Batu Pahat: Seorang pekerja kilang dan tunangnya ditahan akibat laporan palsu mengenai penemuan bayi di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Gading bagi menutup perlakuan sumbang mereka. Gambar fail
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata lelaki berusia 23 tahun itu membuat laporan pada jam 9.15 malam kelmarin, mendakwa menemui bayi lelaki di tepi jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Ibrahim berkata, suspek mendakwa menemui bayi itu ditinggalkan kesejukan dalam bakul sebelum membawanya pulang ke rumah keluarganya di kawasan berhampiran. “Hasil siasatan mendapati bayi lelaki itu sebenarnya dilahirkan tunang suspek sehari sebelum laporan dibuat.
“Tunangnya yang berusia 22 tahun dari Melaka, melahirkan bayi lelaki itu secara normal di hospital swasta daerah ini.
“Pasangan berkenaan yang bekerja di kilang sama akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan membuat laporan palsu itu bagi menutup kelakuan sumbang mereka hingga melahirkan bayi lelaki. Mereka juga bimbang perkara itu diketahui keluarga,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, di sini, semalam.
Ibrahim berkata, pasangan berkenaan ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat aduan palsu.
Jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Bayi terbabit dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Agama Johor untuk tindakan lanjut. -BH

2 ulasan:
Macam-macam di zaman Najib ni
tak kira zaman najib ka sapa ka..dunia dah akhir zaman..kita jangan dok tunding jari sewenangnya..tanya diri kita, apa yang dah kita buat untuk agama kita...
Catat Ulasan