Harga Ikan Dipantau - Rohani
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memantau harga ikan di pasaran bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ekoran pengurangan subsidi harga diesel.
Timbalan Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata kementerian itu telah menyediakan pegawai untuk memantau harga pasaran ikan di seluruh negara.
Sekiranya peniaga didapati menaikkan harga, mereka boleh didakwa di bawah Akta Anti Pencatutan 2010 (harga melampau), katanya pada sidang media, di sini pada Selasa.
Beliau berkata kenaikan harga diesel bagi pengusaha bot pukat tunda C2 laut dalam tidak seharusnya diambil kesempatan oleh peniaga untuk menaikkan harga pasaran ikan.
Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini.
Super subsidi bagaimanapun dikekalkan kepada kenderaan yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti bas sekolah, teksi dan individu yang membeli enjin bot sangkut dan sebagainya. -- BERNAMA
Laporan Kelab GB semalam:

Kebanyakan para peniaga ikan tidak menjual hasil tangkapan laut setelah bekalan tersebut berkurangan akibat nelayan melancarkan mogok ketika tinjauan fotoBERNAMA di Pasar Besar Kuantan di sini, hari ini.
Bekalan ikan di Kuantan berkurangan disebabkan ada segelintir nelayan yang melancarkan mogok selama tiga hari berturut-turut selepas tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menarik subsidi minyak diesel kepada nelayan laut dalam.
4 ulasan:
Kerajaan yang tidak berkebajikan langsung..Kerajaan zalim
Katak boleh rawat Kanser
Samalah seperti bosnya Menteri Hal Ehwal Tak Guna..
Bila setiap kali harga sesuatu barang kawalan dinaikkan harga, baru dia sibuk nak kawal harga.
Sepatutnya kawal harga sebelum harga barang naik. Tapi Mat Laun ini nak kawal bila harga dah naik !
Takkan tak faham..
Kementerian yang paling BANGANG dalam Malaysia ialah Kem Hal Ehwal Tak guna...
Orang kawal harga sebelum sesuatu harga barang naik. Tapi Menteri Hal Ehwal Tak Guna ini sibuk nak kawal harga bila harga dah melambung !
pantau mantau yang ni kerja bangang
Catat Ulasan