8 Ogo 2011

Jangan Biarkan BN Tenggelamkan Isu Pilihanraya Bersih Dengan Isu Gereja

Isu Jais tenggelamkan warga asing daftar pemilih

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.

“Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar.

“Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu itu, kononnya merekalah pembela agama.

Tegasnya, PAS istiqamah menentang isu murtad di negara ini.

Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam
.

Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PAS dalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi.

“Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad.

“Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, Umno menjadi juara
,” ujarnya.

Tetapi, katanya dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid.

“Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan,” ujarnya lagi.

Tanya beliau lagi, kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi.

“Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat,” katanya. -HD

Ulasan GB

Apabila GB meminta supaya PAS Pusat memfokuskan kepada isu pembersihan pilihanraya dan menyerahkan isu gereja kepada PAS Negeri untuk menyelesaikannya, ada yang salahfaham dan salah tafsir mengenai ulasan GB. Petikan:

Keseluruhan isu serbuan gereja oleh JAIS ini. Sepatutnya PAS Pusat tidak perlu untuk "campurtangan" kerana menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah “masalah negeri.”.

Jika ia "masalah negeri", maka bukankah elok hanya PAS Negeri Selangor sahaja yang menguruskan dengan memberikan kepercayaan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor dan barisan kepimpinannya yang baru untuk menyelesaikannya?

PAS sudah sepatutnya mendelegasikan kepercayaan dan amanah kepada peringkat negeri, dan PAS Pusat sepatutnya juga lebih memfokuskan isu sekurang-kurangnya bertaraf nasional. Isu pembersihan proses pilihanraya masih belum selesai misalnya. Bukankah itu lebih aula untuk difokuskan oleh PAS Pusat buat masa ini?


JAIS yang serbu gereja, bukan PAS yang serbu. Cuma ada "seorang" pemimpin PAS Selangor yang awal-awal membuat kenyataan menyokong tindakan JAIS tersebut di atas alasan ada bukti usaha untuk memurtadkan umat Islam sekalipun bukti itu sendiri belum sahih kebenarannya.

Sebenarnya apa yang cuba GB ketengahkan ialah sama seperti yang disuarakan oleh Ustadz Idris Ahmad di atas dan seperti kenyataan Presiden PAS sendiri di awal sidang medianya semalam iaitu ada dinyatakan (tiada dlm laporan bertulis) bahawa "kita tahu isu gereja itu sengaja diadakan oleh BN untuk menutup isu pilihanraya bersih."

Dan jangan salahfaham, bukan kita tidak pentingkan akidah, malah PAS lebih depan di dalam isu tersebut seperti yang diutarakan oleh Ustadz Idris di atas, UMNO yang selama ini membiarkan kemurtadan berlaku secara berleluasa, maka UMNOlah yang perlu memikulnya. UMNO hanya menggunakan isu itu untuk melengah-lengahkan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan yang akhirnya mereka menikam kita dari belakang apabila kita beralih paksi perjuangan. UMNO tidak perlu mengajar PAS bagaimana untuk memperjuangkan aqidah kerana keseluruhan perjuangan PAS adalah perjuangan yang bertunjangkan akidah Islam.

Kita tidak mahu mengikut rentak-tari UMNO. Perjuangan mereka yang tidak bertunjangkan akidah sebaliknya memperjuangan "kebangsaan sempit".

Kita tidak mahu diperbodohkan sedemikian rupa sehingga kemudiannya isu pembersihan pilihanraya ditenggelamkan dengan hiruk-pikuk isu gereja. Dan di dalam keadaan sedemikian mereka memanggil pilihanraya.

Kita tidak mahu kehilangan fokus. Kita tidak boleh lari dari tumpuan demi kebenaran, keadilan, kemenangan dan kejayaan.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isu lebih dari 2 juta PATI yang sedang dan akan jadi warganegara Malaysia dan terus menjadi pengundi memang digelapkan oleh akhbar arus perdana.Munkin arahan dari KDN.Isu gereja ini dibesarkan dan diakibatkan oleh Hassan Ali.Sama ada kebetulan atau dirancang UMNO,puak UG aje yang boleh jawab.Walau bagai mana pun UMNO patut berterimakasih pada Hassan Ali.

Tanpa Nama berkata...

tau takpe hahaha

Tanpa Nama berkata...

saya mengharapkan statement dari Dato' hasan berkenaan isu gereja.sebab benda jika tidak diterangkan dengan jelas, pihak lain akan mengambil kesempatan memburukkan PAS

Tanpa Nama berkata...

Masalah aqidah umat islam dan masalah kewarganegaraan yang melibatkan kedaulatan negara adalah sama penting. Malangnya pihak umno dan pihak pas tidak telus untuk menyelesaikannya dan masalah ini terus dipolitikan untuk meraih undi untuk kepentingan masing-masing.
Bukankah tiada bezanya corak politik umno dan pas. Saling tuduh menuduh, hakikatnya mereka serupa. Bezanya satu berkuasa dan satu lagi tiada kuasa.

Unknown berkata...

UBN sedang meraikan kejayaan isu gereja. mereka malu benar jika SPR ditelanjangkan satu persatu selepas Bersih 2.0. Fasa setelah Bersih 2.0 memperlihatkan kebejatan moral para pemimpin UBN memanipulasi rakyat bawahan untuk projek menjana kemenangan mereka. Kita tidak tahu apa rencana di bawah sana. Mungkin ada perkara baru sedang dirancang setelah pendedahan para blogger yang tak boleh dihindarkan. Nampak benar bahawa UBN memperbodohkan orang Melayu dengan bermacam kaedah bangang. Pemimpin utana UBN yang mendakwa mereka bersih dalam p.raya kini senyap dengan kebangangan mereka. Mereka tidak tahu apa nak kata lagi. Nak tutup bangkai gajah dengan talam kecik tulah jadinya.