Pengerusi, Timbalan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa meletakkan jawatan sekiranya masih tidak dapat menyelesaikan isu daftar pemilih yang tercemar.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas isu pengundi hantu samada yang melebihi umur 100 tahun, penduduk tetap yang mendapat status warganegara dan kewujudan pengundi klon yang mempunyai dua hak mengundi.
Menurutnya, kenyataan SPR bahawa isu-isu tersebut merupakan kesilapan teknikal dan menyalahkan agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), merupakan jawapan dangkal.
“Jawapan yang diberikan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof adalah jawapan dangkal, sepatutnya beliau mesti bertanggungjawab bagaimana boleh adanya pengundi yang tidak sah.
“Selagi pengerusi SPR tidak boleh jawab isu pengundi berumur 100 tahun, isu Mismah, pengundi bernama Kg Baru dan pengundi klon ini, Pengerusi, timbalan dan setiausaha SPR digesa berundur,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilan Daily.com.
Beliau mengambil contoh isu Kg Baru baru-baru ini yang didaftarkan sebagai pengundi, sekaligus menunjukkan kelemahan yang dilakukan petugas SPR.
“Bagaimana nama kampung boleh didaftar sebagai pengundi, di sini saya lihat pihak SPR tergesa-gesa mendaftar pengundi.
“Proses untuk jadi pengundi perlu melalui proses yang dikhaskan, jika dibuat dengan betul dan teliti tidak munasabah boleh berlaku perkara itu. Takkan pekerja dan petugas SPR tiada pendidikan, boleh jadi nama kampung sebagai pengundi,” katanya.
KEADILAN sebelum ini mendedahkan terdapatnya 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di Perak dengan pengundi paling tua di negeri itu berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun.
Baru-baru ini, media alternatif mendedahkan penduduk tetap (PR) yang didaftarkan dalam daftar pemilih SPR, bernama Mismah yang memegang kad MyPR bernombor 640704715238. Bagaimanapun, SPR menukar status tersebut kepada warganegara kira-kira empat jam selepas isu itu dihebohkan.
Selain itu, SPR turut mencipta sejarah apabila mendaftar sebuah ‘kampung’ bernama Kg Baru sebagai pengundi.
Manakala terbaru, beberapa nama pengundi yang diklonkan dikesan berada dalam daftar pemilih SPR dan memiliki dua hak untuk mengundi di dua kawasan parlimen berbeza.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 7 nama tersebut dikesan didaftar di Parlimen Titiwangsa dan Setiawangsa, Taiping dan Bukit Gantang, Perak dan Hulu Terengganu, Terengganu.
Namun carian terbaru mendapati enam nama yang bertindih tersebut dibuang, manakala satu lagi masih kekal dalam daftar SPR. -KD
Ulasan GB
Mereka jangan harap dapat melepaskan diri dari "dosa" yang dilakukan selama ini. Sepertimana yang GB katakan sebelum ini, bila PR memerintah nanti, mereka diantara yang akan diburu sampai ke lubang cacing!

3 ulasan:
SPR patut mengaku menjadi BARUA Pendatang Asing Tanpa IZIN (haram), lepas itu jadi barua UMNO kerana daftar PATI jadi pengundi UMNO.
inilah muka2 pengkianat negara yang akan dikeji oleh jenrasi akan datang.
Takkan malaun-malaun ni nak letak jawatan sebab takut mis syoruu.Manusia spisis ini kaki jilat bontot UMNO,tak ada perasaan sayangkan negara dan tak faham apa maknanya "pengkhianatan".Perdana Menteri Malaysia sejak zaman Mahathir Kutty lagi memilih malaun-malaun jenis ini untuk dilantik jadi Pengerusi,Tim.Pengerusi dan S/U SPR.
Catat Ulasan