6 Jan 2011

Mahfuz Terjebak Dengan Poligame? Menunggu Jawapan Tuanpunya Diri.

Siapa Dato’ Haji Mahfuz Omar Hingga Diangkat Sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd

Surat Terbuka Untuk Dato’ Haji Mahfuz Omar (Bekas Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd/Ahli Parlimen Pokok Sena)

Buat Saudara Mahfuz Hj Omar yang telah lama saya kenali, dari setor Lapangan Terbang Bayan Lepas hinggalah berjaya menjadi Ahli Parlimen dan Naib Presiden PAS. Ramai yang kagum di atas perjalanan dan pencapaian karier politik saudara. Saudara bijak menempatkan diri di celah-celah ruang yang muncul dari pergerakan politik semasa, walaupun ruang dan peluang itu bukan dicipta dari cetusan idea, kerja keras atau keberanian saudara.

Saudara berjaya ‘spin’ momentum politik untuk menempatkan nama, hingga saudara diberi jolokan “poligame” –‘politik + gambar + media’. Tak kira apa isu yang dicetuskan atau tercetus, saudara akan mencelah sebagai hero. Poligame telah melonjak karier politik saudara selama ini, tetapi saudara juga membuat kesilapan dan poligame itu akan memakan diri saudara.

Kemunculan saudara berpoligame dalam isu perletakan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd. yang terlibat dalam pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal memakan diri. Tindakan saudara itu hanya berasaskan emosi dan perspektif sempit sehingga mencemarkan maruah Kerajaan Negeri yang sedang dipetahankan oleh ahli dan pimpinan PAS yang lain di Kedah. Hal ini tidak boleh diterima sebagai mempertahankan prinsip, tetapi satu tindakan bodoh yang memberi kesan buruk kepada maruah kerajaan dan parti.

Nampaknya ada kepentingan lain yang saudara ’sandarkan’ pada kalimah ‘prinsip’ yang membuatkan saudara cuba berlagak sebagai Hero membakar ‘rumahtangga’ saudara sendiri. Ternyata kedangkalan ilmu dan pengalaman dalam pengurusan syarikat berprofil tinggi serta projek-projek besar, membutakan mata hati saudara untuk memandang Kerajaan Negeri Kedah sebagai taman yang lebih besar dan lebih penting untuk dipelihara. Saudara perlu ingat bahawa ilmu dan kemahiran pengurusan syarikat tidak mungkin diperolehi melalui poligame, tetapi poligame saudara bisa menghakis kepercayaan dan meporak perandakan ‘rumahtangga’ saudara.

Saudara Mahfuz, izinkan saya membetulkan perspektif dan ‘prinsip’ yang kononnya saudara cuba pertahankan dalam isu Insaniah supaya saudara dapat belajar sesuatu yang ‘real’ dalam dunia perniagaan, berbanding khayalan syok sendiri dalam politik poligame.

Saudara dilantik sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd. (KSSB) – sebuah anak syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) yang menguruskan pembinaan kampus baru Insaniah. KSSB dilantik sebagai kontraktor utama projek itu bukan melalui tender terbuka, tetapi kerana KSSB adalah anak syarikat BDB. Dalam isu yang saudara ‘poligamekan’ kini, saudara seolah-olah gagal faham beberapa perkara pokok yang menjadi awlawiyat dalam Kerajaan Kedah. Awlawiyat ini diletakkan oleh parti yang membentuk kerajaan, yang turut disertai oleh saudara sebagai Timbalan Peserujaya PAS Kedah.

1. Pendidikan tinggi untuk melahirkan rakyat berilmu/berkemahiran melalui Insaniah adalah pemacu utama pembangunan Kedah kini dan di masa depan. Kedah perlukan rakyat yang terpelajar dan mampu bersaing di pasaran untuk menjamin masa depan sosio-ekonomi dan sosio-politik negeri ini. Kedah tidak boleh bergantung kepada ahli poligame dan ‘tong kosong’. Kedah perlukan rakyat & pemimpin yang kualiti tinggi, mantap, kemas dan terarah. Kerajaan Negeri pimpinan Ustaz Azizan meletakkan pendidikan senarai teratas untuk membaiki taraf hidup rakyat di Kedah. Ia boleh dicapai melalui pengukuhan institusi pendidikan seperti Insaniah, maka kampus baru untuk menampung 20,000 pelajar pada satu-satu masa dibina disamping menambah program-program baru di Insaniah. Agenda ini didokong dan disokong oleh semua pimpinan parti yang membentuk Kerajaan sekarang, kecuali saudara yang selesa dengan poligame.

2. BDB adalah listed company yang sahamnya dipegang oleh PKNK sebanyak 54% dan selebihnya oleh pemegang saham bebas. Pengurusan BDB perlu memelihara kepentingan pemegang saham dan krebiliti syarikat dalam melaksanakan sebarang urusan yang membabitkan prestasi syarikat.

3. Pemilik projek ialah Insaniah, bukan BDB dan bukan Kedah Sato. BDB dan Kedah Sato hanyalah kontraktor dan sub-kontraktor.

4. Pembinaan kampus ini adalah ‘bayi’ Kerajaan negeri. Kerajaan telah berjanji kepada rakyat untuk siapkan kampus baru Insaniah pada 2012 dan memulakan sesi pengajian pada 2013. Ini janji kerajaan kepada rakyat. Dengan apa cara sekalipun, janji ini mesti ditunaikan kerana rakyat meletakkan harapan pada kerajaan PR pimpinan Ustaz Azizan.

5. Pembiayaan projek melalui pinjaman Bank Islam menghadapi masalah teknikal sehingga BDB terpaksa memperuntukan modal permulaan lebih 30 juta untuk memenuhi kehendak kerajaan supaya kampus siap pada masa yang dijanjikan.

6. Kerja-kerja yang diserahkan kepada Kedah Sato’ sebagai sub-konktaktor (yang juga tidak melalui tender terbuka) tidak pernah ditamatkan. Hanya fasa dua dan tiga yang menelan kos RM180 juta daripada RM330 juta kos keseluruhan terlibat dengan perlantikan sub-kontraktor baru.

7. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, BDB berikhtiar dengan apa cara sekalipun untuk menyiapkan kehendak pelanggan yang menekankan projek tersebut perlu siap pada 2012 – hanya 2 tahun dari sekarang.

Saudara patut tahu bahawa keseluruhan projek ini dibiayai oleh pinjaman dari Bank Islam yang hanya dapat menyelesaikan aspek teknikal pembiayaan projek ini pada akhir November 2010. Oleh kerana itu, BDB terpaksa mencari sebuah syarikat alternatif yang berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan modal sendiri dan syarikat yang berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan ialah IJM. Mereka dilantik secara rundingan bagi menyiapkan kerja-kerja dengan pembiayaan awal mereka sendiri bernilai sekitar RM180 juta.

Selain itu, IJM juga menawarkan (in-return) kerja-kerja membekalkan bahan batuan dan pembinaan jalan kepada BDB dalam projek jambatan kedua Pulau Pinang yang mana IJM adalah kontraktornya. Ini adalah perkongsian bijak dalam dunia perniagaan.

Saudara,

BDB tidak meninggalkan kontraktor bumiputra. Banyak yang diserahkan kepada kontraktor Melayu/bumiputra, malah IJM juga membuat komitmen untuk membuat tawaran kepada kontraktor bumiputra bagi kerja-kerja yang sesuai.

Saudara,

Langkah membuat rundingan dengan IJM tidak dibuat semberono. Ia telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah BDB dan Kedah Sato’ sendiri. Diberitakan bahawa semua Lembaga Pengarah Kedah Sato’ yang terdiri daripada ahli-ahli dalam bidang perniagaan bersetuju kecuali saudara yang berlatar belakangkan poligame, malah saudara tidak hadir.

Tindakan saudara meletak jawatan atas alasan prinsip mempertahankan kaedah tender terbuka sebenarnya dibayangi faktor-faktor lain. Kebanyakan faktor itu muncul di gerai pulut udang Stadium Darulaman tempat saudara mengutip idea dan pandangan bagi meneruskan karier politik saudara. Saudara juga mungkin teruja dengan rayuan tauke-tauke besar ynag mengidamkan projek dalam pembinaan Insaniah. Sepatutnya dari awal lagi saudara menentang pelantikan Kedah Sato Sdn. Bhd. yang juga mendapat kontrak pembinaan melalui rundingan, bukan tander terbuka.

Saudara,

Masalah saudara ialah politik poligame telah membawa saudara menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur berbanding Kedah. Politik sebenar saudara hanya berlegar di Pokok Sena. Saudara tidak peduli tentang politik Negeri Kedah dan PAS Kedah walaupun saudara adalah Timbalan Pesuruhjaya. Malah, saya yakin saudara tidak pernah menjelajah kompleks PAS di Batu 9 termasuk bangunan DAYA sepanjang saudara menjadi TPJ. Saudara juga tidak pernah melawat tapak projek di Kuala Ketil, sejak majlis pecah tanah hingga kini.

Saudara hanya hadir mesyuarat bulanan, datang lewat dan balik awal. Saudara tidak berupaya menyelami susah payah sahabat pimpinan yang lain. Malah saudara langsung tidak peduli apa yang sedang ditanggung oleh PJ, TPJ, EXCO Kerajaan dan wakil-wakil rakyat di Kedah. Poligame telah mengheret saudara ke medan yang mendapat liputan wartawan, lensa kamera dan TV. Dunia glamor itu menenggelamkan fokus sebenar saudara dalam PAS. Saudara tidak peduli lagi kesan yang bakal menimpa sahabat dan pimpinan negeri akibat poligame kegemaran saudara itu. Inilah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh saudara tanpa disedari. Orang sedang tersenyum sumbing melihat gelagat yang terpamer dari poligame itu.

Sekian sahaja lontaran paling ikhlas buat saudara dari saya yang memerhatikan gelagat politik pemimpin-pemimpin politik sejak puluhan tahun. Pesanan akhir saya, jangan bakar kelambu untuk menghalau nyamuk. Selamat maju jaya dalam karier politik saudara dan mencapai target saudara dalam kerier itu. Saya akan terus memerhati.

Ikhlas dari seorang penyokong,

Buluhmadu
Sungai Petani Kedah. -mk





4 ulasan:

Pernah jadi Koporat juga sebelum masuk PAS berkata...

Apa jua keinginan dan alasan korporat yang ingin dikemukakan, ianya tetap salah. Walau berat mana bahu tuan tuan memikul tidak memberikan justifikasi untuk melakukan kesalahan demi mencapai objektif. Kenapa tidak singkirkan Mahfuz terlebih dahulu untuk mencapai objektif koporat tuan tuan.
Apabila berlaku apa jua masalah kenapa tidak dirujuk AlQuran dan Hadith. Kalau Pres Iran yang syiah itu pun kembali rujuk alquran, apalah sanagat sebuah projek pembangunan sebuah pusat pengajian tinggi. Apa akan jadi kalau diamanahkan perintah Malaysia yang jauh lebih besar besar kos pembinaan dan penyelenggaraan nya. Takut saya nak sebut apa akan jadi...... sebab itu allah berikan sedikit sedikit kepada PAS memerintah, itu pun sudah nampak kemerosotan moralnya.

karen berkata...

Orang yang Menulis.. Nampak lebih Riya'.. dan bangga diri, lebih Buruk dari Poligame.. bak kata penulis le,akupun tak faham
...
Sekurang kurangnya Mahfuz takde la buka mulut.. perli2 PAs atau Azizan.. biaq pi la kat dia nk letak jawatan.. mulut mahfuz takde la buruk macam penulis ni dengan Gobala Krihnan yg terus tuduh2 Anwar..

Yang betulnya .. penulis ni yg dok poligami dengan UMNO,

kenapa aku cakap mcm tu.. Na dapat kedah masa tu kahwin dengan PKR, DAP.. Bila dah dapat kedah, rumah besaq, pi balik tidur dengan UMNO.. hang faham tak? ni maksud dia Poligami Politik.. tu aku punya teor sendiri..

Aku nak bagi tahu penulis.. aku nampak hang bukan nya alim sangat dunia bisnes ni.. kalau org koperat dia akan terang bab bisnes..terang situasi sebenar.. bukan main perli perli.. hina orang... tu perangai buruk UMNO.. berlagak pandai... macam Sultan Hardrock Cafe.. kah kah kah..

BoDOH PUNYA PENULIS... TERANG JE LA Situasi sebenar.. tak payah perli perli.. hina ORG.. BANGGA DIRI..RIYA''... ORG KATA BANYAK BERCAKAP LAGI BODOH ORG TU.. BIAR MACAM MAHFUZ DIAM DIRI.. TAPI BUAT ATAS PRINSIP DIA... BETUI KE TAK.. KITA BUKAN TAHU.. JANJI DIA TAK HINA PAS ATAU AZIZAN.. TERMASUK HANGG...BODOH!!

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak berunding dgn menteri besar atau minta pendapat darinya.hangpa kan satu pasukan.

ya saya setuju dgn penulis.setiap keputusan yg dibuat kita kena fikir kesannya.tender terbuka bukan bermakna telus,itu hanya teori aja.kita kena tengok kemampuan syarikat tersebut.IJM telah terbukti kemampuan membina pelbagai projek mega.kalu udah 300juta takkan nak bagi kat syarikat sebarangan,lagi satu tempoh perlaksanaan projek utk disiapkan kena ambil kira,kalu lambat siap silap haribulan dari 300juta bleh naik ke 350juta,hangus duit rakyat,Pas pun akan hangus sekali.ini bukan main2.Dr asri selalu berpesan, tengok sesuatu perkara yg mana lebih mudarat.Baru buat pertimbangan .

Cumi Manzui berkata...

Kalaulah Saudara Mahfuz letak jawatan kerana tidak setuju dengan kontrak atau tender secara rundingan, AKU 100% sokong keputusan beliau. Tender secara rundingan terus ini harus dihapuskan kerana ini menggalakkan RASUAH dan SALAH GUNA KUASA.
AKU sokong Mahfuz kerana ini yang membezakan PAS dan UMNO. Ketelusan dan Integriti wajib diutamakan. Syabas.
Apa bezanya penulis ni dengan geng UMNO? Cuba berlagak pahlawan yang baik tapi sebenarnya jahat. Penulis cuba menonjolkan diri sebagai jaguh dengan mempertahankan pembinaan Insaniah tetapi bersetuju dengan tender secara rundingan dan bukan tender secara terbuka. Kalaulah kerajaan negeri pimpinan PAS bersetuju dengan cara penulis, maka tiada perbezaan lagi antara mereka. KITA SERUPA LE ....