3 Jun 2011

Sejarah Buktikan Telah Ada Ulamak PAS Yang Belot [updated]

Isu ulama-profesional: PAS perlu jelas peranan, kata penganalisis

Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari sekali lagi mengulangi bahawa jika PAS mahu meyakinkan rakyat khususnya menggantikan Umno, parti itu perlu jelas peranan dan kedudukan mereka.

Katanya, jika tidak mereka akan ditolak kerana rakyat tidak mahu parti yang keliru tentang kedudukan dan peranan mereka sebagai parti politik.

“Semua ini menyentuh tentang sistem politik Malaysia, khususnya peranan dan fungsi parti politik,” kata beliau sambil menambah bahawa rakyat mahu parti politik yang akur kepada pembahagian kuasa, semak dan imbang.

“Bukan parti yang mahu membolot kuasa dan menyerahkan urusan negara kepada mereka yang tidak mahir dan tidak dipilih oleh rakyat,” kata beliau dalam respons kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan pemimpin veteran Subky Latif tentang keperluan ulama memimpin PAS yang dilaporkan media tempatan hari ini.

Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib juga membuat kenyataan yang sama kelmarin.

Isu golongan ulama dan profesional timbul semula menjelang pemilihan parti itu esok.

Kata beliau, umumnya parti politik berperanan meyakinkan rakyat untuk memberi kuasa kepada mereka da mereka pula membuat dasar yang dilaksanakan oleh birokrasi atau perkhidmatan awam atau badan-badan tertentu yang lain.

“Dalam soal pelaksanaan Islam ini dilakukan oleh sebuah kerangka yang terdiri dari majlis agama, mufti, jabatan agama dan mahkamah syariah. Semua ini di bawah Raja-Raja Melayu.

“Jadi apa perlunya PAS mesti dipimpin oleh ulama untuk memastikan ia tidak lari dari al-Quran dan Sunah?”
katanya.

Sehubungan itu kata beliau, apa yang PAS perlukan ialah pemimpin yang faham ajaran Islam, berakhlak dan berkaliber.

“Mereka boleh dari mana-mana golongan, baik yang dikatakan ulama atau yang dilabel sebagai profesional atau Erdogan.


“Kita harus ingat ada kalangan ulama PAS yang belot dan masuk Umno seperti Datuk Othman Abdullah, Datuk Nakhaie Ahmad dan ramai lagi. Ertinya tidak ada jaminan bahawa mereka yang berpendidikan agama semestinya baik dan jujur seperti yang didakwa di atas tadi,” katanya.

Dalam isu kerjasama dengan Umno sekarang jelas yang menjadi dalang ialah mereka dari kalangan ulama, kata pakar perlembagaan ini.

“Selain itu mereka yang dikatakan ulamak dalam PAS belum tentu ulama yang layak menjadi mufti. Ulama PAS mungkin yang terbaik dalam parti itu tetapi belum tentu yang terbaik dan dihormati di kalangan umat Islam,” katanya lagi.

Aziz menambah, dengan kata lain apa yang dikatakan ulama dalam PAS itu perlu dihalusi.

“Mereka tidak semestinya ulama dalam pengertian yang sebenar. Contohnya mereka mungkin berkelayakan dalam bidang bahasa Arab dan pengajian dakwah tetapi tidak mempunyai kelayakan yang lebih penting seperi bidang syariah atau perundangan Islam,” katanya lagi. -TMI


Ulama ditegur duduk di masjid saja

Perwakilan Dewan Ulama PAS dari Kelantan menegur perwakilan ulama yang lain agar lebih ke depan dalam masyarakat dan tidak hanya melakukan kerja "berpada-pada" antaranya sekadar duduk di masjid sahaja.

Sedangkan Mansor Daud, beliau menggesa ulama agar mencontohi ulama terdahulu dan guru pondok dahulu yang terlibat secara langsung dalam masyarakat.

"Mereka mempunyai kedudukan tinggi (dalam masyarakat), mereka ada kehebatan, bukan sahaja dihormati tetapi juga digeruni. Kalau berpada-pada sekadar di masjid, kita tidak menuju ke hadapan.

"Ulama mesti terlibat dalam pilihan raya, bukan sahaja sebagai ketua urusan ulama. Ulama mesti menjadi pengarah pilihan raya, mesti mengetahui unit-unit dalam jentera pilihan raya," katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya ulama mengetuai rombongan membuat aduan kepada pihak bertanggngjawab sekiranya wujudnya pengundi hantu.

"Rasa-rasanya jika ulama mengetuainya, hantu pun takut kepada ulama... Jadi ulama kena 'sengoti'(bersungguh-sungguh)," katanya sewaktu membahaskan usul peranan ulama dalam pilihan raya umum ke-13.

Tumpang jentera orang lain

Sementara itu, perwakilan Pulau Pinang turut mencadangkan jawatankuasa penerangan supaya menyediakan isu, tema atau tajuk isu semasa yang boleh digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mereka boleh memuatkan isu-isu, ayat, tema yang boleh dimanfaatkan daripada laman web (untuk digunakan) di seluruh negara dan jentera penerangan lain di seluruh negera," katanya membahaskan usul itu.

Perwakilan Pulau Pinang juga turut menggesakan kepada pewakilan ulama yang lain memainkan peranan penting untuk memanaskan jentera pilihan raya dewan tersebut.

Menurutnya, memandangkan paluan gendang pilihan raya semakin kuat, tetapi masih terdapat di kalangan jentera yang "masih tidur".

Menjawab persoalan tersebut, pengarah pilihan raya sayap itu Datuk Hussin Awang berkata beliau mencadangkan supaya mewujudkan jentera pilihanraya ulama sehingga ke peringkat Majlis Tindakan DUN (MTD) atau Unit Peti Undi (UPU).

Katanya penubuhan tersebut terpulang kepada kawasan PAS berdasarkan kepada kemampuan dan keadaan di kawasan masing-masing.

"Sehingga hari ini, saya tidak dapat pastikan apakah jentera pilihan raya wujud atau MTD masing-masing. Pada pengamatan saya dalam beberapa pilihan raya kecil, secara tidak langsung organisasi ini masing belum wujud di peringkat MTD atau masih belum tersusun.

"Jika tidak mula daripada sekarang, hanya bergerak sebagai identiti ulama, maka ulama hanya menumpang kepada jentera orang lain," katanya dalam menyampaikan ucapan penggulungan usul tersebut.-mk


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Greenboc sudah gelabah.. Pojaan hatinya dijangka kalah..

Tanpa Nama berkata...

Terkecuali segelintir,yang ramai dalam PAS adalah "ulamak pelawok".Pakai serban dan jubah aje,dah mengaku ulamak tapi masih keduniaan.Pangkat nak tinggi,tinggi lagi,harta nak banyak,banyak lagi.Dah dapat jawatan tinggi,nak pertahankan kuasa,buat kerja-kerja kotor.

Anda Sendiri Fikir berkata...

Bagi pandangan gua, Presiden dan Timbalannya tidak semestinya dari kalangan ulama tetapi itu adalah sebaiknya buat masa sekarang. Tentang ulama yang berpaling tadah pula seperti Nakhaei yang dianggap sebagai seorang pemikir semasa beliau bersama PAS, keluar kerana ketika itu didalam PAS sudah wujud Majlis Syura yang telah menolak cadangan beliau. Siapa pun yang menjadi pemimpin PAS, masih terikat kepada Majlis Syura iaitu Majlis tertinggi yang membuat dasar. Presiden atau siapa sahaja boleh disingkirkan tetapi tidak Majlis Syura, yang itu kena faham. Kerana itulah bila timbul isu UG, gua tak takut kerana PAS sudah terkena dizaman tiada Majlis Syura. PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno dan gua orang pertama akan melakukan protes.

Tanpa Nama berkata...

Ulama PAS juga kena berlatih untuk batuk dan mengeluarkan air mata bila kena gas yang ditembak oleh polis. Ulama juga kena belajar tidur di lokap, makan nasi lokap, belajar telefon sahabat untuk mendapatkan penjamin untuk keluar dari lokap, berdepan hakim dan lain-lain? Ada berani? Kalau berani kamu layak, kalau tak duduk diam-diam.

Tanpa Nama berkata...

perbetulkn dahulu hal dalaman politik dari semua aspek..barulh sesebuah negara itu aman dan makmur...tak kirala umno ataupn pas yg memerintah malaysia yg tercinta ni...

Tanpa Nama berkata...

Ulama duduk belakang tabir cukuplah. Bagi profesional saja yang buat kerja depan. Kalau tidak selagi itulah jamaah tiada iltizam untuk bergerak...

diod berkata...

Rakyat tak perlukan ulama bila menang pilihanraya tak jaga kawasan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Setuju2..
Hikmah peristiwa 1998, berbondong2 profesional telah sedar & tolak BN. Melalui pengalaman di sekitar tempat ana, mereka2 ni lebih open & terbuka dlm handling org ramai. Kurang maki2 & guna ayat2 kasar (ada ustaz terkenal dari Melaka contohnya , Abg Mad pun tak terkecuali. Tak tau le kot dah berubah skrg).

Klu ada sikit2 slack sana sini tu biasa le.. manusia yg paling perfect bukankah Nabi saw?

Yg penting PAS ---> Quran & Rasul saw.

Tapi UMNO ---> Lord Reid

Tanpa Nama berkata...

Dalam hidup ni sesiapa saja akan dapat ujian. Ulamak tidak terkecuali. Cuma jika nak kritik ulamak, jangan macam kritik pemimpin umno. TAK SEMUA SUARA KEBENARAN SAMADA DARI ULAMAK ATAU ORANG BIASA YANG SEMUA ORANG BOLEH TERIMA. SEJARAH MEMBUKTIKAN BAHAWA RISALAH KEBENARAN AKAN ADA TENTANGAN. JADI TAK HERAN JIKA ADA ORANG TAK PUAS HATI DENGAN PIMPINAN PAS. MEREKA HANYA SEKADAR MENJALANKAN AMANAH PARTI. jika macam nakhaie boleh terkeluar dari jamaah....itulah perkara lumrah dalam perjuangan. proses mematangkan perjuangan tetap akan berlaku... Hati-hatilah... kita semua samada berada atas landasan ulamak atau pengikut...masing-masing ada ujian ditahap perjuangan yang dicurahkan...wassalam

Tanpa Nama berkata...

kenapa jubah dan serban jadi sasaran. Jika anda nak kritik ulamak teruskan kalau rasa anda betul. BUKANKAH serban dan jubah pakaian sunnah. Jika anda tak boleh pakai tak apa. Kritik perangai boleh....

Tanpa Nama berkata...

Adalah lebih ahli PAS dikalangan ulama2 je... jgn benarkan org selain ulama jadi ahli... baru la betul... Aku tak nampak pemimpin ulama PAS yg ada kaliber jadi seorang pemimpin agung.... tak ramai yg celik politik.... ilmu agama mmg gua respek la... tapi bila berpolitik tak matang langsung...

Tanpa Nama berkata...

anon 9:03

"kenapa jubah dan serban jadi sasaran. Jika anda nak kritik ulamak teruskan kalau rasa anda betul. BUKANKAH serban dan jubah pakaian sunnah. Jika anda tak boleh pakai tak apa. Kritik perangai boleh..."

di negara luar, terutama di timur tengah, org yahudi dan kristian juga berjubah, sebagai pakaian tradisi mereka. anda nak kata apa?

Tanpa Nama berkata...

ulamak meletakkan asas pemerintahan, golongan profesional diperlukan untuk menyudahkannya

Tanpa Nama berkata...

jangan jadi macam ulamak UMNO yang jadi tunggul kayu?

Tanpa Nama berkata...

Apabila nak bekerjasama dengan PAS, UMNO guna ulamak, apabila nak musnahkan PAS, UMNO guna APCO