Orang surau’ dibunuh kejam
BENTONG: Sepasang warga emas mati dibunuh secara kejam apabila suami ditemui berlumuran darah berhampiran tandas rumahnya dengan kesan tikaman di perut dan dada manakala isterinya terlentang di tepi katil dalam keadaan leher dikelar.
Mayat Mohammad Yusof@Abdul Rashid Samah, 71, dan Timah@Fatimah Pachu, 68, ditemui di rumah mereka di Kampung Gementi, di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam oleh jiran yang kemudian membuat laporan polis. Terdahulu jiran terbabit terdengar jeritan dan pergelutan di rumah mangsa.
Ketika kejadian, hanya pasangan warga emas itu berada dalam rumah kerana empat anak mereka tinggal berasingan, termasuk di Kuala Lumpur.
SERIUS... Narenasegaran bercakap dengan sanak saudara mangsa di pekarangan rumah mangsa, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisisoner T Narenasegaran, berkata sejurus polis tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua mangsa ditemui berasingan di bilik tidur tingkat atas rumah dua tingkat milik mereka.
Menurutnya, polis percaya pembunuhan pasangan itu bukan bermotifkan samun kerana barangan berharga mangsa tidak dicuri.

Kontraktor, isteri mati dikelar ketika tidur
KUANTAN: Pasangan suami isteri warga emas ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman dan dikelar leher di Kampung Gementi, dekat Bentong awal pagi semalam.
Mayat Muhamad Yusof@ Abdul Rashid Samah, 71, seorang kontraktor ditemui terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur, manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, terbaring di tepi katil kira-kira jam 1 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T Narenasegaran, berkata ketika kejadian pasangan berusia 71 tahun dan 68 tahun itu tinggal berdua dipercayai sedang tidur di bilik tidur utama di tingkat atas rumah dua tingkat.
Beliau berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas dihubungi penduduk yang terdengar bunyi bising dan jeritan kuat dari rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai dibunuh menggunakan pisau namun polis masih mengesan senjata yang digunakan.
“Siasatan awal, polis hanya menemui sebatang cangkul dalam rumah terbabit yang dipercayai turut digunakan untuk mencederakan pasangan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Narenasegaran berkata, polis menolak kemungkinan mangsa disamun berikutan siasatan mendapati tiada kesan rumah di pecah masuk.
“Semua barang berharga milik mangsa, termasuk selaras senapang tidak hilang atau dilarikan suspek.
“Justeru, kita percaya kejadian membabitkan seorang suspek yang dikenali mangsa," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan empat anak mangsa yang tinggal di Kuala Lumpur juga sudah dimaklumkan berhubung kejadian terbabit.
“Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih mengenal pasti motif pembunuhan terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Gementi, Zulkifli Kilau, 69, berkata Muhamad adalah timbalan pengerusi surau di kampung berkenaan dan antara orang yang dihormati penduduk.
Beliau terkejut apabila mendapat tahu kejadian menimpa arwah kerana kami agak rapat dan tinggal berdekatan. -BH
Suami isteri dibunuh di bilik tidur
POLIS mengusung mayat salah seorang mangsa bunuh yang ditemui mati di bilik utama rumah dua tingkat.
BENTONG - Seorang kontraktor dan isterinya ditemui mati dibunuh dipercayai menggunakan cangkul dan objek tajam di rumah mereka di Kampung Gemeti dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, mengalami kecederaan di tengkuk.
Menurut beliau, mayat pasangan warga emas itu ditemui pada pukul 1.30 pagi dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah dua tingkat itu selepas polis menerima laporan orang awam pada pukul 1.30 pagi yang mengadu terdengar bunyi bising dan laungan kuat dari rumah mangsa.
"Jiran mangsa juga mendakwa semasa kejadian rumah pasangan warga emas itu gelap kerana lampu dipadamkan sebelum memberitahu ada terdengar bunyi seseorang sedang melarikan diri di belakang rumah mangsa," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Narenasegaran memberitahu, Mohammad Yusof ditemui terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur itu manakala isterinya ditemui di bahagian tepi bawah katil dalam keadaan terbaring. -kosmo
4 ulasan:
pemimpin UMNO tidor lena, rakyat ketakutan, aman cara BN
Polis malaysia jaga pemimpin BN atau jaga rakyat
NKRA...kata jenayah turun, tetapi rakyat makin ramai yg kena bunuh, kena rogol, rumah kena rompak dll.
Tengok pada 999- jenayah sentiasa bertambah setiap masa.
Isu jenayah ini...jangan serah kpd polis shj.
perlu ada usaha menyeluruh melibatkan seluruh institusi masyarakat.
sistem pendidikan - yg fokus pada sekolah prestasi tinggi, peperiksaan- tetapi gagal didik jadi warga yg baik, akhirnya lahir penjenayah kolar biru dan kolar puteh.
media terutama media prima dan astro- promosikan jenayah berleluasa melalui promosi kehidupan berpaksikan kemewahan melampau, segala cantik, segala hebat dan filem promosi jenayah (criminal mind, csi,prison break, dexter dll).
kerajaan hanya pentingkan kontraktor- biar bawa masuk ramai pekerja luar yg jadi PTI dan buat jenayah hingga tidak terkawal.
Semua banduan wajar belum diselidiki latar belakang, pendidikan, pendapatan, keluarga - untuk ketahui punca melakukan jenayah dan daripadanya boleh usaha pencegahan yang sesuai
saye takot nak duduk bentong coz kes ni
Catat Ulasan