San Diego (Amerika Syarikat): Seorang wanita Islam kelmarin berkata beliau mahu kakitangan penerbangan Southwest Airlines dikenakan tindakan disiplin kerana mengeluarkannya dari pesawat hanya kerana beliau memakai tudung.
Cik Irum Abbasi, 31 tahun, memberitahu wartawan dalam satu sidang akhbar di luar lapangan terbang San Diego bahawa beliau dipaksa keluar dari pesawat menuju San Jose itu Ahad lalu kerana seorang pembantu penerbangan mencurigainya.
Menurut Cik Abbasi, beliau diberitahu bahawa seorang anak kapal terdengar beliau berkata 'It's a go' (boleh diteruskan) ketika beliau berbual menggunakan telefon bimbitnya.
Ibu tiga anak asal Pakistan itu berkata beliau berkata 'I've got to go' (Saya perlu pergi) sebelum meletakkan telefon kerana pesawat itu akan berlepas.
Beliau percaya kakitangan itu membuat andaian tersebut kerana beliau memakai tudung.
Selepas menepuk tudung Cik Abbasi untuk memeriksanya dan bercakap kepada beliau, ejen-ejen Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan menyedari kesilapan itu.
Namun, mereka tidak membenarkannya menaiki pesawat itu dan memberitahu Cik Abbasi kakitangan pesawat tidak selesa dengannya. Beliau diizin menaiki penerbangan lain.
'Saya menangis,' kata Cik Abbasi. 'Saya sudah 10 tahun tinggal di Amerika. Saya warga Amerika.'
Jurucakap Southwest, Encik Chris Mainz, berkata syarikat itu telah dua kali meminta maaf kepada Cik Abbasi dan memberinya baucar penerbangan lain.
Cik Abbasi berkata perkara itu berkait dengan sentimen anti-Muslim di Amerika dan berkata ia angkara satu perbicaraan kongres berkenaan Muslim Amerika yang radikal. -- AP.

2 ulasan:
dimana letaknya hak asasi sebagai saorang manusia yang dihebohkan oleh mereka(matsaleh)toksah dok cakaplaaa........matsaleh oooiiii!!! pasai tu orang tua2 dulu2 cukup pantang dengan matsaleh hingga masuk cucuk atap rumah depa pun dilarangkan.
Being a comitted Muslim mmg akan menempuhi ujian & dugaan, utk menguji tahap keimanan mereka. Tu sunnah para anbia'.
Penentang2 tu sama le spr Abu Jahal & Khalid yg sebelum Islam. Tapi ada yg tak Islam seperti Abu Talib yg melindungi Nabi saw.
Jadi ana tak setuju borong habis kata semua mat saleh teruk. Ada yg setelah menerima Islam, komitnya sangat tinggi mengalahkan sesetengah Melayu Islam yg sepatutnya belajar bagaimana nak menghadapi mereka.
Catat Ulasan