Belum sempat Festival Pekan Budaya Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2011 bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu melabuhkan tirainya esok (29 Sept 2011), ia telah dihentam ribut kuat malam tadi yang menyebabkan keseluruhan festival tersebut musnah samasekali.
Sebanyak 18 buah khemah pameran dan 32 khemah jualan sempena Festival Pekan Budaya hampir musnah akibat dipukul ribut kira-kira 9 malam tadi, demikian lapor fotoBernama.
Festival tersebut yang bermula sejak seminggu yang lalu disertai oleh 17 buah agensi kerajaan termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Perlbagi acara telah berlansung sepanjang karnival tersebut seperti pertandingan memancing, pameran oleh agensi kerajaan, gerai jualan, permainan dan persembahan tradisional, persembahan nasyid, persembahan artis-artis jemputan serta Kuala Terengganu idol (karaoke).
Di dalam kejadian ribut yang melanda malam tadi, pintu gerbang Festival patah dan tumbang, manakala banyak dahan-dahan pokok menghempap kenderaan di Dataran Shahbandar.
Keadaan menjadi lintang pukang dengan khemah-khemah jualan terbalik dan roboh akibat dihentam oleh ribut berkenaan.
Malah terdapat bot yang karam akibat dipukul ribut di tebing Sungai Terengganu berhampiran Dataran Shahbandar.
Ramai berpendapat bahawa ribut yang melanda malam tadi adalah tempias dari taufan Nesat yang melanda Filipina yang telah mengorbankan tujuh nyawa setakat ini.

5 ulasan:
MasyaAllah, boleh tahan. Saya ni duk kat area KT, tapi x tahu pun ada festival tu huhu
allah nak test sbb ramai yg main2 dgn hudud.
dugaan jgn la di kaitan ngn politik hudud ke apa.amerika yg tolak hudud dan boleh berkahwin sesama jantina xkena bala,xkan bmakna Allah redha dengn mereka..ALLAH uji sbb ALLAH sayang
anon 11:19
ko x nampak ker amerika dah terkena bermacam2 bala?
setiap satu2 musibah yang turun Allah nyatakan di dalam Al-Quran:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” Ar-Rum ayat 41
ramai lagi manusia mcm anon 11:19. bila sebut hudud, ingat politik....
Catat Ulasan