan-badan ini – untuk perjuangkan pembelian aset-aset Exxonmobil, sebagai contoh – pasti pejuang dan perajurit negara akan menikmati kebaikan dan keuntungan, dan kepentingan negara akan terjaga lagi terselamat,” tegas Izzah dalam kenyataan medianya.

Tegas Izzah lagi, Umno-BN sepatutnya mengutamakan kepentingan rakyat dan bukanya memberi tumpuan kepada matlamat parti semata-mata terutama sayap-sayap pemuda.

Tambah Izzah, apa yang menyedihkanya lagi adalah UMNO sekali lagi mengguna peluang sedia ada untuk menimbulkan syak wasangka dan rasa benci di kalangan rakyat demi masa kepentingan politiknya sendiri.

“Bukanlah lebih baik jika UMNO menyalurkan masa, wang ringgit dan tenaga mereka untuk membantu bekas perajurit Malaysia yang memerlukan bantuan, dan bukannya untuk menjalankan program-program jelajah sebegini? Bukankah Utusan Malaysia, akhbar alat sebaran mereka, sudah cukup untuk mencerca PAS, Mohamad Sabu dan Pakatan Rakyat amnya?” katanya.

Katanya lagi, Umno wajib sedar bahawa tindakan itu hanyalah bertujuan mempersendakan prinsip-prinsip asas negara kerana kerajaan pimpinannya masih memperguna empat perisytiharan darurat yang masih wujud, walaupun sudah 54 tahun kita merdeka.

“Malah bukankah ini menunjukkan Umno secara tidak langsung merendahkan martabat para perajurit yang kita kasihi dan memperlekehkan perjuangan mereka selama ini, kerana kononnya negara masih belum selamat dan masih memerlukan empat perisytiharan darurat ini?


"Atau adakah UMNO yang sebenarnya memerlukan empat perisytiharan darurat ini demi masa depan politik sempit mereka?,” jelas Izzah.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KJ bodek Najib hanya untuk menjadi Menantu ROSMAH sahaja, kemudian ROSMAH akan lantik beliau Jadi Perdana Menteri, itulah harapan yang tersirat di hati KJ.

Azhan Mohamad berkata...

saya pernah ziarah lokasi & balai polis Bukit Kepong tahun lepas, juga saya lihat betapa daif dan tertinggalnya pembangunan kampung tersebut. Harap ada wakil mengambil gambar pusara perajurit tersebut dan dedahkan pada akhbar atau internet betapa 'elok' dan 'jaganya' kawasan perkuburan itu selayat dengan pengiktirafan kerajaan atas pengorbanan mereka. Juga dapat ditemubual waris2 mereka apakah kerajaan mengambil berat tentang kebajikan mereka.

Beruk Ketawa berkata...

Biarlah PATRIOT nak cari makan.

Kalau tidak ada yang tak boleh jadi calon dalam PRU13 nanti.

Don wori..kita tunggu apa yang mereka nak cakap. Silap cakap akan makan diri sendiri...kah kah kah