21 Apr 2011

UMNO BN Sudah Lama Menzalimi Rakyat Yang Tidak Menyokong Mereka

Bukan Cina sahaja, Melayu juga tak sokong kerajaan’

PETALING JAYA: Kisah pengundi Cina yang menyokong pembangkang khususnya DAP bukan baru. Cuma ada pihak tertentu yang membesar-besarkannya setiap kali parti pemerintah kalah dalam pilihan raya.

Dan gesaan ‘menghukum’ masyarakat Cina juga sudah lali didengar. Lantas masyarakat Cina dicap sebagai warga yang tidak berterima kasih dan perlu dihukum.

Pada PRU 1969, masyarakat Cina menyokong DAP dan menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar dan akhirnya mencetuskan 13 Mei 1969.

Pada PRU 2008, masyarakat Cina berbondong-bondong menyokong pembangkang sehingga DAP berjaya menawan Pulau Pinang.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang baru berlalu, calon DAP menang dengan cemerlang. Sebaliknya calon SUPP kecundang satu demi satu.

Pada pengamatan pemerhati politik trend pengundi Cina menyokong pembangkang akan berterusan sehingga PRU akan datang.

Ini bermakna parti Cina dalam BN seperti MCA dan Gerakan menghadapi masa depan yang gelap. Dan sebaliknya para pemimpin DAP ternyata gembira dengan sokongan pengundi Cina di Sarawak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan ia petanda baik kepada parti dalam PRU ke 13.

Tetapi menghukum pengundi Cina semata-mata kerena mereka tidak menyokong parti kerajaan tidak semestinya akan menyebabkan mereka kembali menyokong kerajaan, beliau dipetik sebagai berkata.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau juga menghukum kaum Cina yang tidak menyokong kerajaan BN tetapi mereka tetap menolak parti kerajaan.

Mesti diingat bukan kaum Cina sahaja yang tidak menyokong parti kerajaan. Orang Melayu juga ramai yang berfikiran sama.


Orang Melayu tolak Umno

Di Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor, orang Melayu menolak calon Umno secara besar-besaran. Kedah dan Kelantan dikuasai PAS, musuh ketat Umno.

Pada PRU 1999, orang Melayu di Terengganu menumbangkan kerajaan BN pimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menjadi menteri besar sejak tahun 1978 lagi.

Maka Dr Mahathir menghukum kerajaan PAS Terengganu dengan menghentikan pembayaran royalti minyak yang dianggarkan RM800 juta setahun kepada negeri itu.

Begitu juga nasib orang Melayu Kelantan yang membantu PAS memerintah negeri itu sejak tahun 1990. Kerajaan Pusat telah meminggirkan Kelantan semata-mata kerana Umno kalah di negeri itu.


Penganalisis politik tempatan menganggap menghukum pengundi Cina yang tidak sealiran mereka adalah tindakan yang sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Apakah demokrasi negara kita sama dengan beberapa negara Timur Tengah di mana penentang dihukum? Era hanya kerajaan sahaja yang benar sudah berlalu. Jika rakyat tidak suka dengan kerajaan, mereka tentu tidak sokong.

“Mengapa orang (pengundi) Cina tidak sokong kerajaan? Kerana mereka tidak terkongkong dengan kerajaan, mereka kumpulan yang berdikari dan berfikiran terbuka,” kata seorang penganalis Zulkifli Hassan. -FMT

Ulasan GB

Rejim UMNO BN sebenarnya sudah lama menghukum rakyat yang tidak menyokong mereka. Perbezaan politik menjadi sesuatu yang terlarang bagi mereka. Lihat sahaja bagaimana pemerintah BN merampas royalti minyak tatkala Terengganu dan Kelantan diperintah oleh PAS. Ia adalah jelas dan nyata bahawa "hukuman" telah pun dikenakan ke atas rakyat yang tidak menyokong BN.

Mereka tidak segan silu memperkuda dan memperalatkan segala jentera awam termasuk agensi-agensi kerajaan untuk "menekan dan menzalimi" rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sehinggakan maruah dan integriti PDRM misalnya tercemar apabila mereka dikerah untuk melakukan kekejaman ke atas pemimpin dan rakyat yang menyokong parti-parti selain BN. Perhimpunan aman Pakatan Rakyat jarang sekali tidak diganggu oleh mereka malah provokasi-provokasi sering pula dilakukan untuk menghuru-harakan suasana dan kemudian menuding jari menyalahkan penganjur.

Jika hendak disenaraikan kezaliman dan kekejaman UMNO BN terhadap rakyat tidak mencukupi ruang di sini... namun kita ingin memperingatkan mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu akan tetap berbalik kepada mereka semula. Allah tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kezaliman umno akan menjadi hari dalam sejarah apa bila umno/bn tidak merentah satu hari nanti.

Tanpa Nama berkata...

MELAYU BERAKAL TAK AKAN SOKONG UMNO.

Tanpa Nama berkata...

UMNO tak kan puas menzalimi Melayu Kelantan selagi mereka berkuasa.Bagi mereka Melayu yang menyokong PAS adalah warga Malaysia kelas 2.Mereka apa peduli.Mereka memang suka rakyat miskin sebab rakyat yang miskin boleh dipergunakan/ diperkudakan waktu pilihanraya.Mereka suka rakyat minta sedekah pada mereka.Kalau rakyat dah kaya....apa yang mereka nak bagi lagi...Cukuplah UMNO....jangan dok tipu rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Lebih ramai Melayu penyokong PAS yg dizalimi oleh Umno jika dibandingkan dgn Cina DAP. K/tangan kerajaan khasnya guru-guru Melayu (PAS) ditukar sesuka hati untuk menyusahkan mereka dan keluarga. Malah ada guru dari Perak ditukarkan ke Johor. Itu hanya satu contoh kezaliman UMno.

Tanpa Nama berkata...

umno mewarisi dasar pemerentahan firaun oleh itu wajib fardhu ain bagi semua umat islam menjatuhkan umno.

Tanpa Nama berkata...

Langkah terdesak UMNO jelas kelihatan apabila video seks digunakan yang menunjukkan betapa tidak profisionalnya mereka. Mereka fikir rakyat akan terus tertipu dengan cara yang digunakan itu. Rakyat sudah celik mata dan menolak kaedah yang digunakan itu. Mereka sudah tentu tidak akan menyokong golongan fasik apa lagi untuk turut sama jadi fasik!!