Dalam usaha mengurangkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan rakyat negara ini, kerajaan kini mewajibkan setiap indeks jisim badan (BMI) pelajar direkod dalam kad laporan prestasi oleh guru mereka untuk perhatian ibu bapa.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebelum ini BMI tidak dicatat dalam kad laporan pelajar menyebabkan ibu bapa tidak dapat mengawal pemakanan anak-anak mereka kerana tidak tahu sama ada berat badan anak mereka ideal, terlebih berat atau mengalami obesiti.
"Dengan langkah itu, jika ada yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami obesiti, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat daripada klinik kesihatan berdekatan bagi membantu anak-anak mereka mendapatkan kembali berat badan yang ideal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013 di sini, Ahad.
Beliau berkata selain itu, berkuatkuasa serta merta penjualan makanan yang tidak sihat seperti yang mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan tidak lagi dibenarkan di kantin-kantin sekolah.
"Penjaja di kawasan sekolah juga tidak lagi dibenar menjual makanan dan minuman ringan berkenaan," katanya.
Langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Aprillepas adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup yang lebih sihat di peringkat awal berikutan Malaysia berada pada kedudukan keenam di Asia sebagai negara yang mempunyai orang dewasa obesiti yang tinggi.
"Kajian Kementerian Kesihatan juga menganggarkan kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah mereka yang mengalami obesiti.
"Situasi ini amat membimbangkan kerana obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetis, kardiovaskular dan beberapa jenis kanser," katanya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Liow berkata negara ini masih dibelenggu masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetis yang kini menduduki tangga teratas dalam 10 senarai penyebab utama kemasukan dan kematian di hospital kerajaan.
"Kurang bersenam, terdedah kepada makanan yang mempunyai kalori dan kandungan garam serta merokok adalah faktor penyumbang kepada ancaman NCD ini. Kini dianggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetis dan 4.8 juta menghidap hipertensi," katanya. - BERNAMA

4 ulasan:
Bro,
Tak bagi juai kat budak2.? Kalau depa juai jugak? Nak sita, denda dan tangkap guna akta apa? Denda? Sapa yang set denda tu? Denda tu dok bawah enakmen mana?
Senang ja depa cakap. Lagi senang suruh benda yang masuk akai daripada suruh benda yang tak masuk akai. Suruh buat benda tak masuk akai ni namanya : Limau purut tiga serangkai, Buta perut, tadak akai.
Abih, kalau di rumah mentekedarah jajan/cikedi/sampah macam makan nasik, pengusaha kantin jugak ka yang tanggung salah?
Biaq masuk akai sikit la. Kan ka senang kalau haramkan saja penjualan jajan/cikedi/sampah ni di dalam Msia. Buat macam dadah. Lu kasi bikin akta cantek punya. Tangkap dan hukum sapa yang juai/beli/milik/makan/simpan/edar. Senang tak.?
Ati tak sakit, anak2 sihat, duit tak abih. Kan ka?
Tambah satu lagi beban cikgu.... kat sekolah, cikgu ckp jgn @ tak boleh makan jajan@cikedi. balik rumah, anak bagitau kat mak bapak, cikgu tak bagi makan. lalu mak bapak jawab ' duit sekolah, cikgu hang ke yang bagi?'
sama mcm masalah disiplin, anak buat salah kat sekolah, cikgu pukul, balik rumah anak bagitau kat mak bapak, dia kena pukul oleh cikgu. mak bapak jawab,' cilaka punya cikgu, aku pun tak pernah jentik anak aku, memandai dia pi pukul anak aku pasai apa?'
Dah lama dah cikgu timbang anak depa nie...memg dah lama dah ada dalam kad laporan. sejakk zaman kita sekolah lagi... yg peliknya, ckgu2 kena tmbang anak depa utk phatian mak bapa diorang. mak pak diorang tak nampak ke dengan mata anak depa dah gemuk ke, kurus ke... tak boleh tmbang sendiri utk perhatian diri sendiri? lg pun sendiri yg bagi anak2 makan kann...
tgjwb menjaga kesihatan lebih terarah kpd ibu bapa. satu pendekatan/ permulaan yg bagus...jalan permulaan utk memupuk kesedaran mengenai kesihatan..cm in future hrp dpt diperkembangkan dgn melihat faktor2 lain sprti mudhnye mndptkan dan byknye junk food dipasrn dan hargenye juga jauh lbh rendah jik dibndingkn dgn harge mkn sihat. aku smpai skrg kurng mkn junk food coz dr kecil2 lagi mak akan rotan/ bising satu kg kalau nmpak aku mkn junk food. Tima kasih mak.
Catat Ulasan