Jangan ‘ternak’ anak semata-mata
KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak ‘menternak’ anak hingga mengabaikan pendidikan rohani, sekali gus mengakibatkan generasi muda terjerumus ke kancah perzinaan, kata perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh.
Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad, semalam, mengenai pengakuan dua remaja perempuan berasal dari pantai timur yang menganggap aktiviti seks luar nikah sebagai hobi masa lapang selain menjadikan rumah keluarga lokasi terbaik bagi melakukan perbuatan terkutuk itu.
Katanya, konsep ternak digunakan bagi menggambarkan tindakan ibu bapa yang hanya bertanggungjawab menyediakan makanan, tempat tinggal, kewangan dan memenuhi kehendak anak tanpa memberi ‘makanan’ untuk jiwa remaja.
Katanya, tindakan sedemikian akan menghasilkan jurang antara hubungan ibu bapa dan anak, selain memberi ruang kepada remaja mencari keseronokan di luar rumah.
Menurutnya, ketiadaan ibu bapa di rumah kerana kesibukan mencari rezeki digunakan sepenuhnya oleh anak yang meningkat dewasa sebagai lokasi paling sesuai untuk melakukan kegiatan tidak bermoral iaitu alternatif kepada hotel bajet.
Katanya, hal ini berikutan ketegasan pihak berkuasa membuat serbuan terutama di hotel bajet dalam menangani gejala maksiat dan ia memaksa anak muda menjadikan rumah sebagai pilihan kedua.
“Rumah yang sebelum ini dianggap tempat paling bahaya dan tidak selamat bagi melakukan perbuatan maksiat kerana dibimbangi diketahui ibu bapa, sudah menjadi lokasi pilihan utama mereka.
“Ini membuktikan gejala maksiat negara kita berada di tahap membimbangkan kerana rumah disifatkan sebagai ‘benteng’ terakhir bagi penanda aras keruntuhan akhlak remaja berjaya dirobohkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, perbuatan zina berpunca daripada nafsu seseorang individu dan ditambah pula dengan kebanjiran bahan lucah secara terbuka hingga mewujudkan perasaan ingin mencuba di kalangan remaja biarpun masih di bangku sekolah.
Katanya, bagi menangani masalah berkenaan, ibu bapa disaran membimbing anak masing-masing dengan ajaran agama dan menitikberatkan kewajipan bersolat dalam usaha membentuk peribadi mulia. -hm

Kes remaja terlanjur menakutkan
KUALA LUMPUR: Sebilangan besar remaja kini didapati bukan saja menjadikan hubungan seks terlarang sebagai percubaan, malah hobi mengisi masa lapang.
Fenomena menakutkan itu didedahkan penceramah bebas juvana, Mohd Yunus Mohd Ali, selepas sebilangan besar remaja bermasalah mengaku melakukannya untuk berseronok pada masa lapang.
Beliau berkata, golongan itu biasanya mendapat maklumat berkaitan seks, termasuk bahan lucah, melalui Internet atau video di rumah, selain telefon bimbit rakan.
“Selesai berceramah, saya buka peluang untuk mereka meluahkan isi hati dan saya sebenarnya terkejut dengan pengakuan diluahkan.
“Selepas melakukan seks sekadar suka-suka, mereka kini menjadikannya sebagai kegemaran dan ia perkembangan menakutkan,” katanya.
Situasi berkenaan turut diakui Pengasas Rumah Perlindungan Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim selepas melihat jumlah kes remaja terlanjur semakin serius.
Menurutnya, banyak kes diterimanya kini membabitkan remaja di bangku sekolah yang terlanjur dengan teman lelaki, selain menjadikan seks bersama rakan sebagai hobi.
“Berbanding lima tahun lalu, kebanyakan kes membabitkan remaja lepasan sekolah berusia antara 20 hingga 26 tahun, tetapi kebelakangan ini seawal 13 tahun.
“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan, kita melihatnya sebagai masalah utama yang sangat membimbangkan. Jika tidak ditangani dengan segera dan betul, kita khuatir ia terus membarah hingga sukar ditangani,” katanya.
Dalam kebanyakan kes diterimanya, hampir 90 peratus mengaku melakukan seks dengan teman lelaki dan mengulanginya dengan teman baru.
Malah, kebanyakannya mengakui mempelajari perlakuan itu daripada sumber yang mudah dicapai seperti di laman Internet atau filem lucah.
“Mereka sebenarnya bermula melalui pengalaman sendiri. Mereka mempelajarinya daripada Internet atau video lucah dan kemudian diterjemahkan dalam bentuk sembang, sama ada antara teman lelaki atau dengan rakan rapat masing-masing.
“Selepas itu perbualan bertukar kepada cuba-cuba seperti bercium, berpelukan, seterusnya adegan seks ringan. Bila seronok dengan apa dilakukan, mereka cuba pula melakukan seks lebih berat hinggalah seks luar nikah,” katanya.
Haliza berkata, kebanyakannya mengaku bebas melakukan seks berikutan tiada pemantauan ibu bapa, malah ibu bapa membenarkan anak mereka keluar rumah tanpa mengetahui aktiviti dilakukan.
Ada ibu bapa yang tidak tahu anak mereka membawa teman lelaki balik ke rumah dan melakukan seks secara sembunyi.
“Bukan mahu menyalahkan ibu bapa. Namun, memang ada ibu bapa tidak tahu pergerakan anak apabila ditanya, termasuk apa dilakukan dalam rumah sendiri.
“Ada kes di mana remaja mengaku pergi ke negeri lain untuk berjumpa teman lelaki dan bermalam di sana tanpa pengetahuan ibu bapa,” katanya.
Katanya, sebagai NGO yang bertanggungjawab melindungi remaja hamil luar nikah, tugas mereka adalah memastikan mereka selamat melahirkan anak.
“Ini yang kita ingin tegaskan. Apabila menjaga mereka, kita terapkan dengan pengetahuan agama serta latihan kemahiran bagi mengelak mereka terjebak dan mengulangi perbuatan zina yang terkutuk itu.
“Namun, setakat itu tugas kami. Apabila remaja terbabit keluar, ibu bapa serta keluarga perlu memainkan peranan mereka. “Jika tidak mahu anak bergelumang dengan kegiatan lama, mereka hendaklah memantau pergerakan mereka,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya berharap semua pihak, khususnya ibu bapa, memberi lebih perhatian terhadap aktiviti anak.
Katanya, ibu bapa atau penjaga perlu ada perasaan curiga terhadap anak kerana itu antara cara mengawal pergerakan mereka.
“Curiga bukan bermaksud menjadi cerewet dalam semua hal, sebaliknya bagi memastikan keselamatan anak.
“Jika terlalu mempercayai anak dan mengiyakan perbuatan mereka tanpa perasaan curiga, ia mungkin digunakan remaja untuk melakukan perkara tidak bermoral,” katanya. -HM
3 ulasan:
salah sistem pendidikan dan peraturan Bn yang tak membina rakyat
Undang-undang BN sekarang siapa berani pukul untuk didik anak?, Guru pun tiada kuasa pukul pelajar yang bersalah, kerajaan BN patut ditukar
Keadaan makin menakutkan. Kerajaan memberikan laptop kecik kepada anak-anak sekolah memang bagus kerana ia sudah menjadi keperluan semasa dan jika diharap ibubapa nak beli, ramai yang kurang mampu ( ramai yang tak ambil kisah akan keperluan pelajaran anak ). Terima kasih kerajaan.
Tetapi amat dikesalkan kerana tiada mekanisma kawalan ke atas penggunaannya. Mereka bebas menggunakannya di mana-mana sahaja dan bila-bila masa, bayangkan ! Anak jiran saya yang di kelas J / tak tahu membaca pun dapat.......... Kita lihat kesannya nanti apa akan berlaku di sekolah ? Apakah prestasi akademik akan meningkat ? Apakah prestasi akhlak akan maningkat ?
Kita tunggu sungutan daripada guru disiplin !!!
Catat Ulasan