21 Mei 2011

Najib Bakal Hilang Sokongan Jika Tidak Bertindak Tegas Ke Atas Datuk T - Bekas Polis

Seorang bekas pegawai kanan polis semalam memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa masyarakat Islam di negara ini akan memberikan reaksi negatif jika beliau gagal untuk menghukum trio “Datuk T” kerana “mempersendakan” Islam apabila ketiga-tiga mereka menghadiri majlis sumpah laknat di masjid dengan memakai pakaian kalis-peluru.

Bekas Ketua CID KL Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam .

YAB (Yang Amat Berhormat) tidak boleh menyalahkan sesiapa jika umat Islam di dalam negara ini, yang bukan sedikit jumlahnya, hilang kepercayaan terhadap YAB.

“Tambahan pula, dimana terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB,” tulisnya di dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri.

Mat Zain berkata ia akan jelas merupakan satu penyalah-gunaan kuasa jika Najib memilih untuk melindungi para pesalah tersebut terhadap perbuatan salahlaku mereka semata-mata kerana beliau menganggap mereka sebagai sekutu beliau.

Jika Najib menolak atau sengaja mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga orang itu, maka ia bukan saja memperlihatkan beliau bersekongkol dengan jenayah dan konspirasi bersama mereka, malah ia juga akan menyebabkan kebencian terhadapnya semakin semarak,” tambahnya.

Najib, katanya, juga akan dilihat membenarkan dirinya sebagai pemimpin yang mengkhianati dan mempersendakan Islam.

“Malah lebih menyedihkan YAB telah mengizinkan seseorang, yang kabinetnya sendiri telah menganggap seorang individu yang bukan saja telah menghina Islam tetapi juga menyalahgunakan kuasa, sebagai korup, penipu dan seorang perogol, untuk membawa bahan pornoografi dan pelacuran ke rumah Allah,” tambahnya.

Mat Zain juga mengulangi dakwaannya minggu lepas bahawa “Datuk T” — Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, trio di belakang episod seks video — telah melanggar seksyen 295 Kanu Jenayah apabila mereka menghadiri majlis sumpah laknah Shazryldi Masjid Amru Al-As Sentul dengan memakai baju kalis-peluru.

Pada ketika itu, Shazryl mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran bahawa pelaku di dalam video seks 21-minit itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mat Zain mendakwa tindakan tersebut telah menyebabkan lahir persepsi bahawa keadaan di masjid sudah tidak lagi selamat.

Seksyen 295 menyatakan bahawa “sesiapa juga mencemarkan mana-mana tempat ibadat, dengan pengetahuan bahawa sebarang kumpulan orang boleh dikira mencemarkan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama” boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan/atau denda.

Mat Zain berkata jika trio itu didakwa di bawah undang-undang syariah atau Kanun Jenayah akibat tindakan mereka, kes itu tidak akan memberi kesan terhadap siasatan polis ke atas video tersebut.

Dua kes itu adalah berlainan,” tambahnya.

Beliau berkata sekalipun identiti pelaku di dalam video itu didedahkan, ia tidak samasekali membebaskan trio tersebut dari dakwaan mencemari masjid dan menghina Islam.

“Kedua-dua hal tersebut adalah kesalahan jenayah yang berasingan.

“Selain itu, YAB dan Peguam Negara tidak ada kuasa, mengikut undang-undang, untuk menjamin trio berkenaan dan membebaskan mereka dari apa-apa kesalahan jenayah,” katanya.

10 ulasan:

Ismi Azraf berkata...

Sokongan yang kian hilang akan semakin hilang , yang tidak menyokong semakin bertambah. Tapi bagus juga sokongan terhadap Najib hilang.
Cara tahu ID YM Available atau Invisible

.

Tanpa Nama berkata...

cakap banyak plak,...anwar kena buat sumpah menafikan. Sampai sekarang tak berani,...so what?

Tanpa Nama berkata...

anon 12:34

kau jahil agama pergilah belajar lagi. mana ada dalam Islam sumpah laknat angkat quran?

anwar x perlu layan sumpah laknat eskay yg bukan dari ajaran Islam

Tanpa Nama berkata...

DSAI tak perlu layan rentak tari sang jahil hukum.

Biarkan sang jahil terjun dengan pengikut-pemgikutnya, biarkan...biarkan...

anti-zul noording alguyub berkata...

anon 12:34

lu banyak terpengaruh dgn dakyah media utusan la bro...
ciri2 orang munafik itu ialah mereka yang suka bersumpah...
lu orang Islam ker? kalau lu orang Islam lu belajar balik asas agama Islam dlm jenayat...
ni kita pulun solat puasa je tp bab agama lain campak dalam tong sampah...sampai bila nak jadi muslim yg taat pada Allah..
Allah suruh bawa 4 saksi adil..kita lak suruh sumpah...kita ikut Allah ker kita suruh Allah ikut kita?

Tanpa Nama berkata...

masih adalagi tok jahil yang cuba nak buat komen dengan mencabar dsai sumpah balas???orang seperti inilah yang dulu kini dan selamanya tetap menyokong umno/bn dan telah tertanam atiqat bahawa hanya umno/bn saja yang boleh memberi kemewahan dan memerintah negara ini,
inilah kesan dari pemerintahan yang tak mau kepada dasar islam akibatnya lahirlah jenerasi yang jahil tentang agama.

waksab berkata...

Untuk saudara anon yg hendak tahu hukum bersumpah dlm Islam,sila layari ini..http://waksab.blogspot.com/2011/04/hukum-dan-adab-bersumpah-dalam-islam.html

Ketahuilah tiada sumpah laknat dalam Islam kecuali utk suami isteri yang menuduh isteri berzina..
waksab.blogspot.com

1 Malaysia berkata...

Niat manusia .... kita tak nampak
Bila disusuli dengan percakapan dan tindakan seterusnya, maka jelas manusia itu manusia jenis apa?
Dasar munafikun dan fasikun .... depa ni bukan peduli sgt dengan hukum hakam dan balasan daripada Allah swt. Selain 3 mangkuk ni, ada seekor lagi yang dtg dari Kelantan. Hai saudara AKU yang berketurunan Melayu, percayalah akan kuasa Allah swt agar kita tidak menyesal. Selagi kita khuatir akan hilang kuasa di dunia diiringi pulak dengan tindakan kita yang bertentang dengan kehendak Allah swt, maka makin cepatlah kita akan hilang kuasa. Kuasa tu dtg dari Allah swt dan Allah swt boleh mengambilnya semula pada bila-bila masa yang DIA suka. PERCAYALAH......

V3x berkata...

bodo pnye pencacai.. dasar xbleh trima hakikat.. ko igt bleh settle ka klu dy sumph?? tu smua permainan umporno yg xtau hukum hakam dn suka persndakn islam.. UMNO FOR DUMMIES!

Tanpa Nama berkata...

puak2 ni tak paham2 tulah di umporno..tolak hukum hudud..habis semuanya tak paham islam...