Usah ‘hentam’ agensi zakat
KUALA LUMPUR: Memang ada kekurangan dalam sistem pengurusan zakat di negara ini, tetapi ia bukan alasan kepada pihak tertentu untuk menghentam agensi itu, malah mengaitkannya dengan isu murtad.
Timbalan Dekan di Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, bukan senang untuk mengagihkan wang zakat dengan berjaya sehingga sampai ke tangan fakir miskin terakhir di negara ini.
“Apabila ada pihak mula mengkritik pengurusan zakat, ia menyebabkan ramai orang secara spontan berfikiran negatif terhadap agensi itu sedangkan sebelum ini isu tidak pernah timbul.
“Memang ada kekurangan, tetapi ia secara umum dan pengagihan kutipan zakat bukan mudah dilaksanakan dengan berjaya sepenuhnya terutama sekali wujudnya golongan yang mengambil kesempatan memohon bantuan sedangkan dia tidak layak,” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau berkata, disebabkan kritikan negatif itu, orang mula melihat pengurusan agensi kutipan zakat tidak cekap.
“Umpamanya isu bantuan beras dan makanan sudah habis. Memang sudah habis sebab esok atau lusa umat Islam sudah menyambut Aidilfitri.
“Bayangkan jika bantuan itu terlalu banyak disediakan sehingga menyebabkan lambakan, nanti timbul pula isu Baitulmal tidak pandai mengagih,” katanya.
Menurutnya, memberi bantuan kepada penerima zakat boleh diumpamakan mengajar mereka memancing daripada berterusan memberi ikan.
“Saya melihat jika memberi bantuan kewangan secara berterusan kepada fakir miskin, ia tidak memberi kesan kuat supaya mereka berusaha mengubah taraf kehidupan.
“Lebih malang lagi apabila ada mengaitkan soal pengurusan wang zakat dengan isu murtad. Ia bukan disebabkan zakat kerana ada umat Islam yang murtad itu mendapat bantuan zakat,” katanya.
Dr Mahmood Zuhdi berkata, apa yang berlaku sekarang disebabkan orang Melayu sudah berpecah belah sehingga membuka peluang pihak lain mengambil kesempatan.
“Keadaan sekarang kelam-kabut, mufti tidak sefahaman dengan mufti lain, ulama tidak setuju dengan ulama lain, begitu juga orang politik sehinggalah kepada rakyat biasa. Keadaan ini menyebabkan ada pihak lain ambil kesempatan,” katanya.
Ulasan GB
Sebagai ahli akademik GB kecewa dengan sikap dan kenaytaan seorang yang bergelar professor mempertahankan kelemahan institusi zakat di dalam negara ini dengan membelakangkan kepentingan umat Islam secara menyeluruh.
Lihat kenyataan beliau ini:
Saya ingin bertanya kepada Prof Mahmood Zuhdi ini tentang nasib umat Islam terutama golongan asnaf yang belum menerima agihan tersebut sedangkan wang zakat masih ada tersimpan oleh Pusat Zakat. Aatau ada golongan asnaf yang "terpaksa" memohon pertolongan dari tempat lain. Siapa yang akan memikul dosanya? Apakah tuan sanggup?
Ini bukan soal pandai tak pandai mengagih tetapi soal terlaksana atau tidak kewajipan.
Kemudian dengan cuba mengajar seperti mengajar budak tadika, beliau berkata
"memberi bantuan kepada penerima zakat boleh diumpamakan mengajar mereka memancing daripada berterusan memberi ikan"
Baik, jika demikian, kita ingin bertanya apa yang telah dilakukan oleh pusat Zakat bagi mempastikan umat Islam tidak diberi ikan tetapi diberi pancing untuk memancing ikan agar mereka dapat berdikari?
Cakapnya pandai, isinya hampas!
Satu ketika dulu, GB pernah terlibat di dalam dialog yang disertai oleh Majlis Agama Islam sebuah negeri dan para peniaga kecil. Pihak majlis forum pada masa itu menekankan tentang keperluan untuk mengutip zakat daripada golongan peniaga-peniaga kecil dan penjaja-penjaja.
GB menyoal, Tuan-tuan ingin mengutip zakat daripada peniaga-peniaga kecil dan penjaja, tetapi apakah tuan-tuan ada mempunyai program untuk membantu peniaga-peniaga kecil dan penjaja-penjaja yang terbeban perniagaan dan hidupnya sehingga mereka terpaksa meminjam kepada bank dan along?
Tuan mengambil zakat daripada peniaga kecil Islam, tetapi apa pula "program" tuan di dalam pengagihan zakat kepada umat Islam dan aktiviti yang dilakukan untuk membantu para usahawan Islam yang tenat?
Terdiam pegawai-pegawai berkenaan. Dan ketika waktu rehat, meluru para peniaga kecil bersalam dengan GB dan menyuarakan bahawa pegawai berkenaan hanya pandai untuk membaca ayat-ayat mengenai kewajipan membayar zakat tetapi gagal untuk membaca ayat kewajipan menunaikan hak dan tanggungjawab mereka terhadap umat Islam. Mereka tidak tahu ada peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, ada yang hidup tak keruan kerana dihambat along dan pemiutang, apa Majlis Agama Islam ada bantu? Bila kia pergi ke pejabatnya, karenah birokrasi seolah-olah kita ini sampah di mata mereka, katanya.
Itu sebab mengapa GB katakan bahawa kebencian umat Islam kepada institusi zakat bukan disebabkan oleh orang lain tetapi adalah kerana kelemahan pusat zakat sendiri yang lebih mengutamakan bangunan besar, bilik hawa dingin dan gaji ribuan untuk para pegawainya dan ditambahi pula dengan kewujudan mereka bergelar "prof datuk" dan "datuk prof" di IPT-IPT yang membela ketidak-cekapan mereka seperti kenyataan Prof Datuk Mahmood Zuhdi di atas.
Saya mengesyorkan agar professor ini yang siap ada gelaran Datuk jangan sekadar bertali leher mengajar di bilik-bilik kuliah, tetapi turun melihat sendiri umat Islam yang menderita kemiskinan.
Jadilah seperti khalifah Umar yang tersentak melihat ada umat Islam di zamannya yang terpaksa merebus batu untuk menidurkan anaknya yang kelaparan supaya anak itu menyangkakan ibunya memasak nasi. Apabila diketahui Umar, beliau bergegas untuk mengambil gandum dan tatkala hendak dipikul oleh pembantunya, Umar terus melarang dan menyuruh diletakkan di atas bahunya seraya berkata: Apakah engkau sanggup memikul dosa Umar di akhirat nanti?
Saya mahu tanya apakah ada Prof Mahmood Zuhdi tokoh ilmuan yang memperolehi kelulusan yang tinggi di dalam bidang syariah pernah melakukan seperti yang pernah dilakukan oleh Prof Ungku Aziz menyusuri rakyat miskin, tinggal bersama mereka, buka tudung saji mereka untuk melihat sendiri apa lauk yang dimakan oleh mereka?
Hah, Prof Mahmood Zuhdi sudah amat jauh berbeza dengan yang GB kenal sebelum ini!

Pulang hampa
KUALA LUMPUR: “Saya bergegas ke sini sebaik dimaklumkan ada sumbangan beras untuk golongan miskin tapi hampa dimaklumkan bantuan itu sudah habis dan hanya diagihkan semula bulan depan,” rintih seorang wanita dikenali sebagai Ramlah, 52, yang kecewa selepas bantuan makanan yang diagihkan di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) habis.
Menurutnya, bukan dia seorang, malah ramai lagi yang senasib dengannya yang terpaksa pulang tangan kosong. “Tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bantuan menjelang hari raya ini,” katanya.
Dia berkata, dia menunggu di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak 10 pagi untuk mendapatkan makanan dan beras yang diagihkan percuma kepada kepada golongan miskin.
Sebaik gilirannya tiba, katanya, petugas di kaunter itu memberitahunya bahawa makanan dan beras yang diagihkan sudah habis dan perlu datang semula September untuk mendapatkannya.
“Rasa sedih juga kerana tidak dapat makanan itu. Saya tinggal sendirian di Cheras dan apabila jiran memberitahu MAIWP memberikan beras percuma, saya terus datang, malangnya, ia sudah habis sejak beberapa hari lalu,” katanya.
Harian Metro yang melakukan tinjauan selama dua hari di kaunter bantuan dan kecemasan MAIWP pada minggu terakhir Ramadan mendapati orang ramai khususnya gelandangan memenuhi kaunter yang terletak di tingkat bawah kompleks itu untuk mendapatkan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan.
Pelbagai ragam orang ramai untuk mendapatkan bantuan makanan, kecemasan dan waran tiket dapat dilihat dengan sesekali berlaku pertikaman lidah dengan petugas di kaunter terutama yang gagal mendapatkan bantuan disebabkan pelbagai alasan.
Ulasan GB
Sebagai ahli akademik GB kecewa dengan sikap dan kenaytaan seorang yang bergelar professor mempertahankan kelemahan institusi zakat di dalam negara ini dengan membelakangkan kepentingan umat Islam secara menyeluruh.
Lihat kenyataan beliau ini:
Beliau berkata, disebabkan kritikan negatif itu, orang mula melihat pengurusan agensi kutipan zakat tidak cekap.
“Umpamanya isu bantuan beras dan makanan sudah habis. Memang sudah habis sebab esok atau lusa umat Islam sudah menyambut Aidilfitri.
“Bayangkan jika bantuan itu terlalu banyak disediakan sehingga menyebabkan lambakan, nanti timbul pula isu Baitulmal tidak pandai mengagih,” katanya.
Saya ingin bertanya kepada Prof Mahmood Zuhdi ini tentang nasib umat Islam terutama golongan asnaf yang belum menerima agihan tersebut sedangkan wang zakat masih ada tersimpan oleh Pusat Zakat. Aatau ada golongan asnaf yang "terpaksa" memohon pertolongan dari tempat lain. Siapa yang akan memikul dosanya? Apakah tuan sanggup?
Ini bukan soal pandai tak pandai mengagih tetapi soal terlaksana atau tidak kewajipan.
Kemudian dengan cuba mengajar seperti mengajar budak tadika, beliau berkata
"memberi bantuan kepada penerima zakat boleh diumpamakan mengajar mereka memancing daripada berterusan memberi ikan"
Baik, jika demikian, kita ingin bertanya apa yang telah dilakukan oleh pusat Zakat bagi mempastikan umat Islam tidak diberi ikan tetapi diberi pancing untuk memancing ikan agar mereka dapat berdikari?
Cakapnya pandai, isinya hampas!
Satu ketika dulu, GB pernah terlibat di dalam dialog yang disertai oleh Majlis Agama Islam sebuah negeri dan para peniaga kecil. Pihak majlis forum pada masa itu menekankan tentang keperluan untuk mengutip zakat daripada golongan peniaga-peniaga kecil dan penjaja-penjaja.
GB menyoal, Tuan-tuan ingin mengutip zakat daripada peniaga-peniaga kecil dan penjaja, tetapi apakah tuan-tuan ada mempunyai program untuk membantu peniaga-peniaga kecil dan penjaja-penjaja yang terbeban perniagaan dan hidupnya sehingga mereka terpaksa meminjam kepada bank dan along?
Tuan mengambil zakat daripada peniaga kecil Islam, tetapi apa pula "program" tuan di dalam pengagihan zakat kepada umat Islam dan aktiviti yang dilakukan untuk membantu para usahawan Islam yang tenat?
Terdiam pegawai-pegawai berkenaan. Dan ketika waktu rehat, meluru para peniaga kecil bersalam dengan GB dan menyuarakan bahawa pegawai berkenaan hanya pandai untuk membaca ayat-ayat mengenai kewajipan membayar zakat tetapi gagal untuk membaca ayat kewajipan menunaikan hak dan tanggungjawab mereka terhadap umat Islam. Mereka tidak tahu ada peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, ada yang hidup tak keruan kerana dihambat along dan pemiutang, apa Majlis Agama Islam ada bantu? Bila kia pergi ke pejabatnya, karenah birokrasi seolah-olah kita ini sampah di mata mereka, katanya.
Itu sebab mengapa GB katakan bahawa kebencian umat Islam kepada institusi zakat bukan disebabkan oleh orang lain tetapi adalah kerana kelemahan pusat zakat sendiri yang lebih mengutamakan bangunan besar, bilik hawa dingin dan gaji ribuan untuk para pegawainya dan ditambahi pula dengan kewujudan mereka bergelar "prof datuk" dan "datuk prof" di IPT-IPT yang membela ketidak-cekapan mereka seperti kenyataan Prof Datuk Mahmood Zuhdi di atas.
Saya mengesyorkan agar professor ini yang siap ada gelaran Datuk jangan sekadar bertali leher mengajar di bilik-bilik kuliah, tetapi turun melihat sendiri umat Islam yang menderita kemiskinan.
Jadilah seperti khalifah Umar yang tersentak melihat ada umat Islam di zamannya yang terpaksa merebus batu untuk menidurkan anaknya yang kelaparan supaya anak itu menyangkakan ibunya memasak nasi. Apabila diketahui Umar, beliau bergegas untuk mengambil gandum dan tatkala hendak dipikul oleh pembantunya, Umar terus melarang dan menyuruh diletakkan di atas bahunya seraya berkata: Apakah engkau sanggup memikul dosa Umar di akhirat nanti?
Saya mahu tanya apakah ada Prof Mahmood Zuhdi tokoh ilmuan yang memperolehi kelulusan yang tinggi di dalam bidang syariah pernah melakukan seperti yang pernah dilakukan oleh Prof Ungku Aziz menyusuri rakyat miskin, tinggal bersama mereka, buka tudung saji mereka untuk melihat sendiri apa lauk yang dimakan oleh mereka?
Hah, Prof Mahmood Zuhdi sudah amat jauh berbeza dengan yang GB kenal sebelum ini!
11 ulasan:
Jahanam negaraku kian hampir jika
dibiarkan berlarutan.
bangun semua melayu islam ,bayar je zakat terus kepada penerima yang bersepah kat kampung , cari je , bayar terus kepada mereka, saya setiap tahun bayar terus kepada penerima kerena dapat di guna terus oleh mereka ( tak perlulah ingat nak claim LHDN ) iklaslah bila berzakat
Hujah yang dangkal dan tidak ilmiah dari seorang yang bergelar 'prof'. Ini memang prof kangkong. dapat title prof bukan atas kebolehan tapi atas 'jilat'.
Katanya, "bukan senang untuk mengagihkan wang zakat dengan berjaya sehingga sampai ke tangan fakir miskin terakhir di negara ini." Ayat ini Aku biasa dengar dari pihak atas dan Aku pernah cadangkan kalau tak mampu, letak jawatan saja dan jadi pegawai biasa. Nak pangkat tapi tak tahu nak buat kerja. Dah tahu kelemahan tapi tidak berusaha mengatasi. Asyik dok salahkan benda yang mati. Ingat kita yang hidup dan dikurnia akal, haruslah berfikir cara penyelesaiannya.
Satu lagi tanda prof kangkong. Katanya,"apa yang berlaku sekarang disebabkan orang Melayu sudah berpecah belah sehingga membuka peluang pihak lain mengambil kesempatan." Orang tengah bincang pasal pengagihan zakat, ini bincang pasal perpecahan Melayu. Apa hubungan Melayu dengan Zakat? Zakat ini untuk orang Islam dan bukan untuk orang Melayu. Apa nak jadi dengan Melayu, lantak depa le. Masalahnya ialah yang dok memerintah tu Melayu yang korup dan rendah integritinya. Carilah Melayu yang cerdik, insyaallah selesailah masalah ini. Memang betul cakap GB, orang atas mana naka sedar kesusahan orang bawah. Berjalan, makan, duduk, ... depa semua dilayan orang lain.
Soal Zakat bukan soal kecil. Ini AMANAH dari umat Islam yang membayar zakat yang harus dilaqngsaikan dan diberi kepada orang yang susah dan miskin. Bukan untuk membina pejabat mewah dengan hawa dingin, kereta mewah untuk para pegawai, .... lu fikirlah sendiri.
Sempena menjelang Syawal, Aku mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.
bila dah tak cerdik, jangan sebarkan.
propeser kangkung uia nak jadi defender pulak.
Tak baca ke cerita dr asri. X pergi ke pejabat zakat
-opis zakat inform peruntukan dah habis. Bila x jumpa
mat politikus dan bawa suratnya ke opis zakat, ada pulak
peruntukan. Propeser kangkung -tak paham base melayu atau
sengaja jadi penulis pelacor!!!!
Pemberian zakat mestilah ikut syarak -atas dasar keperluan:
bukan ada surat sokongan politikus baru bolih dapat.
OI, mat opiser pejabat zakat jangan jadi ngok- habuan gelak
rakyat 1 malaysia. Bila melayu susah jumpa gereja minta bantuan
fungsi pusat zakat sudah downgred jadi pencacai /alat untuk
raih undi um-por-no yang dapat naongan soltan !!!
Sumbangan besar Ayahanda Tun Mahathir-keluarkan melayu
dari pasong cium jari kaki soltan aka cemar doli
-----------------------------------------------------------------
Ekau udah downgred imej soltan- apa ppunya pelindung melayu
dan islam . Soltan dayus ke? Atau opiser zakat telalu bongok
-taksub hinnga cium jari kaki [ dalam base kelas-cemar doli] soltan atau
pemimpin um-por-no hari hari.
Ingatlah progress yang Tun Mahadir dah bawa untuk
melayu-lepaskan melayu dari amalan cium jari kaki soltan!!!!
Pindaan telah pun di bikin semasa rejim Tun. Tapi mat mat kat negeri masih
guna dan applikasikan cemar doli aka cium jari kaki mat mat soltan
[dan panjangkan idea ke pimpinan um-por-no]
So, propeser kangkung, ambillah masa baca nukilan pasal contribution
'
tun mahathir di dalam soltan dan impaknya dalam hal pengurusan agama.
wak pusin
Kenapa Institusi Islam yang lengkap segala-galanya tidak dapat bersaing dengan institusi agama lain?
Kalau bergaduh dan mengamok orang melayu no 1 terutama puak-puak pekida dan perkasa. Tapi bila suruh berfikir adalah umat yang paling bodoh sekali.
Kenapa cina boleh maju dengan persatuan-persatuan mereka tanpa bantuan pun dari kerajaan?
Kenapa orang kristian yang bergerak secara senyap boleh mencapai kejayaan lebih memberangsangkan sehingga mampu memurtadkan umat Islam lebih banyak daripada institusi Islam mengislamkan orang kafir.
Jawapnnya ialah mereka tahu apa mereka buat tapi kita tak tahu apa nak buat.
Kelengkapan serta strategi mereka lengkap serta halus. Kurang kerenah birokrasi. Persatuan mereka lengkap dengan ambulans serta paramedik dan boleh membantu siapa saja tanpa mengira kaum dan agama. Institusi Islam buat apa?
Boleh dikatakan setiap masjid ada kereta jenazah. Boleh atau tidak jika masjid kariah yang besar-besar yang aku kira mampu convert van tersebut menjadi ambulans?
Bila diajukan soalan-soalan begini selalunya lebai-lebai pencen yang mengawal masjid ini akan mengutarakan masalah yang bakal brbangkit. Belum start dan fikir masalah.
Apa kerja yang tak ada masalah? Sepatutnya buat dulu. Bila ada masalah fikirkan countermeasure. Orang melayu malas nak berfikir. Mereka hanya nak buat kerja tanpa berfikir.
Mereka hanya gemar anak-anak mereka hafal al-Quran dengan melahirkan banyak al-hafiz. Bila berlaku lambakan al-hafiz tapi mereka tak tahu macam mana nak praktikkan ilmu al-Quran. Bagaimana ilmu Allah nak berkembang?
Sepatutnya mereka melangkah setapak lagi dengan melahirkan al-hafiz yang boleh jadi saintis, engineer, doktor serta bidang-bidang profesional yang lain.
Ataupun setidak-tidaknya boleh melahirkan al-hafiz yang bijak sebagai pentadbir dan boleh menggantikan pemimpin pas yang dilihat tidak bijak sekarang ni.
Jangan bagi alasan mereka lain kita lain. Siapa pemimpin kita? Siapa raja-raja kita? Siapa perdana menteri kita?... Orang Islam ke orang kristian?
Kesimpulannya institusi Islam memang lengkap segalanya-galanya cuma OTAK saja tak lengkap.
duit zakat digunakan untok membayar peguam bela kes qazaf.
prof kangkung yg bijak cari alasan. tahniah prof...apalah nasib bangsa dapat cerdik pandai lagu ni.
Memang adat resam orang Melayu yang tidak mahu mengaku kelemahan. Kenapa tak disebut saja "Kita lemah part kutip zakat"?
Apa perlunya membayar slot iklan kat media bila semua Umat Islam dah tau zakat tu WAJIB!Bukan ker membazir namanya tu.
Dah lebih sepuluh tahun aku bayar zakat fitrah terus kat keluarga-keluarga miskin yang aku kenal. Lebih dari kadar yang ditetapkan. Yang penting Niat dan aku tahu yang aku dapat happy kan family tu bila raya. Urusan aku dengan Allah.
Kalau prof kangkong tu rasakan susah sangat nak uruskan zakat...tak payah ler kutip. Jadi kalau tak ada tabungan zakat, tak payahlah susah payah nak kerja...!
kalau bayar zakat tak kira miskin semuanya wajib,cubalak terbalikkan semua yang wajib terima zakat telah diberikan hak mereka.
Kalau apa yang dikatakan Prof.Datuk Dr. ni betul - sukar nak agihkan zakat pada fakir miskin,ada baiknya tutup sahaja semua pusat zakat dinegara ni.Balik kecara lama,pemberi zakat dan fitrah beri terus kepada fakir miskin.Terserah kepada pemberi zakat dan fitrah mencari sendiri "fakir miskin" dan terserah pulak berapa banyak dia nak beri,tak ada jumlah yang tertentu.Dengan kenyataan Prof.Datuk Dr. sahlah bahawa Pusat Zakat dan fitrah selama ini sudah gagal menjalankan tugas.Disyorkan cara keras,TUTUP SEMUA PUSAT ZAKAT dan semua harta Pusat itu diserahkan kepada Baitulmal.
Kerja kebajikan dijalankan oleh pihak berwajib sepanjang masa tanpa mengira hari raya atau tidak
Catat Ulasan