29 Ogo 2011

Md Sabu Akan Saman Utusan, Sengaja Tokok Tambah Untuk Alih Tumpuan Rakyat

Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman

KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Gambar: (Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Komplek PAS Perlis hari ini)

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.

"Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.

Utusan dan pemimpin Umno menyerang Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu.

Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong.


Rakaman video Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah Pulau Pinang semalam.

Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam dan ia dilihat beliau pagi tadi.

Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang semalam.

Mohamad dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Saya seolah sokong Komunis

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar.

"Beberapa akhbar dan laman blog meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah.

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia.

"Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengar pun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.

"Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu,
" jelasnya.

Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.

"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.

"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokongan orang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi. -HD


6 ulasan:

Khairi berkata...

Tahniah Abg Mat, pertama, sebagai pemimpin, anda tidak melatah tetapi "cool" dgn dakyah akhbar Utusan, kemudian anda melakukan perkara yg betul, halusi kembali isu, kaji dimana salahnya, terbukti yg salah ada pd akhbar itu, kemudian anda lakukan tindakan dgn arahkan peguam utk failkan saman keatas akhbar Utusan yg memfitnah. Maka saranan Timbalan IGP, DS Khalid Abu Bakar agar Abg Mat membaca kembali buku sejarah kini berbalik kpd dia sendiri agar kembali membaca & manghayati Al Quran yg telah lama mengariskan tatacara apabila ada manusia yg membawa berita, selidik dulu, periksa dulu, mana tahu si pembawa atau menyebar berita itu ada sifat munafik dan fitnah semata. Lepas ini Timbalan IGP usahlah lagi percaya kpd akhbar Utusan. Bukankah Timbalan IGP juga beriman dgn Kitab Allah?

Tanpa Nama berkata...

Saman!!! Abang Mat,jangan tak saman.Utusan Meloya ni kena ajar sikit,reporter depa bukan cerdik sangat pun.Selalu buat fitnah dan makan upah pemimpin UMNO "pen for hire".

Tanpa Nama berkata...

saya sarankan abg mat saman juga Tv3 dan RTM serta mereka yang mengkritik abg mat sperti IGP,NGO2 (persatuan bekas tentera),,org perseorang yang mengeluar kenyataan tanpa menyelidikk kesahihan berita tersebut...semua yg memanjangkan fitnah ini juga harus menerima dgn setimpal..Saman ini penting untuk mangajar mereka supaya menyelidik dahulu sebelum mempercayai kesahihan dan juga membuktikan bahwa di malaysia media arus perdana bukanlah media yg mempunyai kredibiliti dan sifat kemasyarakatan tapi lebih kpd selera rejimmm yg memerintah..

kayu_cemeti berkata...

Jika utusan atau akhbar arus perdana yang lain begitu juga media eletronik seperti tv tigasuku gemar menabur fitnah dan menyeleweng daripada fakta yang sebenar maka kami rakyat yang tak mahu budaya fitnah ini menjadi semakin parah hendaklah tiada jalan lain melainkan saman dan jangan kepalang biar saman 50juta atau labih dan tambah dengan satu ringgit setengah iaitu nilai akhlak peribadi mereka yang begitu rendah serendah nilai seringgit setengah puak2 itu jika dalam mereka berpuasa pun sanggup menabur fitnah apakah nilai mereka bila PM najib pun dalam ucapan hari raya pun menjadikan berita fitnah sebagai tek ucapannya jadi apakah PM begini layak terus memimpin negara melainkan rakyat juga akan kehilangan pahala puasanya nanti bahkan sama menanggung dosa mereka sahaja

1 Malaysia berkata...

Dalam bulan Ramadhan pun depa terus membuat fitnah. Apa nak jadi dengan Utusan "MELAYU", TV1, TV 3 3/4, PERKASA, Timbalan IGP, Bekas IGP, ....? Depa ni puasa dak? Mungkin depa tu puasa tapi puasa cara "Melayu" kot. Itulah konsistennya Aku dalam mentafsir perbezaaan antara Melayu dan Islam. Melayu tu bukan Islam dan Islam juga bukan Melayu. Islam untuk semua insan di dunia dan Melayu hanya untuk Melayu sahaja.
Kasihan melihat orang Melayu yang buta terhadap sejarah bangsanya sendiri. Betul dan benarlah seperti kata-kata sahabat Aku, Melayu terlalu sentimen dalam menghadapi isu-isu semasa. Lebih mementingkan kulit daripada otak. Jadi nampaklah kebodohan dan ketololannya. Melayu yang menyokong penjajah dianggap sebagai WIRA tapi Melayu / Cina yang hendak memerdekakan Tanah Melayu dianggap pengganas. Bodoh punya Melayu. Yang dok cerita tu ialah sebelum Merdeka. Waktu tu mana ada Polis Di Raja Malaysia? Mana ada YangDi Pertuan Agong? Ini yang orang dok kata bodoh tak boleh diajar. Siapa yang buta sejarah? Patutlah Che Det dok kata dan percaya serta menggunakan sifat "Melayu Mudah Lupa" uuntuk memperbodohkan Melayu sendiri.
Nabi Agung kita dah berpesan kat kita iaitu bila berita disampai dan dibawa oleh orang-orang fasik @ munafik, harus disiasat dulu dan dianalisis dengan teliti. Ini bukan nak mengamalkan cara-cara Islam tetapi Melayu Kuno yang dok diamalkan. Lebih baik hangpa pi sembah busut kat tepi jalan atau kat bukit dan minta datok-datok nenek-nenek tolong hangpa buat firasat. Jangan dok sembahyang kat masjid lagi.
Bang Mat, Aku sokong hang 100%. Yang benar tetap benar. Semoga Allah swt sentiasa bersama hang dalam menghadapi manusia fasik dan munafik ini sebab manusia ini lebih jahat dari orang kafir. Ibarat gunting dalam lipatan. Bahaya Islam dibuat depa tu. Kulit saja Islam tapi hati ... entahlah sebab Aku bukan Tuhan.

rakab berkata...

Dah jelas Mat Sabu mengatakan '..yang menyerang tu ..pejuang merdeka..'

Maknanya,..komunis yang menyerang rumah pasong dan membunuh mata-mata dan keluarga mereka itulah yang di anggap pejuang merdeka oleh Mat Sabu !!.

Samada dia berniat atau tidak,.
..hakikatnya tafsiran adalah berdasarkan ayat yang keluar dari mulutnya dan dirakam dalam video.

Mat Sabu boleh menggertak nak menyaman utusan , ...cuma jangan lupa , pihak lain juga boleh menyaman Mat Sabu kerana memutar belit fakta yang telah menjadi dokumen sejarah negara.