3 Jul 2011

Tembelang Najib Pecah Lagi, Ugut Ambiga. Bukan Melayu Buka Mata 1Malaysia Hanya Retorik

Bersih 2.0: Najib muncul di Kelantan, kecam Ambiga dan PAS

PAS PASIR PUTIH, 2 Julai — Datuk Seri Najib Razak muncul di Kelantan hari ini dan mengecam ketua Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan PAS kerana mengadakan perhimpunan 9 Julai ini sambil mendakwa parti Islam itu akan melakukan apa sahaja bagi menawan Putrajaya.

“Kita tidak tahu siapa dia Ambiga. Dialah menggugat (kedudukan) Islam. Dan, di bawah dia ada Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu),” kata Najib ketika berucap di sini hari ini.

Kenyataan beliau dibawa oleh berita Radio Malaysia pada pukul 1 tengah hari tadi.

Saluran itu turut menyiarkan klip video membantah perarakan 9 Julai dan memuji kepimpinan Najib sambil menggambarkan beliau sebagai pemimpin semua rakyat Malaysia.

Najib (gambar) berkata Mohamad sanggup menjadi timbalan kepada Ambiga demi mendapatkan kuasa politik bagi PAS, yang memerintah Kelantan sejak 1990.

Hari ini, Najib mengadakan lawatan kerja ke Kelantan.

Dalam pada itu Bernama Online memetik Najib berkata, kebanjiran lebih 20,000 penduduk Pasir Putih pada majlis perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat hari ini memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menyokong Umno dan menentang perhimpunan 9 Julai ini.

Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudsah pasti lebih tinggi lagi.

Berdasarkan jumlah hadirin di sini, Najib berkata Ambiga seharusnya sedar bahawa ramai rakyat menyokong perjuangan dan dasar BN dan menentang Himpunan Bersih 2.0.

“Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita,” katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik.

Najib menjelaskan bahawa jika matlamat perhimpunan itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keadaan demokrasi negara adalah tidak sama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Katanya, keadaan di Malaysia berbeza daripada itu, di mana parti pemerintah hanya memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya lalu dan pemimpinnya bertukar ganti.

Najib berkata BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Putih untuk bertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlah penyokong BN ramai.

Beliau berkata ini kerana jika langkah itu diambil ia hanya akan menyebabkan pertembungan dan pergaduhan yang akan membawa huru-hara kepada keamanan negara.

“Kita bina negara kita sejak sekian lama. Kita mulakan secara aman damai. Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya.

Najib berkata angin perubahan kini bertiup kencang di negeri yang di perintah PAS kini berdasarkan jumlah rakyat yang hadir pada majlis itu sebegitu ramai.

Beliau berjanji BN akan membawa perubahan dalam aspek pembangunan jika rakyat Kelantan memberi mandat kepada BN dalam pilihan raya umum nanti. -TMI

Ulasan GB

Ada beberapa perkara di dalam ucapan Najib itu yang perlu diberi perhatian:

1) Ugutan terhadap Ambiga.

“Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita,

Najib menyimpan kukunya! Banyak persepsi di ayat itu. Apakah Najib sudah teerlepas cakap bahawa beliau sebenarnya "kuku besi" yang akan mencengkam Ambiga pada bila-bila masa? Atau "kuku" itu bermaksud ISA yang akan dikenakan terhadap Ambiga, atau apa? Walau apa pun jawapannya, Najib sedang menyimpan "kukunya" itu. Bererti, 1Malaysia yang dijajakan sebelum ini hanyalah retorik.

2) 20,000 hadir di Pasir Putih?

Katakanlah benar yang datang itu 20,000 tetapi kedatangan itu kedatangan yang dipaksa. Laporan sebelum ini di SINI yang menunjukkan Umno perangkap kakitangan awam hadir majlis Najib.

Dan Najib pula memerangkap mereka kononnya kesemua mereka tidka menyokong BERSIH 2.0. Kaedah yang serupa digunakan pada himpunan sejuta (sebenarnya cuma 5 ribu) belia. Diperalatkan mereka untuk pertahankan Putrajaya.

Katanya lagi:

jika kehadiran rakyat yang menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudsah pasti lebih tinggi lagi

Kenapa tak buat di negeri lain? Nak tengok juga berapa ramai ahli UMNO yang turun? Apatah lagi jika tanpa bas percuma, nasi bungkus dan angpow?

Peserta BERSIH datang TANPA menerima sebarang imbuhan dari sesiapa malah datang dari kocek sendiri, dari hati nurani sendiri. Baju sekali dirampas, beli lagi, itu semangat yang ada untuk pastikan BERSIH tetap berlansung walaupun UMNO membenci.

3) Najib berkata lagi:

jika matlamat perhimpunan itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.


Kelantan cuba dirampas seperti mana UMNO BN merampas Terengganu, tetapi airmata TG Nik Aziz di hening subuh bersama rakyat Kelantan menyelamatkan Kelantan dari ditipu oleh SPR sehingga tipu daya itu tidak menjadi. Semua rakyat tahu hal itu.

Kedua, PR menang di lima negeri - jika SPR bersih telus dan adil, PR telah memerintah banyak negeri malah telah memerintah kerajaan pusat di Putrajaya.

Hakikatnya: Kemenangan UMNO/BN yang lepas adalah kemenangan yang rapuh - kemmmangan pengundi hantu, pengundi pos dan pengundi FELDA yang termakan peras-ugut UMNO.

Najib mahu bicara apa lagi?
Banyak rahsianya bakal terbongkar lagi.
Itu doa kita kepada Ilahi.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keramaian kerana terpaksa... ugutan.. fitnah.... kerja yang amat disukai umno.. ingatlah mati... sebelum mengundi bn...

Tanpa Nama berkata...

makin kau banyak cakap najib makin kubenci

Tanpa Nama berkata...

Penduduk Kampung Nenas pun sokong BERSIH 2.0 lah... dah siapkan 3 buah bas untuk ke sana.

Tiga ekor malaun Bell Ngasri, Ezany Nizariff dan pemegang tombak sahaja yang tak mau pergi BERSIH 2.0 tapi yang lain telah mula bergerak ke sana.

Pelakon (x tau nama) yang berlakon jadi peniaga makanan tu je nak tutup gerai... lagipun bukan gerai dia (gerai pinjam untuk berlakon)... peniaga lain akan buka gerai dan kedai, dan menggandakan jualan dan mempromosi barang jualan... bukan sikit ooooi nak untung hari tu...berjuta-juta nak datang.... kalau gerai rosak pun masih boleh dapat untung lagi... BN mesti bagi sumbangan kerosakan gerai sebab nak burukkan BERSIH 2.0 yang berjaya tu.

Norseha - pelakon tak terkenal tu je yang tak nak keluar hari tu... pelakon lain akan keluar memeriahkan Himpunan BERSIH 2.0.

cucukerinci berkata...

Najib konon nak Islam......tapi nak suruh bini tutup aurat pun TAKUT...inilah contoh pemimpin yg DAYUS takutkan bini.......

Tanpa Nama berkata...

NEGARA KEBAJIKAN PAS jaga kebajikan rakyat pelbagai kaum, Kebajikan UMNO jaga keluarga, koperat dan tindas rakyat semua kaum

Tanpa Nama berkata...

Jom ramai ramai himpun BERSIH, dulu penjajah tangkap pejuang yang nak tegak kebenaran, sekarang penjajah bangsa sendiri tindas rakyat

Tanpa Nama berkata...

These are all shits

sabahan2592 berkata...

makin banyak yang UMNO BN cakap ,makin kami bencikan mereka. lebih dia pakai ISA tangkap orang , lebih banyak undinya yang akan hilang . ya, kami mahu Najib dan UMNO BN kutuk Anwar dan Bersih 2.0, sebab lebih banyak mereka mengutuk, di hari undi nanti BN akan kalah dengan lebih teruk !!! teruskanlah Najib dengan dusta-dusta awak