25 Apr 2011

Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear

Jeddah: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.

Dr Fatin Khoursheed (gambar) yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

“Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1,” katanya.

“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

“Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

“Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu,” katanya lagi. - SG

Ulasan GB

Sesungguhnya tidak ada satu pun yang Allah ciptakan itu sia-sia walau sebutir habuk sekalipun.


7 ulasan:

FARISZ@AZ.Com berkata...

Macam2 boleh buat ubat,beruntung jika umat Islam zaman kini mendahului kajian saintifik.

Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki


Smartphone : Risiko "privasi" pengguna terdedah.

.

antihipokrasi berkata...

bukan sesuatu yg mustahil... saya teringat peristiwa Nabi Nuh menaiki bahtera yang memuatkan ribuan makhluk Allah. Najisnya dijadikan rawatan utk pelbagai jenis penyakit. Wallahu'alam...

Tanpa Nama berkata...

bagus punya doktor muslimah ni. Pakai Macam tu pun boleh bergerak aktif. Jika kat Malaysia belum tentu boleh jadi doktor. Syabas GB kerna siar gambar macam ni baru semangatsikit nak beri semqangat kat pejuang muslimah kat malaysia

hairuha berkata...

Agaknyer Kerajaan Arab Saudi takut Amerika marah......kalau kajian ini betul2 bagus untuk ubati kanser, saper pulak nak guna mesin2 perubatan AMERIKA & merudumla market insurance perubatan...

Tanpa Nama berkata...

Kalau air kencing unta boleh jadi penawar kesan radiasi nuklear, agak-agak kencing rakyat Pahang, khususnya kat Gebeng, boleh tak jadi penyebab idea gila kerajaan nak buat stesen penguraian tanah Lynas tu dibatalkan..? Kalau boleh, ayuh rakyat Pahang, ramai-ramai kencingkan pejabat MB Pahang tu, mudah-mudahan dapat jadi penawar pada idea dia orang tu..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
boleh tanya? sekadar ingin kefahaman..

tak salah ke kita ambil sesuatu yang dalam kategori najis untuk dijadikan ubat??
apa hukumnya?
mintak penjelasan skit boleh?

terima kasih..
sy akan kembali utk melihat maklumbalas drp saudara.. =)

Y Honeybunch berkata...

Simple, just go to the nuclear sites and drink it.

hairuha,
Don't be that stupid. Saudi Arabians, Americans and Israelis are allies.