RM1.8 juta... untuk laman Facebook?
Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.
Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.
“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.
Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.
Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.
“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.
Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.
Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.
Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.
"Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya. -mk
Ulasan GB
Gila. Outsource sehingga jutaan ringgit di tapak percuma!
Itu baru satu kementerian. Belum lagi jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian lain. Begitu juga dengan akaun facebook, twitter dan blog para menteri dan pegawai-pegawai kanan.
Kena siasat pemilik semua syarikat-syarikat yang menerima tender dari kementerian-kementerian yang uruskan laman facebook/blog mereka.
Dah ler menteri-menteri BN bebal-bebal belaka, tak tahu nak uruskan facebook/twitter/blog/lamanweb kementerian masing-masing, guna pula wang rakyat secara membazir.
Itu semua perlu diBERSIHkan nanti.

11 ulasan:
Kerajaan sanggup membazir jutaan ringggit duit rakyat kerana kroni. subsidi minyak nelayan ditarikbalik. Rakyat semua tanggung kos kenaikkan ikan 30%... gara-gara BN x reti perintah.
Pak menteri mempamerkan kebodohannya. Orang macam ni ke nak memimpin kita. Hampeh ! Tak ada ke cadangan siasatan siapa yang dapat kontrak tu, siapa pemegang saham syarikat tersebut ?
sudah tidak ada jalan lain lagi untuk mendapatkan duitsupaya wang rakyat boleh disalurkan kelaman web ini dan mereka sapu.... jadi mereka create satu web konon bagi mengendalikan laman web yang jelas dan nyata boleh didapati free.... satu penipuan yang tidak boleh dibiarkan lagi!!!! selamat kan Malaysia...
bebal btol la...nyampah aku...ank sdara aku pn tau update fb laaaaa...
Bak mai 1.8 juta....aku buat server setup dengan website tercanggih dalam dunia.....
SPRM kena siasat perkara ini. tak boleh diterima akal yang logik. kalau bagi kontrak kepada mahasiswa yang masih menganggur atau ibu tunggal, bayar gaji rm1000 sebulan. sekurang-kurang dapat bantu mereka. kenapa perlu bayar sampai rm1.8 juta (rm50k) sebulan untuk kerja senang ni. SPRM perlu siasat tak payan tunggu rakyat buat aduan.
BODOHHH
CURI CURI MALAYSIA....
celaka punya menteri.
inilah yang dikatakan .....cerdiknya tak bertempat..bodohnya tak boleh diajar....
Hisss!!! setakat 1.8 juta jer... kalau suruh aku buat...aku charge 8juta terus....
Catat Ulasan