14 Apr 2011

Najib Menipu Rakyat Sarawak Di Siang Hari

PRN Sarawak: Negeri Akan Mundur Jika Pembangkang Perintah

KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sarawak tidak akan mencapai pembangunan yang terancang sekiranya pembangkang mentadbir negeri itu selepas pilihan raya negeri ke-10 Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, pentadbiran Sarawak memerlukan kerjasama erat dengan kerajaan Pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi mengembling usaha ke arah mentransformasikan rakyat negeri itu.

"Kalau kerajaan Pusat diketuai oleh BN, kerajaan negeri (Sarawak) juga ditadbir BN, Perdana Menteri dan Ketua Menteri juga daripada BN... atas semangat kerjasama ini transformasi Sarawak pasti akan berlaku," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia di Satok, Rabu malam.

Selain itu Najib yang juga Pengerusi BN turut membidas janji pembangkang yang menamakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'Kelalan, Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya negeri.

Menurutnya, keputusan meletakkan seseorang yang tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri bakal memberi kesan buruk kepada rakyat Sarawak.

"Kalau letak Baru Bian, dari mana nak dapatkan sumbangan nak majukan Sarawak. Orang yang tak ada pengalaman tiba-tiba nak nak letak sebagai Ketua Menteri, logik atau tidak? Tak logik.

"Akibatnya Sarawak tidak akan maju sekiranya pembangkang menang, jadi rakyat Sarawak tak boleh bagi pembangkang menang," katanya.

Tambah beliau, rakyat Sarawak dinasihatkan supaya tidak mudah termakan dengan janji-janji pembangkang yang dibuat sekadar meraih undi.

"Kalau nak majukan Sarawak, kita kena berpijak di bumi yang nyata, kita tak boleh hanya jual janji atau hanya perdagangkan janji... ini sikap pembangkang," katanya. -mstar

Dapat faedah macam Semenanjung jika PR menang

SEBUYAU, 14 April: Rakyat di negeri Sarawak dijanjikan akan mendapat kemudahan yang telah dinikmati oleh empat negeri di Semenanjung jika mereka memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri kali ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, banyak perkara yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang mengikut situasi negeri bagi memastikan rakyat hidup sejahtera.

(Gambar: Calon PAS Sebuyau, Haji Adam Ahid bersalaman dengan kanak-kanak rumah panjang kaum Iban di Belimbing Besi, malam tadi.)

Tambahnya, sumbangan kematian ahli keluarga, bantuan pelajaran, warga emas, bekalan air percuma dan lain-lain dinikmati oleh rakyat yang telah memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Ini, ujarnya amat berbeza dengan pemerintahan BN sebelum itu tidak tidak menyediakan kemudahan berkenaan untuk rakyat sekalipun mampu berbuat demikian.

Justeru, beliau menyeru rakyat Sarawak memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada 16 April ini.

“Negeri Sarawak banyak hasil, minyak, balak dan lain-lain tetapi rakyat masih miskin. Jadi, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah, kita pastikan kekayaan negeri ini dapat kepada rakyat,” ujarnya ketika berucap kepada masyarakat Iban di rumah panjang Lunying, malam tadi.

Turut berucap ialah Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan calon PAS, Haji Adam Ahid.

Masyarakat Iban di rumah panjang berkenaan memberikan sokongan dan kerjasama yang amat memuaskan kepada program PAS.

Bahkan mereka sentiasa memberikan tepukan apabila penceramah menyatakan kebaikan yang diperolehi sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya negeri ke-10 Sabtu ini.

Menurut Idris, masalah tanah dan kemiskinan rakyat akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya jika rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah negeri ini. -HD



Ulasan GB

Siang-siang buta Najib menipu rakyat Sarawak dengan menyatakan Sarawak akan menjadi negeri yang mundur jika diperintah PR. Sedangkan hakikatnya, Sarawak kini negeri paling miskin di Malaysia semenjak ia diperintah oleh BN.

Sedang negeri paling kaya di Malaysia adalah negeri-negeri yang diperitah oleh Pakatan Rakyat itu Pulau Pinang dan Selangor.

Malah semenjak negeri-negeri tersebut diperintah oleh Pakatan Rakyat, indeks FDI meningkat dan merupakan destinasi utama para pelabur luarnegara. Jika tidak, masakan Naji beriya-iya benar hendak merampas semula kedua-dua negeri tersebut dari PR.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan BN

Tanpa Nama berkata...

Kata pergi keSerawak sebagai pewrdana Menteri ...apahal dok kutuk orang tu!!! dah ler tu macam dia dah tahu keputusan video sex tu!!! sapa yang buat hukum nie!! fitnah ke menuduh nie.. atu memang dah dirancangkan!!!

Tanpa Nama berkata...

Dah 20 hari berada diSarawak memantau PRN Sarawak.Sambutan kepada Najib dan Muhyiddin amat dingin.Pengundi Sarawak tertanya-tanya apa orang UMNO buat sibuk diSarawak.DiPusar,Beting Maro tak sampai 100 orang datang sambut Najib,disebuah rumah pangsa dalam bandar Kuching Najib tengok sendiri rumah pangsa satu bilik didiami oleh keluarga seramai 11 orang.Itu kemajuan BN Taib Mahmud.Memang ramai pemimpin UMNO datang keSarawak dari Semenanjung dan Sabah - semua melancung,tak buat apa,cuma cari ikan terubuk asin Sarawak dan Kueh Lapis Sarawak untuk bawa balik.Depa tak ada peranan diSarawak sekadar jadi tukang iring pak-pak menteri aje.

Tanpa Nama berkata...

itu le kemajuan yg ada pada Sarawak selepas sekian lama BN memerintah. najib ingat negara ni bapak dia punya tu pasal cakap merapu x tntu pasal. x de p'galaman m'tadbir konon. yg dia tu pandai sgt m'tadbir?. rasuah, betina dan m'rompak harta negara pndai le dia ngan puak2 BN dia tu. porah la najib. go to hell u.