27 Feb 2011

Terengganu Diminta Hentikan Pameran Mistik

Penganjur satu pameran di Kuala Terengganu yang bakal mengetengahkan artifak mistik seperti anak kerak, jenglot dan jin diminta membatalkan sahaja program itu memandangkan ia ditegah dalam Islam.

Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu sudah membuat ketetapan bahawa pameran seperti itu adalah haram sejak tahun 2007 lagi.

“Jawatankuasa Fatwa membuat ketetapan itu atas kepentingan tidak mahu lagi melihat umat Islam di negara ini terus disogok dengan perkara-perkara tahyul serta khurafat yang tidak mendatangkan faedah,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengulas mengenai laporan akhbar semalam terhadap pameran bertemakan Masyarakat Berakidah yang dijadual berlangsung tiga bulan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu mulai April ini.

Pameran dikendalikan Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. -kosmo

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam rosmah dan mistik?

Jool K Berang berkata...

Wahai Mat Said cakap siapa yang kita nak dengar agar kita tidak dilaknat Allah ? Apakah Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan tak relevan atau ia sesuai untuk negeri tertentu sahaja ?

Tanpa Nama berkata...

memang mengarut..nak lawan majlis fatwa pula..dah memang haram tetaplah haram..tak ada baiknya pameran ini dilangsung...lebih kepada merosakkan akidah..cukuplah siaran di tv yang banyak mengetengahkan cerita2 tahyul..kalau nak siasat,siasat dulu latar belakang penganjurnya...