Riyadh: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh diterbangkan ke Arab Saudi semalam bagi mendapat rawatan akibat cedera di dada dan leher terkena bom pemberontak di istana presiden di Sanaa, Jumaat lalu.
Pemergian Salleh itu selepas didesak hebat rakyatnya sejak Januari lalu supaya berundur, mencetuskan spekulasi beliau bakal menjadi pemimpin negara Arab terbaru digulingkan selepas dunia melihat kejatuhan Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali dan Hosni Mubarak dari Mesir. Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan Presiden Syria juga menghadapi tekanan rakyat dan Barat supaya berundur.
Saleh yang tiba di Riyadh menaiki kapal terbang perubatan Arab Saudi, dilaporkan keluar sendiri dari pesawat dan jelas cedera di muka, kepala dan leher.
Sumber berkata, ada serpihan peluru di bawah jantung Saleh selain kebakaran pada dada dan muka akibat serangan berkenaan.
Presiden Yaman yang memerintah sejak 33 tahun lalu itu cedera selepas serangan roket mengenai masjid di pekarangan istana Presiden di ibu negara Yaman, Jumaat lalu.
Ali dirawat di sebuah hospital tentera di Riyadh.
Bedilan yang memusnahkan mimbar masjid itu turut mengorbankan 11 pengawal peribadinya.
Keganasan terbaru itu tercetus selepas tentera kerajaan bertempur dengan puak berpengaruh sejak Mac lalu yang menyokong bantahan rakyat terhadap Saleh.
Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri Sanaa bagi meraikan pemergian Saleh, semalam.
“Negara ini lebih cantik (aman) tanpa anda,” kata mesej satu sepanduk dibawa oleh seorang penunjuk perasaan.
Kebangkitan menentang kepimpinan Ali Abdullah bermula Februari lalu di Sanaa yang kemudiannya dilabel sebagai “Dataran Perubahan”.
Mereka turun ke jalan-jalan untuk menari selepas mendengar Ali Abdullah meninggalkan negara itu lewat tengah malam kelmarin ke negara jiran Arab Saudi untuk mendapatkan rawatan mengeluarkan serpihan peluru dari bahagian dadanya.
Di bandar selatan Taiz, beribu-ribu orang meraikan tindakan Ali Abdullah dengan bunga api.
Sehingga Jumaat lalu, Ali Abdullah enggan tunduk kepada tekanan antarabangsa agar berundur di sebalik kebangkitan rakyat yang dicetuskan oleh pergolakan di Mesir dan Tunisia.
“Akhirnya, kami menang. Revolusi ini berjaya. (Ali Abdullah) Saleh tidak akan pulang!” kata seorang aktivis meskipun ada yang tidak yakin tindakan beliau keluar negara adalah muktamad.
Sanaa. yang berhadapan dengan pertempuran maut selepas Ali Abdullah dengan enggan menandatangani inisiatif damai Teluk bulan lalu, kelihatan lebih tenang semalam.
Pertempuran antara pasukan keselamatan pro-Ali Abdullah dan puak suku dan unit-unit tentera yang memihak penunjuk perasaan telah mengorbankan lebih 200 orang sejak awal tahun ini.
Kerajaan Yaman mengumumkan semalam, Naib Presiden, Abd-Rabbu Mansour Hadi mengambil alih sebagai pemangku Presiden dan panglima tertinggi angkatan tentera, namun penganalisis ragu sama ada beliau dapat bertahan.
“Permainan sudah tamat, Riyadh tidak mungkin bertolak ansur dengan Saleh,” kata penganalisis politik Arab Saudi, Khalid al-Dakhil. – AFP/Reuters/Agensi
Ulasan GB
Apabila pemerintah bertindak zalim ke atas rakyat ia pasti akan mengundang kemarahan rakyat, Presiden sendiri cedera dibom pun disambut dengan meriah.
Pengajaran untuk semua khususnya pemimpin-pemimpin negara.
Itu royalti minyak Kelantan bila mahu bayar?
Bukan itu juga faktor yang menimbulkan kemarahan rakyat?

5 ulasan:
Mustahil Umno akan banyak royalti Kelantan , duit untuk PRU13 pun tidak cukup.
Berdakwah tapi jadi ahli Neraka?
i guess something wrong dengan negara2 arab ni.....adakah rakyat mereka tidak berfikir sebelum berperang dan sanggup menghancurkan negara sendiri? bila negara dah hancur siapa yg harus dipersalahkan? adakah pemimpin yg digulingkan atau rakyat yg memberontak ? US dan Israel mesti bertepuk tangan sebab umat islam hari ini semakin berpecah, masyarakat dunia termasuk rakyat malaysia akan mengakui bhwa bgsa arab ni adalah bgsa pgganas sebab ngra diorg jer brperang..
salam tuan punya blog..saya rasa ini lah petanda akhir zaman dimana negara2 arab saling bertelagah.Mengenai pemimpin yang zalim...mereka lupa bahawa kepimpinan satu amanah bukan bermewah-mewah.
rakyat akan raikan pemergian BN dalam PRU13 nanti insyaallah
Mmg fitrah .. bila pemimpin zalim, lambat laun akan terima padahnya di dunia ni lagi (bentuk apa padahnya tu, Allah aje yg tau). Tapi jgn lupa yg tak zalim pun kena, tapi dinamakan teraniaya .. di sisi Allah kedua2nya berbeza wlu pada zahirnya nampak sama.
Tu pemimpin negara, kita pula sbg pemimpin diri sendiri, keluarga, tempat kerja, dll..? sudahlah kita bermuhasabah & tunaikan hak2 yg kita pimpin?
Sepatutnya org2 Islam lagi mudah sbb ada quran & sunnah ...
Catat Ulasan