PAS Titiwangsa bidas sepanduk burukkan imej Dr Lo’ Lo’
Masalah tanah jerlus di Kampung Baru sengaja ditimbulkan bagi meracuni pemikiran rakyat di sekitar Titiwangsa.
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa hari ini membidas pihak yang tidak bertanggungjawab memasang kain rentang dan sepanduk memburukkan imej Ahli Parlimen Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.
Kain rentang dan sepanduk itu yang dipasang di sekitar Kuala Lumpur membawa mesej menyalahkan ahli parlimen dari PAS itu berhubung masalah tanah jerlus di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, “tuduhan kononnya Dr Lo’ Lo tidak mengambil sebarang tindakan berkenaan masalah tanah jerlus itu adalah fitnah semata-mata.
“Masalah ini sengaja ditimbulkan bagi memburuk-burukkan peribadi beliau dan berusaha untuk meracuni pemikiran para penduduk di sekitar parlimen Titiwangsa,” katanya.
Menurutnya, Dr Lo’lo’ sendiri telah mengambil tindakan yang proaktif berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengatasi kejadian itu.
“Selain itu, Dr Lo’lo’ dan pegawai Pusat Khidmat Titiwangsa sendiri membantu menyediakan tempat tinggal dan berusaha menggunakan sumber yang ada bagi menyediakan makanan kepada mangsa bencana tersebut.
“Usaha ini dijalankan meskipun Pusat Khidmat PAS di Titiwangsa tidak menerima sebarang peruntukan tahunan yang sepatutnya, ujar Shahir.
Shahir membidas sikap Umno dalam hal ini dengan menyoal apa pula tindakan Umno dan Menteri Wilayah Persekutuan? Umno hanya tahu mengkritik dan menabur fitnah tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan.
“Slogan Umno “Juara Rakyat” dan slogan Perdana Menteri “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” hanya slogan kosong yang penuh dengan janji-janji manis yang cuba memperbodohkan rakyat.
“Mereka hanya tahu mengumpan rakyat untuk meraih undi menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir,” tegas beliau. -FMT

Tiada ulasan:
Catat Ulasan