Johor Bharu: Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 5 petang kelmarin.
Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya di pekan Seri Alam di Masai, selepas dihantar pulang teman lelakinya jam 2 pagi pada 14 Jun lalu.
Ibu angkat Nurrahayu atau dikenali sebagai Ayu, Juliana Jumail, 35, berkata, dia tidak sangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan menyayat hati, petang kelmarin.
“Ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk membuat pengecaman mayat selepas dihubungi polis, kami bukan saja bimbang, malah sebak mengenangkan nasib Ayu.
“Saya yakin mayat yang ditemui itu milik Ayu berdasarkan keadaan fizikalnya selain penyepit rambut bercorak bunga yang gemar dipakainya dijumpai di tempat kejadian,” katanya.
Juliana berkata, dia tidak sangka jenazah yang terbaring kaku di depan matanya adalah Ayu di mana pengecaman itu dilakukan berdasarkan keadaan fizikal gadis bertubuh kecil dan gemar memakai penyepit rambut.
Gambar: UJI...bapa Ayu, Qomarodin Bajuri (berkopiah) hadir di HSA untuk ujian DNA.
Malah, menurutnya, keluarga kandung Ayu juga diminta ke hospital untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan mayat itu.
“Sebelum kejadian, Ayu yang tinggal bersama saya di Taman Universiti di Skudai, berkelakuan pelik apabila menggosok baju sekolah dan mencuci kasut seolah-olah beria-ia hendak ke sekolah.
“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertindak kejam membunuh Ayu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat dipercayai dibunuh dengan kesan kerat di badan dan dibakar di dua lokasi berbeza iaitu di Tanah Perkuburan Hindu Masai serta di ladang sawit berhampiran Sungai Tiram, Ulu Tiram.
“Polis menjumpai serpihan tulang terbakar dan beberapa bukti termasuk baju, seluar, selipar dan penyepit rambut jam 5 petang kelmarin.
“Hasil ujian DNA mendapati ia sepadan dengan mangsa.
“Berikutan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun selama tujuh hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya yang enggan mengulas sama ada gadis itu mangsa rogol.
Pada 2 Julai lalu, akhbar ini melaporkan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun hilang di satu tapak pembinaan di pekan Seri Alam, 14 Jun lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya. Nurrahayu pada mulanya menjerit meminta teman lelakinya mengambilnya semula tetapi tidak dihiraukan lelaki terbabit.
Ketika mendedahkan perkara itu, kakak mangsa, Wayaaliasanti, 19, berkata teman lelaki adiknya itu tidak mengendahkan rayuan Ayu supaya mengambilnya semula selepas meninggalkannya berhampiran tapak pembinaan.
“Teman lelaki adik menurunkannya di depan pondok pengawal keselamatan tapak pembinaan terbabit,” katanya. -HM

18 ulasan:
(1) Sememangnya ini qada' & qadar Allah untuknya. (2) Persoalannya, jika benar seperti yang ditulis, - moga menjadi muhasabah untuk kita semua - kenapa hubungan bebas diantara lelaki dan perempuan ajnabi sudah menjadi suatu budaya amalan hidup yang seolah-olah tiada salahnya di sisi Allah, keluar bersama (dlm kes ini pukul 2 pagi dihantar pulang oleh teman lelaki), dan perkara ini disedari oleh si kakak??? (3) Salah siapa, dan di mana silapnya?
Inilah satu contoh gaya hidup bebas hak individu yg dipopularkan oleh umno...
marilah kita semua ambil iktibar kisah menyayat ni..dlm talkshow bersama bro bob lokman, dia ada pesan melalui firmanNya "..jagalah diri kamu dan selluruh ahli keluarga mu dari api neraka.."
tangkap teman lelaki nya sekali...
kenapa dia buleh antar kat tempat tu
kalau dia tak antar, tak berlaku
so kira penyebab jugak nih
dasar jantan kabarett...
Aku dulu umur ni bukan nak keluar sampai pukul 2.00 pagi. Pukul 7 ptg tak sampai rumah lagi mak ayah aku dah carik. Sampai jer kat rumah, ko terima lah habuan nye. Tapi remaja sekarang hmmm...ikut suka ko ler. Tak tau nak salah kan sape. Ambik ler apa yang terjadi ni sebagai iktibar buat semua.
anak-anak ku yang masih mentah dengan dunia. Fikir-fikir dengan aqal yang waras beriiringan dengan pertunjuk hidayah agar kehidupan sementara di dunia akan menjadikan anda berhati-hati dalam tindak-tanduk.... dunia hiburan melampaui batasan...bercampuran bebaas.... apaa saja maksiat tak membawa kita ke mana? Kita akan kembali mengadap Allah selepas ini....
tetiba bila akoo baca balik,
cemana orang surat khabar buleh tahu yang mangsa menjerit panggil pakwa dia sebelum kena bunuh
cemana kakak dia buleh tau?
musykil plak dah nih
kalau kakak dia tau, kenapa tak gi selamatkan adik dia cecepat...
ke berita dah diputar belit nih?
ooo...
harian Metro yang tulis rupanya
kenapa teman lelaki tu tinggalkan dia depan pondok pengawal pukul 2 pagi? kenapa dia menjerit2 minta teman lelaki dia ambil balik?
sepatutnya teman lelaki tu pun kena tangkap dan siasat sama. mungkin dia dah rogol budak tu, lepas tu tinggalkan kat situ. ataupun dia yg bunuh budak tu lepas tu buat cerita macam-macam pulak.
cerita macam tak logika je.
tak faham, tak reti, sungguh mati saya tak faham...kenapa anak perempuan remaja dibiarkan berkeliaran diluar rumah sampai pukul 2 pagi...anak lelaki saya pun saya melarang keras dari keluar malam, kecuali dengan kami sbgai orang tuanya..inikan pulak anak perempuan...zaman saya dulu pukul 7 ptg..diwajibkan berada dalam rumah, nak keluar rumah sampai pukul 2 pagi.? jangan harap....betul2 saya tak faham dan tak reti dengan gelagat org2 moden sekarang....
Ini semua UMNO punya pasal....UMNO = Sarkas ...kata Sudin dlm citer Pendekar Bujang Lapok.
Polis tak dapat siasat dengan rapi sebab sibuk nak keKL belasah orang Bersih.
itulah tanda jiwa yang tidak BERSIH.Bersihkan diri drp kelalaian terhadap suruhan agama
sebenarnya keluarga tak salah.bapaknya sangat baik. saya kerja berita. mmg sy yg pegi interview dia. kdg2 benda ni nasib.
doakan utuk arwah bkn mengutuk.
dah saya baca comment saudara2.. ada yang berkata benar. ada yang tuduh melulu.. ada yang kaitkan dengan isu lainnya.. mungkin tidak kena batang hidung sendiri.
apa yang sudah berlaku. kita tidak mampu undurkan masanya semula.. doakanlah yang terbaik untuk arwah, semoga rohnya dikasihani dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang baik. doakan juga untuk keluarganya semoga mereka diberikan kesabaran dan ketabahan. bukan dengan menilai baik dan buruk mereka.
innalillah..mungkin dah sampai waktu ayu kembali mengadap Illahi...yg pergi tetap pergi..bg yang hidup kenali iman masing2 dan tak perlulah kita mencari sebab dan salahkan sesiapa...rohnya tidak tenang di sana..ini waktu insan lain diuji...ketika kita diuji adakah kita mampu laluinya dengan sebaik iman yang ada...bg pihak sy sbg pembaca sy ucapkan takziah....
assalamualaikum...
Innalillah...
takziah sy ucapkan kepada keluarga ayu...sy percaya sudah sampai waktunya ayu mengadap Illahi...sudah ketetapan yang wujud swktu perjanjian dibuat dahulu...yang pergi tetap akan pergi dan tidak akan bganjak walau sesaat pun bg yang hidup kenali iman masing2...Ini saatnya arwah diuji bagaimana pula ketika waktu kita diuji nanti?adakah kita mampu menggunakan sebaik2nya iman yang ada atau kita terus mencari kealpaan...tidak perlulah kita yang ada mencari sebab dan salah siapa...sedarkah kita itu seakan2 menyoal qoda dan qadarnya...sedarkah kita...beristifarlah selagi masih sempat...salam takziah sy hulurkan di ruangan ini dan semoga arwah ayu tenang di sana dan insyaallah smg doa2 dr yang tersayang mampu menempatkan ayu di syurga yang abadi..amin...
assalamualaikum....
cara dia pergi amat menyayat hati. Bila baca kes ayu ni, tingat tntang kes adik nurulhuda yg mana mayat dia dijumpai di pondok pengawal. Salah siapa??.. hanya allah yg tahu. Setiap perbuatan keji akn dibalas dgn kekejian
xpyh lah nk slahkn kluarge arwah,bnde dh nk jd,lg pn arwah dh tnang kt sne,jngn d bngkitkn lg,ksian kt klurage arwah,dh lah ilank ank,pastu kne ktuk,kowng x ksian k,bnyk2 kn istighfaar,,
Catat Ulasan