Kuala Lumpur: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.
Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.
Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya.
Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Mangsa pertama, Rohainah Hussin, 30, berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan dunianya gelap tiba-tiba.
Beliau berkata, ketika itu, dia bersama rakannya dalam perjalanan ke tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields sebelum seorang lelaki bermotosikal melempar sejenis cecair ke arah mereka.
“Cecair itu terkena muka saya menyebabkan kedua-dua belah mata rosak, manakala muka sebelah kiri hingga ke leher terbakar.
“Rakan saya di sebelah juga terkena tempias di mukanya.
“Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka,” katanya ketika ditemui di PPUM di sini, semalam.
Katanya, dalam keadaan tidak nampak itu, dia hanya mampu berpegang kepada rakannya sambil berjalan ke arah klinik berdekatan sebelum dibantu seorang lelaki.
Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid mengesahkan kejadian. -hm
Ulasan GB
Apakah ini bahawa gambaran negara tidak selamat apabila pejalan kaki dengan tiba-tiba disimbah asid sehingga tidak diketahui siapa melakukannya dan apa motifnya?
Persekitaran kita seperti sudah tidak kondusif dari aspek keselamatan.
Kita tidak menyalahkan sesiapa tetapi seolah-olah penjenayah kini berleluasa dan boleh melakukan apa saja, di mana-mana dan ke atas sesiapa juga.
Nampaknya kompetensi polis kini tercabar. Ia berlaku tatkala negara menyambut Hari Polis yang ke 204 semalam.
Kejadian malang ini sepatutnya membuka semua pihak, bahawa perilaku jenayah berada di mana-mana dan rakyat biasa tanpa mengira siapa menjadi mangsa.

5 ulasan:
salam
rasanya pihak polis perlu lebih tumpukan pada tugas hakiki sebenar menjaga keselamatan rakyat dan negara bukan hanyut menjaga keselamatan periuk nasi puak2 umno sehingga nama baik pihak polis sendiri tergadai dan tercemar. begitu jugak sprm dan lain2.
jelas pakatan rakyat bukanlah 'penjenayah' yang mana perlu diperhatikan. malah rakyat yang turun berdemonstrasi secara aman menuntut keadilan di jalanan juga bukanlah sasaran mudah untuk pihak berkuasa jadikan sasaran. moga pihak polis lebih berintegriti dan ikhlas menjalankan tanggungjwb demi agama dan negara. insya Allah.
Selamat Hari Polis.!!
Ini amat meragukan berhubung kenyataan bahawa indeks jenayah telah menurun. Perbuatan ini bukan jenayah? Tapi apa?
Menteri yg jaga Polis wajib letak jawatan dan kerajaan yang menjadikan pasokan polis sebagai instrumen (alat) untuk menjaga kuasa mereka WAJIB di tumbangkan.
Dimana pelaku mendapatkan acid? Jenis acid apa yang di gunakan? Siapa yang menyimpan acid ini? Bagaimana pengawasan dan penggunaan nya? Siapa yang boleh membeli? .....
Apa dah jadi skrg nih? Kes lempar batu sembunyi tangan dah berlaku semula....dulu kes nurin jazlin...masa tu..semua orang takut nak lepaskan anak berjalan sorang(sampai skrg pon)...ini kes lempar asid plak...adoy mintak simpanglah....
Catat Ulasan