Portal SPA guna Google Translator, Tamil jadi Hindi
SPA tiada pakar bahasa untuk kenali Bahasa Tamil?
PETALING JAYA: Penggunaan aplikasi Google Translator dikenal pasti menjadi punca pengguna yang memilih ‘Bahasa Tamil’ di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dibawa ke laman yang menggunakan tulisan Hindi.
Graduan sarjana sains dalam teknologi maklumat dari Universiti Middlesbrough, Britain, Kughan Nadarajah berkata, portal itu menggunakan Google Translator untuk melakukan terjemahan secara langsung dari Bahasa Malaysia ke Tamil dan Mandarin.
“Akan tetapi, pengguna yang memilih Bahasa Tamil disajikan dengan terjemahan langsung ke Hindi berikutan ketiadaan Tamil dalam aplikasi terjemahan secara percuma itu.
“Bagi versi laman Bahasa Inggeris pula, SPA menggunakan ‘PortalEng by Default’ maka tiada masalah pada versi itu,” katanya sebagai mengulas laporan kecacatan pada portal rasmi SPA.
Pada 22 April lalu, seorang pemuda yang menggunakan nama Macxi Sivesangkaran pada akaun Facebook melahirkan rasa terkejut kerana portal rasmi www.spa.gov.my memaparkan kandungan dalam tulisan Hindi apabila beliau memilih “Bahasa Tamil” pada pilihan yang diberikan.
“Tak ada pakar bahasa dalam bahagian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang boleh bezakan tulisan Tamil dengan Hindi; atau buat-buat tak nampak?” tanyanya dalam aduan yang dipaparkan di ruangan status akaun Facebook beberapa rakannya.
Pemuda itu juga bertanya, “bagaimana cara untuk buat aduan tentang perkara ini? Saya sudah pun hantar e-mel melalui bahagian aduan laman web … tiada apa-apa usaha diambil untuk mengubah tulisan Hindi ke Tamil”.
Wartawan FMT melayari portal rasmi SPA dan mendapati apa yang dikatakan oleh Macxi Sivesangkaran dari Ipoh, Perak adalah benar.
Penjelasan yang diberikan oleh Kughan Nadarajah juga mampu menerangkan punca sebenar masalah itu wujud.
“Pada pagi ini, pilihan bahasa Tamil diubah kepada bahasa Hindi tetapi persoalan kini berapa ramai orang dari masyarakat India di Malaysia fasih dalam bahasa Hindi?,” soal Kughan. -FMT

4 ulasan:
Suruhanjaya?
Perlu perbaiki sistem sebab bukan orang yang faham bahasa melayu dan bahasa inggeris saja gunakan perkhidmatan.
Smartphone : Risiko "privasi" pengguna terdedah.
Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki
Tidak ada isu di sini.
SPA wajar batalkan sahaja pelbagai bahasa. Cukup dengan Bahasa Malaysia atau English sahaja.
Siapa yang akan melayari website SPA? Warga Malaysia yang mampu membaca sama ada di dalam Bahasa Malaysia atau English, dan warga asing yang memerlukan.
Warga asing yang perlu melayari website SPA itu ada berapa ramai dan untuk apa?
Pukul rata, secara keseluruhannya pengunjung web SPA adalah mereka yang rata-rata menerima pendidikan di Malaysia.
Kesimpulannya, cukuplah gunakan Bahasa Malaysia atau English sahaja. SPA bukan seperti agensi lain yang menjadi penggalak pelaburan atau penerangan yang diperlukan ke arah itu.
Jika bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan English diperlukan, apakah ini menunjukkan kegagalan Kementerian Pendidikan dan agensi di bawahnya yang sentiasa mendapat peruntukan besar saban tahun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka?
kahkahkah
the lowest standard duty performed by the lousiest government agency...
Erm.. Selain tu ade masalah laen jgk. Cthnye senarai nama universiti di luar negeri, ada percanggahan maklumat berkenaan senarai nama di Universiti antara website SPA dan KPT. List nama Universiti di luar negeri di KPT lebih lengkap berbanding SPA. Ape citer nih?..huhu.
Catat Ulasan