2 Mei 2011

MCA Lagi Teruk Daripada DAP - Nizar

MCA lebih teruk: Nizar

IPOH - Barisan Nasional (BN) dilihat semakin tertekan apabila menuduh perjuangan Pas sia-sia dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana kononnya DAP lebih berkuasa dari rakan pakatan lain.

Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, lontaran kenyataan Perdana Menteri itu disifatkan sengaja untuk menutup kelemahan yang dihadapi BN.

Menurutnya, apa yang diperkatakan Perdana Menteri terhadap DAP yang dikatakan tidak seiring dengan Pas mengenai negara Islam hanya berlaku sebelum kami melaksanakan perjanjian buku jingga.

“Tapi perjanjian dimeterai melalui buku jingga yang merangkumi tiga dasar bersama iaitu pertama, meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Kedua, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan dan ketiga, memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu,” katanya, di sini, semalam.

Mohammad Nizar berkata, dasar bersama yang termeterai itu sudah tentunya memberi ancaman kepada BN yang kini dilihat terpaksa mengikut kehendak serta tunduk kepada permintaan MCA.

“Di Tenang, MCA bertindak kurang ajar apabila mempersoalkan tindakan calon Pas, Normala Samsudin atau Cikgu Mala yang tidak menyambut salam pengundi walhal mengikut ajaran Islam bukan muhrim tidak boleh bersentuhan.

“Jadi, secara tak langsung tindakan Soi Lek ini telah menghina agama Islam. Namun, presiden mahupun timbalan presiden BN langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap Soi Lek,” katanya.-SH

Ulasan GB



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PERGI JAHANAM LA UMNO!!!
UMNO MAMPOS SIAPA NAK PEDULI...LAGI CEPAT MAMPOS LAGI BAGUS...

Tanpa Nama berkata...

ya..kita sokong Pakatan Rakyat, kita kuburkan UMNO BODO.