Tindakan kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi merupakan tindakan bahaya kerana menjual negara sendiri.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN.
Menurutnya, warga asing yang datang ke negara ini berbagai jenis serta latarbelakang hidup yang berbeza.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi.
“Kalau di Singapura, kerajaan negara itu menapis terlebih dahulu mengikut kehebatan mereka khususnya dari golongan professional contohnya sebagai ahli sukan.
“Namun ianya berbeza di negara kita ni semuanya pakai ambil tangkap muat saja tanpa mengenali status individu warga asing terbabit asalkan boleh jadi pengundi pada mereka,”ujarnya .
Tegasnya, kenapa tiba-tiba sahaja mereka telah difaftarkan sebagai warga negara dan terus sebagai pengundi sekiranya tidak ada pihak tertentu mengaturkan usaha itu.
Menurut Husam, mereka hanya berminat untuk menjadi warga Negara dan bukannya sebagai pengundi, tetapi tiba-tiba pula mereka didaftarkan sebagai pemilih.
Menurutnya lagi, hasil maklumat yang diperolehi pihak tertentu menemui warga asing dari negara Bangladesh, China dan sebagainya dengan membawa borang untuk diisi sebagai warganegara tanpa menyelidiki latarbelakang golongan itu sama ada penjenayah atau sebaliknya.
Beliau menambah, konspirasi itu begitu membahayakan negara ini kerana ianya boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara pada masa akan datang.
Sehubungan itu parti-parti politik khususnya dari Pakatan Rakyat perlu merangka gerakerja yang lebih terkehadapan bagi menangani perkara ini.
“Ianya tidak begitu sukar memandangkan JPN sendiri telah mengakuinya sebelum ini berhubung pendaftaran terbabit,”ujarnya.
Beliau juga turut melahirkan dukacita di atas kegagalan JPN membuat kenyataan berhubung jumlah warga asing mengikut negara di samping tempoh permohonan sebagai pemilih sebelum ianya disahkan.
Katanya rakyat Malaysia perlu membuat bantahan berhubung perkara itu kerana ianya merupakan tindakan bahaya.

14 ulasan:
Tak lama lagi ahli UMNO terdiri dari org INDON, bangla and Myanmar??
btol tue...sanggup jual Negara dengan bagi free kad pengenalan..
Jom terjah sini:
Antara Sebab Malaysia Kalah Degan Singapore
Masaalah nya nanti yang akan susah ialah PDRM,hospital,sekolah ,ketua masyarakat kerana mereka ini hanya minat untuk dapat mykad ajer.Selapas itu ia akan menjadi warganegara tetapi tidak mahu melibatkan diri dalam masyarakat setempat ujudnya perkampongan kecil mereka dalam komuniti setempat.
tak lama lagi kalau kita bergaduh dgn Indonesia dan mereka banyak di Malaysia, nampaknya kita plak yang kena usir oleh mereka..kepalanya yang kena usir PM sendiri..
Entri Terhangat!! :
Muka Baby Masa Pertama Kali Makan Lemon!!
Video Kenakan Kawan..LAWAK GILER!!
umno peduli apa dengan keamanan ketenteraman sedangkan agama pun mereka belakangkan janjikuasa ditangan apabila kuasa ditangan yang takut jadi berani yg susah jadi milioner semua akan tunduk dibawah arahan kuasa yg ada.
Salam Tuan!
Artikel tuan berada di pihak yg menuduh. Kumpulkan sebanyak bukti sahih & sah yg perlu. Jika terpaksa, bawa ke mahkamah. Rakyat dah lali dgn politik tuduh menuduh. Umpama eksiden kat jalanraya, jgn sesakkan jalan yg dah memang sesak dgn bertengkar di tempat kejadian. Buat report, pi mahkamah!
Negara ada perlembagaan, tak siapa pun punya hak mengatakan salah org lain, melainkan mahkamah!! Jgn sia2kan masa kita. Wallahualam.
Bila ajak gotong royong bersihkan kampung, mereka tak mahu terlibat. Tak percaya tanya penduduk Kampung Baru Kuala Lumpur.
umno tu parti haram sbb tu terima pendatang haram...lama BN jadi HaRam JAdaH
salam pakteh qaq!!!
pakteh ni baru bangun tidur ke,org dah tunjuk bukti2 sebelum..klu pakteh baca utusan loya mana nak jumpa...
Pak Teh kalau dah perlembagaan depa pegang, mahkamah pun depa kontrol, apa lagi yang dapat dibuat,semua keputusan yang melibatkan undang-undag perlu minta kata putus dari Hakim Negara yang depa lantik jadinya kalau ada bukti pun depa simpan kat tong sampah je
Hi!Apa nak jd gan org yg bodoh ni? printah malaysia mcm bapak dia punya negara...buat lg satu Demonstrasi dan Reformasi paling Besar jatuhkan terus hubaya2 Bangang niiii....jgn tnggu lg pilihan raya yg tkde MAKNA NI??PENIPU PENGKHIANAT NEGARA.....
apa ni.......nak menang PRU knp pulak pdtg asing tak tahu asal usul..jd wrgnegara..bodoh betul lah..snggup jd pengkhiant negara...org zaman dulu2 mati2 berjuang mempertahankan negara..dia pula nak senang2 msk kan pdt jd wrganegara
Pak Teh Qaq ni baru keluar hutan atau baru keluar dari FELDA.Kesian dia.
Pemimpin UMNO ni bukan kisah sangat apa nak jadi pada negara ni.Yang penting nak kekalkan kuasa.Bila negara sudah dimiliki PATI,depa tak susah,boleh lari keluar negeri.Sekarang pun ramai dah beli rumah diluar negeri dan simpan duit rasuah dalam bank luar negeri.Tak percaya tanya Mahathir Kutty dan Taib Mahmud.
Catat Ulasan