21 Mei 2011

Akhirnya J/K Pemilihan Minta Maaf, 5 Nama Tercicir - Ulasan GB

5 Nama Calon AJK PAS Pusat Tercicir

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menjelaskan lima nama calon untuk pemilihan ahli jawatankuasa kerja telah tercicir dari senarai media. “Bukan nama Dr Dzulkefly Ahmad (ahli parlimen Kuala Selangor) sahaja yang tercicir. Kesilapan ini adalah kelemahan manusia,” kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS. Selain Dr Dzulkefly, nama Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS bahagian Keningau Hishammuddin Sulaiman, Exco Pemuda Pusat Kamal Ashaari dan ahli parlimen Pasir Puteh Mohamad Husin.

Isu keciciran hangat diperkatakan apabila nama Dr Dzulkefly tidak tersenarai di dalam senarai yang diberikan kepada media Selasa minggu lalu. “Sebanyak 146 kawasan layak hantar calon kali 18 bersamaan dengan 2682 calon.” “Ia kesilapan teknikal yang tidak disengajakan,” kata Abdul Halim dalam satu sidang media yang diadakan pada pagi ini di ibu pejabat PAS pusat.

Kesilapan teknikal Abdul Halim, ahli parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan turut menjelaskan bahawa surat pencalonan sudahpun dihantar kepada calon-calon tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa senarai calon telahpun dikemaskini. “Calon untuk jawatankuasa kerja Dewan Pemuda pada asalnya ada 68 tetapi sekarang 63 kerana umur calon mesti bawah 40 tahun,” katanya.

Calon yang digugurkan adalah Kamal Shaari, Nik Abduh Nik Aziz, Taufiq Ghani, Dr Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah. -FMT


5 tercicir, JK Pemilihan mohon maaf

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini memohon maaf ekoran lima nama yang layak bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahun ini tercicir dari senarai awal yang diedar kepada media 17 Mei lalu.

Lima calon tersebut adalah termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS Keningau Hishamuddin Sulaiman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Kamal Ashaari dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husin.

"Keciciran ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan sewaktu memindahkan nama-nama calon ke dalam senarai untuk diedarkan kepada media sahaja.

"Saya mewakili pihak JK Pemilih memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan ini," kata Pengerusi JK Pemilihan PAS 20011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Bagaimanapun katanya, kelima-lima calon tersebut telah pun dimaklumkan akan kelayakan mereka untuk bertanding dan surat juga telah pun dihantar.

Sebelum ini, hanya nama Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dikesan tertinggal dari 82 nama yang disenarai kepada media dan pembetulan telah dimaklumkan 18 Mei lalu.

Bagaimanapun, selepas membuat semakan secara keseluruhan, empat lagi nama trurut tercicir.

Dengan pembetulan tersebut, bermakna jumlah keseluruhan calon yang layak bertanding jawatan AJK PAS Pusat untuk sesi 2011-2013 adalah seramai 87 orang.

Selepas menerima senarai pencalonan dari kawasan katanya, JK Pemilihan katanya terpaksa meneliti termasuklah nama calon yang tidak lengkap, nama sama yang bertindan, salah ejaan nama dan salah catatan.

"Tuan tuan tahu yang hantar pencalonan ini 148 kawasan iaitu seramai 2628 calon senarai semua. Masa sangat suntuk. 15 haribulan (Mei) kita tutup pencalonan, 16 haribulan kita terima dan 17 haribulan media minta kita umum.

"Petugas kita buat kerja sampai larut malam, nak keluar biji mata...kesalahan manusia ini biasa la, nak buat macamana." katanya lagi.

Kesemua mereka yang layak bertanding perlu menyatakan persetujuan sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum jam 5.00 petang 26 Mei ini .

Pembetulan AJK Dewan Pemuda dan Ulama

Sementara itu, pembetulan juga turut dibuat terhadap senarai calon yang layak bertanding bagi jawatan AJK Dewan Pemuda dan Dewan Ulama.

Untuk pemuda, daripada 68 nama yang layak bertanding sebelum ini diperbetulkan menjadi 63 orang ekoran lima dari mereka melebihi umur yang yang dihadkan iaitu 40 tahun ke bawah.

Mereka yang dikeluarkan adalah Nik Abduh Nik Aziz, Ustaz Kamal Ashaari, Taufiq Ghani, Dr. Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah.

Untuk AJK Dewan Ulama pula, daripada 26 senarai asal sebelum ini dikurangkan menjadi 24 orang ekoran terdapat dua nama yang disenarai dua kali dengan ejaan berbeza.

Mereka adalah Ustaz Abu Bakar Abdullah yang juga disenarai dengan nama satu lagi iaitu Ustaz Abdullah Abu Bakar dan Ustaz Shuib Din yang juga disenarai dengan satu lagi nama Ustaz Shuib Mat Amin.

Berikut adalah senarai kemaskini calon yang layak bertanding AJK PAS Pusat:

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato’ Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
17. Halimah Ali, YB Dr.
18. Hamzah Abdullah,
19. Hamzah Jaafar, Dr.
20. Hanipa Maidin, Hj
21. Hashim Jasin, YB Ustaz
22. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.
23. Hayati Othman, YB Dr.
24. Husam Musa, YB Dato’
25. Idris Ahmad, Ustaz
26. Iskandar Abdul Samad, YB
27. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
28. Khairuddin Dato’ Abdul Malek, Dr.,
29. Khalid Abd Samad, YB Hj.
30. Khalil Idham Lim, YB
31. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
32. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
33. Mahfuz Omar, YB Dato’
34. Mazlan Aliman,
35. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
36. Mohamad Abdullah, (Sabah)
37. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
38. Mohamad Sabu, Hj.
39. Mohd Anuar Tahir, Hj
40. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
41. Mohd Firdaus Jaafar, YB
42. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
43. Mohd Nasir Mustafa,
44. Mohd Nasir Zakaria, YB,
45. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato’ Seri
46. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
47. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
48. Mustafa Ali, Dato’
49. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
50. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
51. Nasuruddin Hj Daud, Dato’ Ustaz Hj
52. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
53. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz
54. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
55. Norazli Musa, Ustaz Hj.
56. Normala Sudirman,
57. Nuridah Salleh, Ustazah
58. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato’ Hj
59. Razman Zakaria,
60. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
61. Rosidi Hussin
62. Sa’ari Sungib, YB Hj.
63. Salahudin Ayub, YB,
64. Salleh Man, YB Ustaz
65. Sallehen Mukhyi, Ustaz
66. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
67. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
68. Siti Zailah Yusoff, YB
69. Suhaizan Kaiyat,
70. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
71. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato’
72. Takiyuddin Hassan, YB Dato’
73. Taufek Ghani, YB
74. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato’
75. Wan Hasrina Wan Hassan,
76. Wan Nik Wan Yusof,
77. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
78. Yusof Embong, Ustaz Hj.
79. Zainuddin Yusof, YB Hj
80. Zaki Ibrahim, YB
81. Zuhdi Marzuki, Dr.
82. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
83. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

[Tambahan]

84. Ahmad Yaakob, Datuk
85. Kamal Ashaari, Ustaz
86. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)
87. Muhammad Husin, Yb -harakahdaily


Ulasan GB

Entahlah, GB rasa masih ada lagi nama-nama yang tercicir atau dicicirkan, sebab itu maka tidak diumumkan jumlah pencalonan setiap calon yang diumumkan layak bertanding.

Itu pun bersyukur kerana akhirnya Allah terima juga doa kita sebelum ini: Kita berserah kepada Allah s.w.t. di atas apa juga muslihat di belakang semua ini. walaupun GB ini bukanlah dari kalangan ulamak yang pandai berhujjah dalam bab keagamaan.

GB telah berkali-kali meminta J/K Pemilihan meminta maaf, hanya baru sekarang mereka melakukannya. Walau bagaimana pun kita ucapkan terima kasih dan syabas kerana mengakui kelemahan.

"Saya mewakili pihak JK Pemilih memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan ini," kata Pengerusi JK Pemilihan PAS 20011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Tetapi alasan untuk melakukan kesilapan kerana faktor manusia adalah sesuatu dalih yang tidak patut diutarakan.

Kita sering mempersoalkan kerajaan tidak kompeten, tidak professional dan tidak cekap, bagaimana PAS sendiri sekarang ini boleh dijangkiti dengan sindrom pondan dan tidak cekap ini?

Selepas menerima senarai pencalonan dari kawasan katanya, JK Pemilihan katanya terpaksa meneliti termasuklah nama calon yang tidak lengkap, nama sama yang bertindan, salah ejaan nama dan salah catatan.

"Tuan tuan tahu yang hantar pencalonan ini 148 kawasan iaitu seramai 2628 calon senarai semua. Masa sangat suntuk. 15 haribulan (Mei) kita tutup pencalonan, 16 haribulan kita terima dan 17 haribulan media minta kita umum.

"Petugas kita buat kerja sampai larut malam, nak keluar biji mata...kesalahan manusia ini biasa la, nak buat macamana." katanya lagi.


Buat kerja sampai larut malam, nak keluar biji mata, kata Pengerusi J/K Pemilihan. Dengan keadaan sedemikian pun masih ada yang tercicir! Bukankah itu lambang ketidak cekapan? Baru pemilihan pimpinan parti yang tak beberapa orang, kerja dah tak kompeten. Di zaman setiap orang ada telefon bimbit, tidak reti-retikah untuk menyemak dengan pimpinan kawasan untuk mempastikan kesahihan calon-calon yang dikemukakan? GB hairan apa yang kerja sampai larut malam nak keluar biji mata di zaman teknologi maklumat ini? Di zaman kita bercakap tentang teknologi maklumat, tak reti-retikah nak gunakan perisian komputer yang paling mudah pun seperti Microsoft Excel yang boleh melakukan kerja hanya di dalam beberapa minit? Itu belum lagi GB suruh gunakan perisian pengkalan data seperti Oracle, MSSQL, MySQL yang jika dibuatkan data mining sepatutnya siap di dalam beberapa saat! Apa pasal mahu bengkak-bengkakkan mata?

GB rasa itu bukan soalnya. Soalnya ialah kejujuran, soalnya ialah keikhlasan & soalnya ialah pertanggungjawaban.

Komputer nak paling canggih, bangunan pun nak yang canggih-canggih, tapi mentaliti kerja tahap lapuk!

Jika tak mampu untuk bekerja secara ikhlas, cekap dan kompeten maka GB minta J/K Pemilihan akur dengan tuntutan supaya LETAK JAWATAN dan cari pengganti yang lebih baik. Keluarkan mereka yang lembab, yang tua-tua, yang jahat, yang dah tak mampu untuk membawa PAS ke mercu kemerlangan.

Sekali lagi GB ulangi, kami akan tetap berdoa kepada Allah s.w.t. untuk mendedahkan setiap konspirasi (jika ada) di dalam pemilihan yang berlansung kerana banyak hal yang terselindung dan tidak telus mengenai pemilihan pimpinan kali ini.

25 ulasan:

Abu Abdurrahman Kg Jawa berkata...

Saudara GB,

Saya beranggapan 'reason' atau 'sebab' keciciran itu lemah seperti yang saudara nyatakan. Sesuatu yang sepenting pemilihan ini mesti ada kemantapan gerak-kerja, proses (atau itu disengajakan,mungkin?) untuk memastikan ianya transparan, bebas-leka dan bebas-penipuan. Tidakkah sesuatu yang haq itu terkalahkan bila ianya tidak kemas, tidak cekap dan bebal-kenyataan.

Saya terfikir juga jika tidak didedahkan tentang keciciran tersebut apa agaknya natijah yang bakal dihadapi oleh PAS: menjadi seperti PKR (yang riuh rendah pemilihan mereka, dan sekarang yang dicari sebab untuk diharamkan) dan UMNO (yang dah tertepu dengan penipuan)?

Perlu diingat PAS telah menjadi harapan semua untuk membawa negara ini ke arah keadaan yang lebih baik dan sejahtera, bukan seperti yang Umno dan rakan-rakan mereka dalam PAS maukan.

Tanpa Nama berkata...

betullah, sekarang pekung j/k pemilihan dah terbongkar. mana mustapha ali? dah menyorok? semasa pengumuman hari tu kemain duduk sebelah Ust Halim. pantang aku dengan mustapha ganu tu...

Tanpa Nama berkata...

perancangan jahat golongan UG kantoi.

"kelemahan manusia" dijadikan alasan.

bagaimana kalau spr yang buat silap mereka katakan itu kesilapan manusia?

Tanpa Nama berkata...

Amacam boleh tercicir? Kan dah ada komputer! Awas PAS-Umno & juga PKR-Umno, Golongan ini kene samak dulu.

Tanpa Nama berkata...

Ini baru dalam pemilihan pencalunan dalaman Pas itu sendiri, sudah kelam kabut, bagaimana nanti menghadapi Pilihanraya Umum, saya rasa terus kelam dan terus-terusan tertipu oleh SPM.

Saya nasihatkan kepimpinan Pas supaya mencontohi kepimpinan DAP yang bergerah secara sistematik dan tersusun.

Bandingkan lah kejayaan mereka dalam Pilihanraya Negeri Serawak, jawabnya mereka terus kehadapan dengan cemerlang dan bergaya.

Pas dakwa bahawa Alquran dan AsSunnah adalah ikutan dan Perlembagaan, soalnya adakah kitab-kitab suci tersebut dijadikan rujukan, jika benar, kenapa masih terkebelakang dalam siyasah dan amalan.

Tanpa Nama berkata...

Akibat "kesilapan manusia" ni ramai rupanya nama-nama yang "tercicir atau dicicirkan".Satu soalan yang baik.Kalau SPR yang kata "kesilapan manusia" apa agaknya ahli-ahli PAS kata? Hakikatnya "kesilapan manusia" ini berlaku kerana PAS Pusat memilih manusia yang "silap" untuk jadi Pengerusi JK Pemilihan.Khuatir sangat puak-puak UG akan kalah teruk dalam pemilihan akan datang.Maka dipilihkan "burung terkukur" untuk jadi Pengerusi JK Pemilihan.Itu hakikat sebenar.Sekarang "mendesak" pula Tuan Brahim untuk masuk bertanding Jawatan Tim.Presiden walau pun Tuan Brahim sudah menyatakan dia tak mahu bertanding jawatan Tim.Presiden.Kalau Tuan Brahim terima "desakan" itu,sah memang ada "Ulamak Pelawok" dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

aku dengan pas pukan sebab UG atau anti UG. Bukan sebab nik aziz atau hj hadi. bukan sebab husam atau ustaz nasya, tapi kerana wajibnya aku bersama jemaah Islam...

Tanpa Nama berkata...

memang wajib bersama jemaah Islam dan wajib juga benteras apa yg tak betul di dalam jemaah Islam

Tanpa Nama berkata...

pakai kopiah, jelak aku, semata-mata nak tutup mentaliti kolot di kepala.

Tanpa Nama berkata...

Aku lebih mengatakan situasi berkenaan sebagai khifarah kepada golongan 'pencandu tegar PAS' ketika sangat berselera memomokkan situasi kucar dan kacir semasa pemilihan kepimpinan PKR tempoh hari. Ibarat berkawan tinggal serumah berlainan bilik tetapi saling melempar 'kahak' kebilik-bilik bersebelahan. GB juga semacam ada saham besar jugak.

tulang berkata...

inilah mentaliti orang melayu, bila orang buat silap minta maaf, ada pula anggapan buruk lain pula.

macamana melayu nak maju. macamana Islam nak maju.

kalau posting muhasabah ini tidak dipapar, nampak jelas, kita bersalah sebab takut dikritik tapi kita kritik orang tak apa.

kita kata orang pondan, ada konspirasi, tapi bila kita dikritik, kita tak mahu terima sedangkan diri kita yang sedang buat konspirasi untuk jatuhkan orang itu dan orang ini dalam PAS tu bukan konspirasi ke? memilih-milih kritik posting untuk d papar itu bukan pondan ke?

Dato' Halim yang dikenali sebagai neutral tu pun, GB nak hentam khinzir buta. itulah mentaliti orang melayu yang ghairah ber "blogging", cakap ikut suka, nanti duka, cakap ikut nafsu nanti lesu, cakap ikut hati nanti mati...nanti jadi macam TB. jangan seronok dengan toy bernama blog hingga lupa antara kebatilan dan kebenaran, antara hayalan dan realiti, antara hakikat dan maarifat, antara iman dan kepalsuan

saya yang dha'if. tulangbesi.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

tulang, sepatutnya anda lebih bertanggungjawab untuk tidak menggunakan nick orang lain bagi membuat komen di sini. malah anda menggunakan blog "tulangbesi.wordpress" untuk mengutuk orang yg tak sehaluan dgn kamu.

anda sebenarnya wm yang tak pernah takut dengan dosa.

Datuk Halim orangnya lurus, tapi yang dibelakang tabir yang memperalatkannya itu yang jahat.

Memang dasar puak UG (pandi kutty) yang pondan & tak effisyien tetapi ghairah bernafsu nak pegang itu ini.

Tanpa Nama berkata...

puak UG ni sampai bila pon x berubah. perangai mereka sama dengan UMNO, dulu, kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

hahaha

seorang dari puak UG memfitnah gunakan nama "tulang".

dah x der idea lagi nak memfitnah... macam juga kes "Datuk T".

jawablah kamu di akhirat nanti wahai pemfitnah dalam PAS....

Unknown berkata...

Kebenaran mesti ditegakkan, cuma jangan sampai ada yg futhur.

Tanpa Nama berkata...

tulang kat atas tu tak der isi nak hentam tulisan GB jadi dia cari jalan hentam peribadi. itu kaedah lapok yg digunakan olehnya sepanjang masa.

dia pun nak gunakan istilah "maarifat" ...

"jangan seronok dengan toy bernama blog hingga lupa antara kebatilan dan kebenaran, antara hayalan dan realiti, antara hakikat dan maarifat, antara iman dan kepalsuan"

syariat juga dia tak lepas lagi nak cakap soa maarifat.

kelakar betul, apa yg dah ditunjukkan oleh Allah itulah maarifat be! Apakah petunjuk Allah? Nama AJK tercicir hasil dari ketidak-cekapan.

Tanpa Nama berkata...

minta maaf pn salah jugak. duduk komen kt blog je la baru semua betul....

Tanpa Nama berkata...

anon 9.48

dah berapa hari berlaku kesilapan baru skrg minta maaf? dah kena tegur dah kena suruh dah kena pelupuh baru nak minta maaf...

kalau x mahu menang, jgn buka blog lagi masa pilihanraya... gi baca utusan @ bharian...

dasar UG x sedar diri!

Tanpa Nama berkata...

rakyat yang menyokong pas jangan lah di anggap bodoh, kami ada mata dan telinga, kalau masih ada kumpulan UG dalam pas.. kami akan kecewa kerana kami benci UMNO.

Padwo berkata...

Orang2 yang komen pasal anti UG di blog ini kebanyakannya ialah cyber trooper Umno.. mereka bertujuan memecahbelahkan Pas.. Salah satu modus operandi mereka ialah memberi komen di blog-blog pro Pakatan.. Pimpinan dah kata tutup buku, mereka akan cuba bangkitkan kembali.. Berhati-hatilah GB, anda seronok mereka ni puji idea anda tapi tanpa anda sedar anda meruntuhkan jemaah.. Saya akan dicop pro-UG dengan komen ini, biarlah.. Kalau GB boleh berdoa, saya juga serahkan kepada Allah untuk memperlihatkan musuh-musuh dalam selimut ini dan muslihat mereka..

Tanpa Nama berkata...

Kau mengarut ke apa padwo

Kau x perasan gelombang anti-UG dalam PAS sejak UG ini muncul.

Pimpinan kata tutup buku? Tetapi pimpinan jugak yg buka kembali bila dicucuk oleh media massa.

InsyaAllah, Allah akan dedahkan bahawa UG itulah musuh dalam selimut yang sebenar yang telah meyebabkan PAS berpecah-belas dan huru-hara.

Tanpa Nama berkata...

betullah, sampai skrg pon pihak yg mengutarakan idea KERAjaan PerpaduWANG yang mengakibat kekalahan demi kekalahan PAS dalam PRK belom lagi meminta maaf dan bertaubat.

Mustapha Ali dan kebanyakan pimpinan dari Trengganu memainkan peranan utama.

marhaen 1999 berkata...

Korang semua ni syok sendiri je dapat hentam orang kat blog ni, hahahaha.. Undi di felda dan kampung dapat ke Umno juga... Korang kata, alaa Saluran 1 tak lama lagi mampus le, tapi jangan lupa golongan belia remaja semakin ramai yang menyokong BN hasil dari PLKN, Hari Belia, dll.. Dan satu hari nanti kita pulak yg berada di Saluran 1.. Diorang tak baca la blog-blog politik ni.. Bagi aku nak tarik balik sokongan Melayu melalui Internet senang saja, tutup semua blog perasan bagus, yang dikekalkan cuma 2-3 website utama.. Hidupkan kembali website Mahazalim.. English version, Malaysia Today cukup.. Lepas tu kita ramai-ramai print bawak balik kampung ataupon pakai laptop, macam zaman reformasi dulu..

Tanpa Nama berkata...

UG tu ape?

Bahaya ke UG ni dalam PAS?


(atok tua yg minat PAS)

Tanpa Nama berkata...

pada gua puak UG sama dgn umno. dua dua kita kena lawan

-fread-