1 Apr 2011

Kes Rogol Amah

Mahkamah India kelmarin menghukum penjara seorang aktor Bollywood selama tujuh tahun kerana merogol orang gajinya dalam kes yang menggemparkan industri filem itu.

Shiney Ahuja didapati bersalah memperkosa, melakukan peras ugut dan bersalah mengurung amah terbabit pada Jun 2009 meskipun mangsa menarik balik tuduhan rogol, menurut keputusan mahkamah.

Hakim PM Chouhan, memutuskan Ahuja bersalah berdasarkan aduan asal yang dikemukakan kepada polis dan tidak mengambil kira bukti diberi mangsa, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Ahuja, 37, yang pernah menang beberapa anugerah filem, menafikan tuduhan ke atasnya dan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi Mumbai, kata peguam belanya, Srikant Shivade kepada wartawan.

Prosiding mahkamah tidak dibuka kepada media.

Ahuja membintangi beberapa filem Bollywood termasuk Hazaaron Khwaishein Aisi (Nafsu Seribu), Gangster dan Life in a Metro.
September lalu, amah berusia 20 tahun itu menarik balik tuduhan berkenaan atas alasan dia diberitahu supaya membuat aduan kepada polis oleh seorang wanita yang membantunya bekerja dengan pelakon berkenaan.

Ahuja menghadapi tahanan reman di penjara selama tiga tahun pada 2009 sebelum dibebaskan atas ikat jamin. Dalam tempoh itu, dia terbabit dalam pembikinan beberapa lagi filem.

Ahuja adalah bintang terbaru Bollywood yang dikenakan hukuman penjara. Beberapa pelakon sudah dihukum penjara sebelum ini.

Sanjay Dutt didapati bersalah pada 2007 kerana membeli senjata api haram daripada perancang serangan Mumbai pada 1993 yang menyebabkan lebih 250 maut.

Aktor terkenal, Salman Khan pula didapati bersalah pada 2006 kerana memburu di kawasan perlindungan haiwan. – AFP

Ulasan GB

Teringatkan sidia yang merogol amah di Malaysia tetapi belum disiasat-siasat lagi walaupun laporan polis telah dibuat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kes altantuya semua pejam mata!