9 Apr 2011

Tangkap Juga Dalang Telur Tiruan Di Faraj Pelacur Itu

Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.

"Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditemui selepas penyampaian cek bernilai RM10,000 sumbangan Wanita Gerakan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.

Tan turut meminta pengguna membuat laporan segera jika mengetahui kegiatan itu wujud di tempat mereka.

"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.

Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa gerai di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ. - Bernama

Ulasan GB

Tatkala negara tengah hangat membicarakan soal "Anwar tiruan" di dalam video seks yang digembar-gemburkan, kononnya Anwar telah melakukan adegan ranjang bersama seorang pelacur Cina, tiba-tiba muncul satu berita panas, tetiba Tuhan turu berita, telur tiruan ditemui dijual di beberapa gerai di dalam negara kita.

Anwar boleh bernafas lega, rupanya "telur" di faraj pelacur Cina itu telur tiruan.

Tetapi UMNO dan koncon-konco tetap tidak mahu mengakui sekalipun telah jelas dengan pelbagai fakta bahawa itu telur tiruan.

Dengan perut buncitnya, dengan tetek menggelabirnya, dengan janggut hari ini tiada esoknya ada, dengan rangka badannya yang besar macam rangka Datuk T, dengan rambut pendeknya macam rambut Nazri... itu semua bukti nyata bahawa yang dihebohkan itu sebenarnya adalah Anwar tiruan.

Media massa arus perdana, blogger pencacai UMNO, pimpinan UMNO masih hendak memperbodohkan rakyan dengan menjaja video seks yang jijik itu. Siapa tuan empunya dan siapa dalang pembikin telur tiruan di faraj pelacur itu? Itu yang perlu dicari sampai lubang cacing selain dari dalang telur ayam tiruan yang dijual di merata gerai.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anwar sendiri sudah buat lapuran polis, biar polis yg siasat telur tu asli ke atau tiruan.

yg pastinya datuk eskay kenal telur tu asli atau tidak pasal dia mengaku gambar dia ada dlm video tu sekali.

kita sabor saja le tunggu siasatan pihak yg berwajib, sebab kalau anwar tak percaya kat PDRM tentu dia tak buat lapuran polis.

Tanpa Nama berkata...

percaya atau tidak pada polis anwar kena buat juga lapuran pada polis untuk bersihkan nama dia untuk menentukan bahawa dia tak bersalah, takkan nak lapor pada sprm ataupun tentera apa yang agensi lain boleh buat

Tanpa Nama berkata...

percaya atau tidak anwar terpaksa buat laporan polis untuk bersihkan namanya dari difitnah, yang lain terserah pada pdrm samaada mahu bertindak dengan telus ataupun tidak, takkan anwar ibrahim nak melapor pada pasukan tentera ataupun rela ataupun jpa apa yang agensi tersebut boleh lakukan.