3 Jul 2011

Bersih Diharamkan. Apakah Tuntutan Pilihan Raya Adil Ancam Keselamatan Negara?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media mempersoalkan bagaimana sebuah pergerakan yang menuntut sebuah pilihan raya adil dilaksanakan di negara ini boleh dianggap mengancam keselematan negara.

"Bagaimanakah sebuah perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni menjadi ancaman kepada keselamatan awam?,"soal Surendran.

Malah menurut peguam muda itu, arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.

"Menteri turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan BN,"katanya lagi.

Oleh yang demikian, PKR menuntut perintah tersebut dibatalkan dan semua yang ditahan kerana dikaitkan dengan Bersih 2.0 segera dibebaskan.

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) telah diisytiharkan haram oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkuatkuasa pada Jumaat.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata perisytiharaan itu dibuat oleh Hishammuddin mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966. -tvsnews




6 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Mesti bersih...







Undi BN Undi HARAM - TV Porno boleh. Akhbar Porno boleh. Perhimpunan Bersih Tak boleh...
Generasi baru wajib 'membunuh' beruk-beruk tua nyanyuk BN yang Nak MampuS !!

>>>http://facebook-1malaysia.blogspot.com/<<<

Unknown berkata...

ancam keselamatan UMNO sebenarnya.

Diyana berkata...

pertubuhan ngan kempen pun x reti nk beza....sape la yg undi malaun-malaun bengap tahap cipan ni....yg pasti bukan aku ler....

Tanpa Nama berkata...

saya rasa mereka takut kehilangan kuasa..
media yang dikawal umnobn memesongkan
fakta. bersih hanya tuntut pilihanraya yang bersih itu saja tapi digambarkan macam nak huruharakan negara..

Tanpa Nama berkata...

Tuntutan Bersih tidak mengancam keselamatan negara tetapi mengancam kedudukan UMNO. Sebab itu pentadbiran Najis mengambil tindakan keras untuk mengekalkan kedudukan UMNO.

Inilah baru benar-benarnya yang dimaksudkan " Rakyat dikorbankan dahulu ".

Tanpa Nama berkata...

ancam keselamatan bn yang jahanam

Jam Spy Kalis Air Dan Mampu Rekod Video 720p HD Keluaran Korea
Semangat Seorang Tentera Finland!!
Inilah Kereta,Inilah Rumah