Nasib yang menimpa PKR yang berhadapan risiko pembatalan pendaftarannya oleh RoS mungkin bakal menimpa PAS juga jika PAS mengambil sikap yang serupa dengan PKR.
Pemilihan pimpinan PAS Pusat kali ini dilakukan dengan cara yang AMAT GANJIL yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dimana jumlah pencalonan untuk calon-calon yang bertanding tidak didedahkan dengan alasan KONONNYA untuk Jawatakankuasa Pemilihan "tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon)"
Ramai pemerhati politik berpendapat alasan sedemikian adalah satu bentuk alasan yang tidak dapat diterima oleh mana-mana organisasi yang yang sepatutnya TELUS di dalam hal-hal pemilihan pimpinan.
GB sebelum ini telah mempersoalkan ketidak-telusan tersebut di dalam tulisan GB yang lalu.
Petikan:
1) Daripada 176 kawasan cuma 146 pencalonan kawasan yang diterima (152 yang hantar, 6 pula ditolak). Ini bererti 30 kawasan (17%) tidak mencalonkan sesiapa. Tidak ada butiran terperinci dan lengkap mengenainya, iaitu pencalonan kawasan mana yang tidak menghantar dan ditolak, kenapa ditolak dan tidak memberi peluang untuk kawasan-kawasan terbabit membantah. Ia seperti cuba untuk mengenepikan beberapa calon tertentu.
2) Tidak diberikan jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon. Alasan Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman seperti disiar malaysiakini, "Kita tidak umum... Kita tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon)."
Alasan itu lemah kerana hal tersebut tidak pernah dilakukan sebelum ini dan tidak pula diberitahu sebelum pemilihan kawasan berlansung. Malah apabila tidak diumumkan jumlah pencalonan ia akan melahirkan persepsi negatif di kalangan ahli. Pertama, membuktikan jawatankuasa pemilihan tidak telus, kedua, ada seperti hendak berkonspirasi untuk mengenepikan calon tertentu dan ketiga tidak menghormati demokrasi di dalam parti dengan melihat kepada jumlah kawasan yang mencalonkan seseorang calon. Keempat, Ia menyukarkan calon-calon untuk menerima atau menolak pencalonan kerana tidak diberitahu setakat mana kekuatan melalui jumlah pencalonan yang mereka terima dari seluruh negara.
3) Sudah ada Jawatankuasa Pemilihan, mengapa Setiausaha Agong, Mustafa Ali masih berperanan? Sedangkan di dalam pemilihan yang lalu, beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Setiausaha Agong tidak campurtangan. Masih lagikah beliau mahu cuba menghulurkan tangannya dan mengawal pemilihan seperti yang berlaku di masa lalu?
4) Daripada senarai yang dikeluarkan oleh harakahdaily di atas, nama Mohd Sabu yang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden diletakkan paling akhir. Sedangkan saya yakin dan percaya beliau merupakan yang paling tinggi menerima pencalonan. Ia seolah-olah cuba untuk mencicirkan nama Mohd Sabu.
5) Begitu juga untuk calon Naib Presiden, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Saya yakin beliau bukan orang yang paling sedikit menerima pencalonan Naib Presiden.
6) *Bagi poin ke 4 dan 5 juga, jika alasan bawa aturan nama itu bukan mengikut sebab-sebab tertentu mengapa ia harus demikian? Bukankah itu menggambarkan wujud seperti cuba untuk mempengaruhi perwakilan nama mereka yang disenaraikan lebih dahulu? Mengapa tidak dilakukan seperti calon-calon AJK iaitu dengan mengikut turutan abjad?
7) Saya juga mendapat maklumat bahawa Harakahdaily/Harakah terlibat menonjolkan beberapa pemimpin tertentu di dalam parti untuk merebut jawatan-jawatan tertentu dengan fokus berlebihan diberikan kepada beberapa orang tertentu sahaja berkali-kali. Ini WAJAR dihentikan sebelum kami para blogger membongkarnya habis-habisan.
8) Kita berserah kepada Allah s.w.t. di atas apa juga muslihat di belakang semua ini.
Untuk poin nombor 4 & 5, Ketua Pengarang Harakahdaily, Sdra Zulkifli Sulong di dalam ruangan komentar telah memberikan jawapannya begini (petikan):
Jawapan itu seperti satu alasan yang dicipta dan telah dipersoalkan oleh seorang pengunjung Kelab GB.
Menyusun dengan meletakkan nama Mohd Sabu di hujung untuk jawatan Timbalan presiden dan Ir Mohd Nizar Jamaluddin juga di hujung untuk jawatan Naib Presiden merupakan kesan daripada penyusunan nama mengikut format yang berbeza itu. Kebetulan?
Mengenai kes nama Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefli Ahmad yang tercicir dari senarai calon yang layak bertanding pula, Harakahdaily mengeluarkan kenyataan berikut:
Alasan yang diberikan dipersoalkan.
"apabila nama beliau bertukar dengan seorang lagi calon yang bernama sama tetapi dieja dengan cara berlainan."
# Mengapa tidak dilakukan penyemakan dengan kawasan-kawasan yang menghantar nama berkenaan?
# Mengapa hal tersebut dipandang remeh?
# Mengapa tidak ada pernyataan maaf secara terbuka akibat kesalahan berkenaan?
# Mengapa tidak ada profesionalism di dalam mengurus hal-hal yang amat penting di dalam bab pemilihan parti?
Harakahdaily pada versi awal artikelnya meyenaraikan 82 orang calon layak bertanding untuk AJK PAS Pusat, menyalin senarai itu daripada J/K Pemilihan yang diumumkan oleh Pengerusinya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Kemudian, apabila disedari nama Dr Zulkefli tidak tersenarai, harakahdaily memasukkan nama itu TANPA pemberitahuan dan TANPA sebarang makluman bahawa artikel itu telah diubah. Pun tiada pernyataan MAAF dikeluarkan.
Sungguh dasyat kerja-kerja yang tidak beretika tersebut.
Mengenai poin no. 3 pula iaitu mengenai penglibatan Setiausaha Agong, Mustapha Ali di dalam pemilihan, mengapa beliau masih perlu untuk melibatkan diri? Malah banyak desas-desus menyatakan ada berlaku penipuan di dalam pemilihan yang lalu yang mana ketika itu beliau adalah Pengerusi J/K Pemilihan. Setakat mana kebenarannya, hanya Allah Yang Maha Tahu. Kita berharap desas-desus tidak benar, tetapi jika benar, Allah itu Maha Berkuasa untuk memberikan balasanNya.
Sekarang ini seperti grand design beliau untuk mengatur pucuk pimpinan parti dengan tidak mengumumkan pencalonan yang diterima oleh semua calon-calon yang bertanding. Malah ada pemerhati politik berpendapat kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkemungkinan melakukan "U-Turn" untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden (walaupun sebelum ini telah menolaknya) adalah sebahagian daripada grand design itu bagi memastikan kekalahan Mohd Sabu yang dipercayai memperolehi pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden.
Jika Mustapha Ali berani menafikan akan wujudnya grand design itu, kita cabar beliau untuk melaksanakan permintaan seorang daripada pengunjung Kelab GB.. petikan:
GB bertanggungjawab terhadap semua kritikan di atas. Sepertimana poin no 8, GB mengulanginya: Kita berserah kepada Allah s.w.t. di atas apa juga muslihat di belakang semua ini.
Demi kebenaran dan keadilan, GB bersedia untuk berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin parti malah Presiden dan Setiausaha Agong sendiri, terhadap semua pendedahan yang GB kemukakan di atas. Alangkan Allah, Tuhan seru sekalian alam kita temui sekurang-kurangnya 5 kali sehari, inikan pula manusia biasa, untuk kita tegakkan kebenaran dan keadilan, apakah ada yang memikirkan GB takut?
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?" (Al-Kahfi 13-15)
Demi kebenaran dan keadilan, kita mesti mencontohi sikap pemuda Kahfi di atas. Jika ada yang nak maki GB silakan. Jika ada yang nak cadangkan GB dipecat dari parti, silakan. GB yakin Allah akan menyelamatkan GB dari semua tindakan tersebut itu kerana GB mempertahankan kebenaran dan keadilan. Tindakan itu akan berbalik kepada diri tuan-tuan semula.

Saya menyemak dengan wartawan bertugas Saudari Hazayani apa yang berlaku dan kenapa nama Mohd Sabu dihujung sekali.
Hazayani berkata, dia menyusun nama untuk timbalan presiden berdasarkan pertama penyandang iaitu Nasharudin, kedua MB Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, kemudian naib-naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim dan Salahudin dan kemudian AJK Pusat iaitu Datuk Husam dan Mohd Sabu. Ia dibuat dalam ayat berita bukan mengikut senarai yang diberikan JK Pemilih.
Susunan nama Naib Presiden pula, Hazayani hanya menyenaraikan sahaja apa yang diberikan JK Pemilihan ikut abjad bukannya dalam bentuk ayat berita.
Jawapan itu seperti satu alasan yang dicipta dan telah dipersoalkan oleh seorang pengunjung Kelab GB.
Begitu juga mengenai penyusunan nama-nama mengikut format yg berbeza. Untuk Timbalan presiden ikut ranking, untuk Naib presiden dan AJK ikut abjad. Sekadar mencipta alasan.
Menyusun dengan meletakkan nama Mohd Sabu di hujung untuk jawatan Timbalan presiden dan Ir Mohd Nizar Jamaluddin juga di hujung untuk jawatan Naib Presiden merupakan kesan daripada penyusunan nama mengikut format yang berbeza itu. Kebetulan?
Mengenai kes nama Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefli Ahmad yang tercicir dari senarai calon yang layak bertanding pula, Harakahdaily mengeluarkan kenyataan berikut:
Alasan yang diberikan dipersoalkan.
"apabila nama beliau bertukar dengan seorang lagi calon yang bernama sama tetapi dieja dengan cara berlainan."
# Mengapa tidak dilakukan penyemakan dengan kawasan-kawasan yang menghantar nama berkenaan?
# Mengapa hal tersebut dipandang remeh?
# Mengapa tidak ada pernyataan maaf secara terbuka akibat kesalahan berkenaan?
# Mengapa tidak ada profesionalism di dalam mengurus hal-hal yang amat penting di dalam bab pemilihan parti?
Harakahdaily pada versi awal artikelnya meyenaraikan 82 orang calon layak bertanding untuk AJK PAS Pusat, menyalin senarai itu daripada J/K Pemilihan yang diumumkan oleh Pengerusinya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Kemudian, apabila disedari nama Dr Zulkefli tidak tersenarai, harakahdaily memasukkan nama itu TANPA pemberitahuan dan TANPA sebarang makluman bahawa artikel itu telah diubah. Pun tiada pernyataan MAAF dikeluarkan.
Sungguh dasyat kerja-kerja yang tidak beretika tersebut.
Mengenai poin no. 3 pula iaitu mengenai penglibatan Setiausaha Agong, Mustapha Ali di dalam pemilihan, mengapa beliau masih perlu untuk melibatkan diri? Malah banyak desas-desus menyatakan ada berlaku penipuan di dalam pemilihan yang lalu yang mana ketika itu beliau adalah Pengerusi J/K Pemilihan. Setakat mana kebenarannya, hanya Allah Yang Maha Tahu. Kita berharap desas-desus tidak benar, tetapi jika benar, Allah itu Maha Berkuasa untuk memberikan balasanNya.
Sekarang ini seperti grand design beliau untuk mengatur pucuk pimpinan parti dengan tidak mengumumkan pencalonan yang diterima oleh semua calon-calon yang bertanding. Malah ada pemerhati politik berpendapat kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkemungkinan melakukan "U-Turn" untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden (walaupun sebelum ini telah menolaknya) adalah sebahagian daripada grand design itu bagi memastikan kekalahan Mohd Sabu yang dipercayai memperolehi pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden.
Jika Mustapha Ali berani menafikan akan wujudnya grand design itu, kita cabar beliau untuk melaksanakan permintaan seorang daripada pengunjung Kelab GB.. petikan:
Aku bukan sokong Mat Sabu tapi aku sokong cara pendekatan Mat Sabu dan ketelusan Mat Sabu dalam memperjuangkan cara politik Pas sejak dulu.
Hangpa boleh tolak Mat Sabu sekiranya beliau ada melakukan sebarang kesalahan dalam Pas.
OK, aku cabar Jawatankuasa Pemilihan berikan kebenaran wakil Mat Sabu untuk memerhatikan undi semasa undi dikira.
GB bertanggungjawab terhadap semua kritikan di atas. Sepertimana poin no 8, GB mengulanginya: Kita berserah kepada Allah s.w.t. di atas apa juga muslihat di belakang semua ini.
Demi kebenaran dan keadilan, GB bersedia untuk berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin parti malah Presiden dan Setiausaha Agong sendiri, terhadap semua pendedahan yang GB kemukakan di atas. Alangkan Allah, Tuhan seru sekalian alam kita temui sekurang-kurangnya 5 kali sehari, inikan pula manusia biasa, untuk kita tegakkan kebenaran dan keadilan, apakah ada yang memikirkan GB takut?
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?" (Al-Kahfi 13-15)
Demi kebenaran dan keadilan, kita mesti mencontohi sikap pemuda Kahfi di atas. Jika ada yang nak maki GB silakan. Jika ada yang nak cadangkan GB dipecat dari parti, silakan. GB yakin Allah akan menyelamatkan GB dari semua tindakan tersebut itu kerana GB mempertahankan kebenaran dan keadilan. Tindakan itu akan berbalik kepada diri tuan-tuan semula.
9 ulasan:
Kalau kita minta SPR telus dalam PRU, kita juga mesti telus dalam pemilihan parti..
Buat GB, kami (Pemuda Grassroot) bersama anda. Teruskan usaha anda untuk menegakkan keadilan agar PAS menjadi sebuah parti yang telus dan adil kepada semua..
Salam bro GB..
Hamba sejak dulu menyokong 'segala' pendedahan tuan samada mengenai pertemuan dalam gelap ,UG, hasan ali jumpa blogger Umno dan segala tingkah laku yang menyanggahi peraturan ugama Islam dan Pas.
Siapa pun boleh katakan apa saja pada komen hamba ini.
Dengan ini suka hamba tegaskan jawatan Timbalan Presiden biarlah ditandingi oleh Mat Sabu dan Nasharudin Mat Isa sahaja.
Adapun Tuan Ibrahim Tuan Man dan 3 orang lagi itu menarik diri dari pertandingan tersebut.
Tuan Ibrahim patut berpegang pada janjinya yang tidak mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sebelum ini.Janganlah ada nanti orang cakap Tuan Ibrahim 'cakap tak serupa bikin'.
tuan ibrahim punya lidah dah bercabang satu lagi....
saudara tuntut JK pemilihan dan harakah minta maaf, tapi saudara sendiri belum minta maaf terhadap Salahuddin Ayub kerana memfitnahnya berkenaan isu kereta lama..
che men, bukan saja isu kereta lama, lebih banyak isu yg kami bincangkan bersama di antara saya dan YB Salahuddin sekrang.
saya tahu itu, orang lama macam saudara memang ramai pimpinan mintak pendapat.. tapi seingat saya saudara belum menarik balik tuduhan saudara.. mungkin face to face ada, tapi secara terbuka di blog ini? tulisan saudara menyebabkan ramai orang berprasangka buruk dengan YB.. ada yang memandang sinis bila melihat YB dan kereta Toyota Wish nya.. kegemaran YB memakai kot di Parlimen pon disalah anggap.. ramai pembaca blog menganggap blog sebagai berita, mereka lupa bahawa tujuan asal blog ialah meluahkan pendapat peribadi..
Sentiasa sokong GB.
Tuan Brahim Tuan Man dah lama ikut bontot Hadi Awang.Sudah diUGkan oleh puak UG sebab itu lidah mula bercabang.Lihat dan kaji semula apa dia buat jadi Pengerusi JK Disiplin.
JK Pemilihn wajar buat satu keputusan,nak ikut seniority dalam PAS atau pun ikut abjad nama,bukan buat ikut selera Stopa Ali.Hj.Halim tu sebenarnya tak ada kuasa langsung,dia ikut arahan Stopa Ali sebab itu Stopa Ali duduk rapat sebelah dia masa sidang akhbar.Stopa Ali memang suka jika PAS dibubarkan supaya dia boleh senang masuk UMNO dengan bantuan ROS.
che men meulis:
"ada yang memandang sinis bila melihat YB dan kereta Toyota Wish nya.. kegemaran YB memakai kot di Parlimen pon disalah anggap.. ramai pembaca blog menganggap blog sebagai berita, mereka lupa bahawa tujuan asal blog ialah meluahkan pendapat peribadi.."
baguslah macamtu,
sekrg2nya YB-YB kita tidak lupa daratan, tidak beraksi berlebih2an, tidak lupakan zaman silamnya, tidak cepat tinggalkan tempat dia berkubang sebelum menjadi MP Kubang Kerian.
Yang penting, ialah seorang YB berlapang dada bila ditegur. Tak macam webmaster yg sorang tu, lupakan jasa orang.
Adakah ini satu usaha terancang untuk mengharamkan PAS?
Kalau benar, marilah kita berdoa agar mereka yang membuat perancangan jahat ini, dihina ALLAH didunia lagi.
Catat Ulasan