2 Mei 2011

Hilal Disebat 80 Kali Walaupun Melihat Zina Dengan Matanya

Sumpah Eskay adalah sumpah orang jahil – bekas Mufti WP

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.

“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.

Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.. ni pendapat sy... DSAI belum nak bersumpah balas kerana eleksen PRU13 is coming... Jika DSAI sumpah balas now, authority/media akan hentam DSAI as 'pembohong' kerana mereka akan memasti actor video sex adalah DSAI..modal BN untuk lemahkan PR...

perhaps DSAI akan sumpah balas bila date eleksen dah diketahui- 'Saya sudah buat sumpah balas' and at that time 'masa' adalah suntuk untuk authority/media hentam PR..

Sy rasa DSAI sengaja biar mereka kecoh now and dia 'take easy' on the allegation as DSAI nak turn the allegation to benefit PR instead.

Jika saya, saya dah gelabah but DSAI is not me and saya juga percaya pemimpin tertinggi PAS & DAP faham Sun Tzu Art of War...

Kunta Kintei

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah, DSAI takkan membuat sumpah yang melanggar peruntukan syarak. Di dalam Al-Quran, hanya orang munafik sahaja yang banyak bersumpah.

Tanpa Nama berkata...

dan jgn percaya Awang Selamat...biarkan luncai terjun dengan labu2nya...biarkan

Tanpa Nama berkata...

Walaupun Islam, namun pemahaman orang Melayu ni pelik skit. Bab kurafat sihir dan fahaman tahyol sukar dikikis.

Begitu juga dengan bab-bab sumpah ni. Ada pihak amat takut dengan sumpah dan ada yang tak ambik heran dengan sumpah, pokok pangkalnya kejahilan. Disinilah puak-puak berkepentingan memanupulasikan keadaan.

Walupun ditegur ulama dan mufti mereka apa peduli, orang agama hanya laku masa nikah kawin, mati dan penentuan puasa dan raya.

Mamu Hang

Tanpa Nama berkata...

penyokong pas tidak seperti penyokong umno yang jahil,penyokong pas tidak termakan dengan sumpah yang tidak mengikut hukum (peraturan islam)penyokong pas pada umumnya mereka memehami hukum islam sebaliknya penyokong umno pada umumnya mereka ramai yang jahil agama oleh itu mereka mengangap politik tidak bercampor dengan agama inilah pahaman yang sesat lagi menyesatkan,adakah mereka menyangka sewaktu berpolitik mereka dikecualikan dari hukum taklif;
1,wajib
2,haram,
3,sunat
4,harus dan
5, makroh.
kalau jawabnya tidak bermakna mereka cuba menyesatkan orang dengan pahaman itu supaya dapat mempengarohi orang lain menyokong mereka dan kalau jawapannya ya maka rosaklah akidah mereka(binasalah imnannya)segala ibadah tidak diterima selamanya kecuali mereka bertuabat dan mengucap syahadah semula.

Tanpa Nama berkata...

Semua menteri UMNO beragama Islam sumpah dengan nama Allah semasa memegang jawatan. Termasuk le PM dan TPM.

Tapi lepas bersumpah, sebat semacam aje. Dah lupa sumpah dan dah lupa kata dia orang nak mati juga akhirnya.

Eskay - minta 20 juta komisen jambatan bengkok. Siap tuntut sampai mahkamah lagi. Bukan duit dia pun, duit komisen.

Ambil komisen tu haram dah rasuah - salah sisi agama, sisi undang negara.

Adakah org ini yg nak dipercayaai.

Tanpa Nama berkata...

mereka2 ini sentiasa dilindungi oleh bee end ... jadi apalah yg nak ditakutkan... pada mereka.. cerita mati.. tak ada dalam kamus hidup, tu sebab tak takut dengan Allah... selama ini pun tak pernah terima balasan .. setiap kemungkaran yg mereka lakukan... ISTIDRAJ Allah pun tak mereka nampak...

Tanpa Nama berkata...

Bekas Mufti WP dah pun buat kenyataan.Macam mana mufti-mufti yang ada,sedang pegang jawatan.Dah bisu pulak?

Tanpa Nama berkata...

aikk pelik sungguh.. bab sumpah ni nak pula diorg cakap soal takut.. tapi bab huduh kecut!!.. so dlm Islam ni diorg cuma boleh terima sumpah sebagai hukum.. tapi Hudud tolak ketepi