Bekas komando TUDM pula dedah penipuan undi pos
Butterworth: 12 Ogos: "Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar yang berpangkalan di Butterworth.
Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.
Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.
Menurut Mohd Kamel (gambar), tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.
"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.
Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.
Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth. -HD
Ulasan GB
Senang cakap, memang UMNO BN - SPR itu penipulah!
Dan setiap kemenangan yang diasaskan dengan penipuan itu tiada berkatnya dan adalah kemenangan yang rapuh. UMNO BN hancur selepas ini. Satu dunia akan saksikannya.

8 ulasan:
Mansuhkan undi pos ataupun tambah baik iaitu dengan mengira terus undi berkenaan sebaik selesai mengundi supaya dapat disaksikan oleh wakil-wakil parti bertanding !!!
lah.............dah byk kali berlaku..kat sabah...semua penipu
Bila dah pencen, baru berani nak bersuara semuanya...dulu masa dlm perkhidmatan...diam saja..mcm tikus jatuh dalam guni beras...
Wakil calun tak dibenarkan melihat pengundian konon markas tentra tak boleh dimasuki orang awam - satu pembohongan dan penipuan.Yang boleh masuk cara bebas,penjual akhbar,penjaja ikan,penjual roti,pengutip akhbar lama(kao kao kutik) dan pemeriksa letrik dan air serta posman.KEMENTAH sila nafikan.
Patutlah jenerasi melayu sekarang kebanyakannya pandai membohong menipu pendek cerita yang tak baik itu adalah didikan parti reput Umno lah dari PM hingga Ketua Kampung habis semua penipu dan pembohong bila dapat agehan projek apa nak jadi pada rakyatnya yang kebanyakan bangsanya sendiri ? ini bolih disaksikan disekeliling kita cuma satu sahaja penawarnya rakyat kena ubah kerajaan yang ada ini ..rakyat pasti bolih lakukan!!
tiada keyakinan pada YDA tidak nampak masaalah negara dan rakyat, kerana mereka dikeliling oleh manusia penipu, pembohong dan hopokrit yang diberi kuasa dengan cara penipuan oleh SPR kepada UMNOBN,
Aku salah seorang undi pos dimana pegawai atasan tunjuk minat BN dan tunjuk benci pada pembangkang dan cuba membuat arahan secara simbolik dan ugutan.
Tudm butterworth dan Kuantan dah,gua ingat semua base camtu kut tx caya cuba track tgk lepas PRU mesti ada base comamdan naik pangkat, Biasa la!! Apa crita la , Bola dah kalah ,Dtk LCW pun kalah dah lepas ni BN pulak kut.

Catat Ulasan