Pasangan kekasih malang
REMBAU – Perselisihan faham antara sepasang kekasih berakhir dengan tragedi apabila teman wanitanya dirogol, manakala teman lelakinya pula dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Chembong, dekat sini, 6 Ogos lalu.
Sinar Harian difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, sepasang kekasih berkenaan yang menaiki sebuah motosikal ketika itu dalam perjalanan dari Kota sebelum memberhentikan kenderaan berdekatan lokasi kejadian. Gambar fail
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, dipercayai ketika pasangan berkenaan bertengkar, mereka didatangi sekumpulan lelaki seramai kira-kira empat ke lima orang berusia lingkungan 17 tahun hingga awal 20-an.
“Dipercayai teman wanita atau mangsa wanita mengenali salah seorang daripada kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, tanpa diduga salah seorang dari kumpulan berkenaan menarik tangan mangsa wanita dan membawanya ke dalam ladang berdekatan, lalu merogol mangsa.
“Teman lelakinya yang ketika itu cuba menyelamatkan mangsa tidak berjaya kerana dibelasah oleh kumpulan lelaki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Difahamkan, pasangan berkenaan juga dipercayai disamun apabila dompet milik salah seorang mangsa hilang termasuk wang tunai berjumlah RM20 turut dikebas kumpulan berkenaan.
Mizan berkata, mangsa wanita akhirnya berjaya melarikan diri dan meminta bantuan di sebuah rumah berhampiran ladang berkenaan.
“Mangsa dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis. Pihak polis kini sedang mempergiatkan lagi gerakan memburu suspek utama yang dipercayai melarikan diri.
“Bagaimanapun, tiga individu telah ditahan bagi membantu siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut seksyen 376 dan 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan samun,” katanya. -SH
Ulasan GB
mereka didatangi sekumpulan lelaki seramai kira-kira empat ke lima orang berusia lingkungan 17 tahun hingga awal 20-an
muda-muda lagi tu dah jadi samseng & perogol...

9 ulasan:
Hasil tarbiah kerajaan umno,tolak islam Allah tidak beri perlindungan dan menurunkan bala.
Anon 3:42 PM
Apa kaitan kes di atas dengan UMNO?
Adakah jika kes ini berlaku di kelantan, kedah, penang dan selangor maka PR harus dituduh?. sudah tentu tidak kerana kes ini bukan kerana siapa yg memerintah.
Matanglah dalam berhujah apatah lagi dibulan yang penuh keberkatan ini.
bengong negara ni di perintah oleh umno,tolak hudud,pak teh ngji lain le,hang taktau ke negara ni akan ditentukan oleh pengundi hantu oleh pendatang asing
PakTeh. Mmg umno ada kaitan sbb umno menguasai k'jaan pusat dan menentukan undang2 apa yg dijlnkan di negara ini. Akibat penolakan undang2 dan sistem kehidupan Islam. maka berlakulah gejala sosial yg parah spt kes di atas. Jgnlah ditutup minda itu trhdp Islam
Menuding jari x menyelesaikan masalah.. kalau yang terkena tu sedara terdekat kita, adakah kita masih nak asik menyalahkan satu sama lain..? semua ni ada banyak faktornya.. keluar berduaan - siapa yang benarkan? merogol - dari mana mereka belajar? pada saya sekiranya pendidikan agama berjaya di amalkan, x kirala siapa pemimpinnya, insyaAllah terjaga. Kenapa kita x pernah menyalahkan diri sendri. Kita dah didik diri kita dengan nilai agama yang betul? kita dah didik isteri, anak2, adik beradik dgn nilai agam yang betul? kita dah didik isteri, anak2 perempuan, saudara2 perempuan supaya menutup aurat supaya yang memandang tidak naik nafsu syahwatnya? bila institusi kecil iaitu keluarga pun tidak betul, bagaimana institusi masyarakat nak betul? saya teringat salah seorg sahabat saya berkata dan saya akui kebenarannya .. JIka masyarakat kita rata-rata ialah masyarakat yang baik, maka pemimpin yang dilantik ialah yang terbaik dari yang baik-baik.. jika masyarakat kita ialah masyarakat yang jahat, maka pemimpin yang dilantik ialah yang paling jahat dari yang jahat-jahat.. bermulalah dengan membetulkan diri, sebelum mula menuding jari..Wassalam
Pak Teh, bila puasa tentulah leteh, dalam kejadian tersebut memang UMNO perlu dipertanggungjawabkan kerana UMNO suka merogol dan merompak.
Ada menteri dari NS merogol amah,
anak menteri dari NS ancok-ancok lari,
kes terbaru anak menteri dari NS bercerai kerana baru tahu yg suaminya berpoligami sebelum mengahwini beliau.
Ini belum lagi cerita vedio lucah bikinan UMNO.
Kes di Port Dickson.
Kes model asing yg mengandung dan di letupkan dgn C4.
Hai.. saya pun naik letih la Pak Teh.
Inilah hasil program2 medidik anak bangsa anjuran umno. sampai di bulan ramadhan pun sgt buat dosa besar. anak melayu dah tak kenal dosa pahala...tahniah umno.
Umno dah mentadbir lebih 50 tahun!! setakat laungan malaysia negara islam je,,tapi hakikatnye Mahathir ,Pak Lah, dan Najib (ahli freemason)freemason adalah kumpulan atau gerakan yang sangat memusuhi islam yang mane Pork Jib adalah salah seorang ahli freemason.jadi,,terbuktilah umno memang tarbiyah untuk jadi perogol dan perompak!!!
Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang berpasan-pesan dengan kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran.
Catat Ulasan