Melaka - Demi cinta, seorang janda sanggup memeluk Islam untuk berkahwin dengan seorang duda.
Namun, sejak tiga tahun lalu, istana kasih yang dibina tiba-tiba dipukul badai apabila mendapati suaminya curang dengan wanita lain.
Kerana itu juga, Anne, 53, (bukan nama sebenar) bercadang untuk kembali kepada agamanya asalnya iaitu Kristian gara-gara terseksa batin dan mental sejak suaminya tidak lagi menyentuhnya.
Lebih malang, Anne mendakwa suaminya memperlakukannya seolah-olah ‘habis manis sepah dibuang’ apabila tidak lagi tidur sekatil selepas dia banyak berkorban wang ringgit membayar hutang puluhan ribu ringgit suaminya yang berusia setahun muda daripadanya itu.
Anne ketika menemui wartawan Sinar Harian dengan sebak bercerita, dia berasal daripada suku kaum Bidayuh di Sarawak, berkahwin dengan anak kelahiran Melaka yang kini bekerja di salah sebuah jabatan penting di bawah kerajaan negeri.
Menurutnya, sebelum Islamnya, dia pernah berkahwin dan mempunyai tiga anak lelaki yang kini berumur 34, 31 dan 29 tahun.
“Cuma anak bongsu sahaja mengikut saya memeluk Islam dan kini sudah mendirikan rumah tangga.
“Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, dia juga mempunyai seorang anak perempuan berumur 26 tahun hasil perkahwinan terdahulu,” katanya.
Anne berkata, perkahwinan keduanya pada 2003 tidak dikurniakan anak dan kehidupannya bahagia.
“Mungkin ketika itu saya mempunyai wang simpanan. Walaupun suami tidak membimbing saya dengan sempurna, saya tetap mengambil inisiatif sendiri dengan mencari guru agama.
“Alhamdulillah, saya boleh buat semua yang dituntut Islam seperti solat dan mengaji,” katanya yang tertekan dengan penderaan batin oleh suami.
Menurutnya, suaminya mula menampakkan sikap dinginnya sejak 2007 lalu.
“Apa salah saya? Siapakah saya di sisi suami. Selama ini saya begitu patuh dengan suami sehingga selangkah hendak keluar rumah, saya minta izin kerana saya faham Islam melarang isteri keluar rumah tanpa izin suami.
“Apa lagi tanggungjawab yang tidak cukup saya jalankan? Sehinggakan saya habiskan segala wang simpanan saya untuk atasi masalah suami dengan bank, malah sebahagian besar kos belanja bina rumah kami sekarang saya tanggung sampai duit saya sudah tiada lagi,” katanya.
Anne berkata, hatinya sudah remuk dan amat sedih selepas tiga tahun bersabar dengan sikap suami yang tidak bertanggungjawab.
“Jika diikutkan hati, saya rasa bagai hendak keluar kembali daripada Islam walaupun hakikatnya saya sayangkan Islam.
“Lagipun, isteri mana yang tidak sakit hati jika terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbit suami yang tertera ayat cinta dan sayang daripada perempuan lain,” katanya.
Paling kecewa menurutnya, hasratnya mendapatkan pertolongan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) tidak banyak membantu sebaliknya pihak berkenaan hanya mampu menyuruhnya bersabar dan memberikan sedikit sesi kaunseling.
“Kerana tidak tahan dengan perangai suami, saya bawa hati yang lara tinggal bersama keluarga yang beragama Kristian dan kini menetap di negeri ini.
“Saya terpaksa keluar dari rumah daripada dilayan bagai tunggul kayu. Sekurang-kurangnya keluarga saya tetap melayan saya dengan baik,” katanya.
Menurutnya, suami tahu di mana dia berada tetapi tidak pernah mengambil peduli, sebaliknya tergamak menghantar pakaiannya yang masih tertinggal di rumah mereka.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Ghazale Mohammad ketika dihubungi terkejut dengan kejadian itu dan berjanji akan melakukan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan yang dibuat wanita terbabit.
Menurutnya, pihak MAIM amat mengambil berat soal saudara baru terutama membabitkan hal kebajikan mereka.
“Saya bimbang, wanita berkenaan merujuk pada salah tempat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sehingga terpaksa menanggung penderitaan sejak tiga tahun lalu.
“Apa pun, saya akan cuba dapatkan maklumat terperinci mengenainya dan akan segera membantu secepat mungkin,” katanya. -SH

4 ulasan:
Salam GB..
Jika benar apa yang terjadi amat dikesali, tapi siapa yang harus dipersalahkan..? Apa pandangan GB..?
GB lebih menekankan sistem.
Sistem yang ada tidak kondusif untuk terzahirnya suasana kekeluargaan Islam sehingga menyebabkan rumahtangga yang dibentuk tidak dapat bertahan tatkala diserang dengan pelbagai cabaran.
Suami misalnya tidak mempunyai pengetahuan mengenai tanggangjawabnya, jika ada pengetahuan tetapi melaksanakannya kerana seperti yang GB katakan suasana persekitaran tidak menjurus ke arah pembentukan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kehidupan Islam.
Di dalam beberap ulasan-ulasan yang lepas, GB sentiasa sarankan agar setiap ahli keluarga jemaah mengikatkan diri dengan apa yang dipanggil "usrah" - Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah (persaudaraan Islam) yang hidup di bawah imbauan "ingat-memeperingati" sesuai dengan perintah Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Asr.
Wallahu 'alam
Zaman sekarang ramai suami yang lepas tangan dan ambil kesempatan ke atas kekuatan yang ada pada si isteri. Sesi kaunseling kurang memberikan tekanan kepada tanggungjawab sebagai soorang suami. Dalam ertikata yang lain, ramai suami zaman ini DAYUS !
Kenapa tak minta projek BN. Suami isteri gaduh boleh dapat pakej bulan madu percuma berbayar ke resot kroni. Yang tak pernah gaduh kena cuba belajar bergaduh.
Catat Ulasan