21 Mei 2011

Kahwin Siam: Lelaki Dibelasah Dipercayai Oleh Ahli Keluarga Isteri Tua

Sungai Petani: “Saya bukan saja dibelasah dengan tangan diikat pada tiang, malah hanya tinggal seluar dalam selepas pakaian saya ditanggalkan,” kata seorang peniaga, Mohd Azhar Aziz, 31, yang mendakwa dipukul lebih sejam oleh sekumpulan 40 lelaki di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati anggota keluarga isteri Mohd Azhar yang baru dikahwininya seminggu lalu di Thailand.

Mohd Azhar yang juga seorang peniaga berkata, dalam kejadian itu sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal datang ke rumahnya di Taman Orkid, Sungai Layar di sini, sebelum memecah masuk pagar dan pintu rumah.

Ketika itu, Mohd Azahar dan isterinya yang berusia 23 tahun berada di rumah dan kumpulan lelaki terbabit memaksanya memandu kereta dengan diiringi dua lelaki manakala isterinya dibawa dengan sebuah kereta lain.

Dia kemudian diarah berhenti dan turun dari kereta sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Kampung Rantau Panjang, Kota Kuala Muda. -hm

Kena seksa kerana kahwin lari

MOHD AZHAR mengalami kecederaan parah dibelasah di Sungai Petani, awal pagi kelmarin.

Sekumpulan 40 orang ikat lelaki pada tiang rumah, dibelasah lebih sejam

SUNGAI PETANI: Seorang pemuda berusia 31 tahun diikat pada tiang rumah sebelum dibelasah dan dicucuh dengan puntung rokok gara-gara bernikah dengan teman wanitanya di Thailand, dalam kejadian di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Azhar Aziz, dilucutkan pakaian hingga tinggal seluar dalam, dipukul dengan tangan dan kayu serta diseksa lebih sejam oleh sekumpulan 40 orang dipercayai ahli keluarga isterinya dan penduduk kampung terbabit, kira-kira jam 2 pagi.

Berikutan itu, Mohd Azhar cedera dan lebam di seluruh anggota badan termasuk kedua-dua mata serta menerima lebih 20 jahitan pada bahagian muka, tangan dan kaki.
Menceritakan kejadian itu, Mohd Azhar berkata, beliau dan isteri yang baru dinikahinya seminggu lalu, didatangi sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal di rumah mereka di Taman Orkid, di sini.

“Lelaki terbabit bertindak memecah masuk ke dalam rumah sebelum memaksa saya masuk ke dalam kereta dan dibawa ke Kampung Simpor Tambang manakala isteri saya dibawa dengan kereta berasingan.

“Sebaik tiba di kampung itu, saya dapati ada kira-kira 40 orang penduduk kampung termasuk saudara isteri saya sebelum mereka membogelkan saya hingga tinggal seluar dalam dan diikat pada tiang sebuah rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Azhar berkata, beliau dipukul dengan kayu dan tangan, malah dicucuh puntung rokok sehingga tidak bermaya.

“Selepas menanggung sengsara lebih sejam, mereka melepaskan saya sebelum saya menghubungi polis dan memaklumkan saya terbabit dalam kes culik,” katanya.

Beliau berkata, isterinya yang berusia 23 tahun bersetuju bernikah di Thailand kerana tidak mahu berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga.

“Sebaliknya, isteri memilih saya kerana kami sudah saling mengenali sejak lima tahun lalu. Malah, sebelum kami bernikah di Thailand, isteri saya membuat laporan di Balai Polis Kangar memaklumkan beliau secara sukarela mengikut saya untuk bernikah di sempadan,” katanya.

Mohd Azhar berkata, beliau kehilangan sebuah telefon bimbit, MyKad, kad juru wang automatik (ATM) dan lesen memandu dalam kejadian itu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan sedang dijalankan. -BH



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mamat nie semua dah kenal.. jahat macam setan.. dah ada bini pun nak cari bini baru menikah di siam.. padan muka!
keluarga dia pun semua macam setan. Abang dia pun setan.. menipu kiri kanan... kakak dia berniaga kueh depan rumah tapi cakap macam tokey restoran!
Pergi ke kampung dia , confirm dapt cerita pelik keluarga dia ni.

Tanpa Nama berkata...

betoi..teruk mamat ni..hari2 bisnes konon..tgal anak bini..rupa2nya, dh 5tahun simpanan skandal..bini py la baik, anak py la comel..tp lu mcm setan je prangai..insaflah mat oi...

Tanpa Nama berkata...

tah2 guna minyak senyoyong kata perempuan tu setuju la plak..perempuan tu kenal dia pn tidak..ade jgk setan mcm ni kt dunia..