Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.
Menurut sumber, polis memberitahu kepada keluarga Ahmad Sarbaini bahawa hasil siasatan sudah hampir siap.
“Polis beritahu kepada keluarga siasatan sudah 70 peratus tetapi tidak beritahu apa perkembangan terbaru, sebaliknya saya difahamkan polis juga setiap hari datang ke rumah Ahmad Sarbaini,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun katanya, pihak polis tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai punca kematian.
Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini kini sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM atas sebab kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya penolong pengarah kastam membunuh diri.
Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini minggu lalu.
Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.
“Keluarga Ahmad Sarbaini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM sekiranya hasil siasatan polis tidak memihak kepada mereka.
“Mereka mahu ambil tindakan undang-undang ini kerana mahu menuntut keadilan bagi Ahmad Sarbaini serta membersihkan namanya yang didakwa telah membunuh diri,” kata sumber itu.
Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini tertekan apabila ada pihak termasuk media mengatakan dia membunuh diri dan menerima rasuah.
“Itu tidak benar, Ahmad Sarbaini tidak mungkin lalukan perkara itu. Kini keluarga berada dalam keadaan tertekan,” katanya.
Ahmad Sarbaini meninggalkan balu Maziah Manap, 50 dan lima anak.
Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam. yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.
Sementara itu, peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Ghazali Mohd Ramli ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya tidak akan memberikan sebarang komen dalam perkara itu sebaliknya akan menunggu keputusan hasil siasatan polis.
“Saya tidak akan cakap apa-apa, kita biar polis jalankan siasatan dulu.
“Nanti kalau saya cakap apa-apa bimbang ia akan menggangu siasatan polis,” katanya.
Laporan media semalam menyebut polis telah mengambil keterangan daripada 40 individu bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Sarbaini.
Malah Ghazali juga berkata, pihaknya telah telah menyerahkan bukti baru, yang tidak dinamakan, kepada polis - yang dipercayai boleh menentukan sama ada Ahmad Sarbaini meninggal dunia kerana membunuh diri ataupun sebaliknya. -TMI
Ulasan GB
Demi kebenaran dan keadilan memang wajar untuk keluarga mangsa mengambil tindakan ke atas polis.
Pertama, belum pun selesai siasatan sudah dihebahkan "kononnya" Ahamad Sarbani terjun dan membunuh diri. Ia lambang tidak profesyenalnya polis.
Kedua, seperti ada sesuatu "cover-up", sama seperti kes Teoh Beng Hock. Rakyat yakin di dalam kes Teoh Beng Hock, polis dan SPRM tahu siapa pembunhnya tetapi sengaja tidak mendedahkannya tetapi melakukan cover-up sehinggakan terdedah banyak hal di dalam siasatan Suruhanjaya Diraja seperti wujudnya skrip kepada pihak yang dipanggil untuk disoalsiasat oleh Suruhanjara Siasatan.
Selain dari tindakan undang-undang ke atas polis, adalah wWajar bagi setiap rakyat memohon kepada Allah agar dikembalikan keadilan dan kebenaran dan setiap yang bersalah termasuk mana-mana pihak yang menyembunyikan kebenaran dan kebenaran diberikan balasan yang setimpal oleh Allah s.w.t.
Kebenaran dan keadilan perlu diletakkan ke tempatnya yang wajar. Tiada siapa boleh memperrmainkannya.

4 ulasan:
memang patut tindakan undang2 diambil...sebb nmpk dari cara siasatan tidak akan menyebelahi pihak Allahyarham...sedangakn lakonan semula pun terjatuh...dalam eri kata lain bunuh diri...tidak ada pun lakonan ditolak atau dibuang..atau ape saja kemungkinan...kemungkinan yg dibuat polis hanya 1 'bunuh diri'. hidup mati seseorang pun hendak dipolitik kan jugak..memang kejam!!!!
Nak ambik tindakan mahkamah ka?aku ni banyak berurusan ngan puak2 kastam ni kalau kau orang tak biasa berurusan ngan Puak2 Kastam munkin kau orang tak tahu,kalau nak cepat semuanya duit itu yang pangkat rendah kalau pegawai siap la ribu2,tapi yang syoknya time solat berebut rebut nak solat takut terlepas waktu
Selagi UMNO berkuasa selagi itulah kematian misteri akan terus menghantui hidup anda???
Selagi tak terima arahan dari tuannya....sehingga kini tiada seekor anjing pun berani gigit 3 ekor Haiwan 'T'????
kite bakorr aje SPRM tu...kite bakorr..
Catat Ulasan